10 Tips Kuruskan Badan




(1) Berjalan kaki
Senaman yang amat ringkas dan mudah untuk semua. Berjalan kaki dapat membakar kalori dengan pantas dan memastikan tubuh anda 'fit'. Cuba parking kereta di tempat jauh dari kebiaasaan, memilih menggunakan tangga daripada lif atau berjalan-jalan di taman dapat membantu anda untuk kurus.


(2) Jangan makan banyak
Kawal pemakanan anda dengan mengambil lebih kuantiti sayur dan sumber protein berbanding karbohidrat (nasi). Memasak makanan sendiri boleh membantu anda mengukur keperluan makanan seharian dan elakkan makanan segera.


(3) Bersarapan
Jangan lupa bersarapan pagi kerana pakar makanan mengesyorkan sarapan membantu tubuh anda membakar kalori untuk seharian.


(4) Makan separuh
Apabila anda pesan makanan di restoren contohnya, bahagikan separuh untuk orang lain merasainya juga. Ini kerana secara semulajadi membantu anda tidak makan secara berlebihan dan juga boleh mengeratkan hubungan dengan orang lain dengan berkongsi makanan.


(5) Regangan
Tubuh memerlukan regangan untuk memudahkan aliran darah sentiasa lancar. Apabila anda baru bangun dari tidur atau duduk dalam tempoh yang lama, cuba regangan tubuh anda untuk memastikan ia sentiasa cergas.

(6) Keluar dari rumah
Maksud disini adalah untuk menggalakkan anda menjalani aktiviti luar. Keselesaan rumah (tv,playstation,internet) menjadikan tubuh jarang bergerak. Lakukan aktiviti mudah seperti menyapu sampah sarap, membuang rumput liar, menanam pokok atau bermain bersama keluarga boleh dilakukan.


(7) Kuatkan otot
Mengikut pakar kesihatan, senaman membina otot (push-up atau squat)perlu dilakukan sekurangnya 3 kali seminggu. Otot yang kuat membantu mempercepatkan pembakaran metabolisma badan.


(8) Timbang berat
Sentiasa memerhatikan berat tubuh anda agar tidak bertambah. Mesin ukur berat tidak mahal (dalam RM30 paling murah) boleh digunakan sebagai alat pemantauan berat anda.


(9) Berhenti minum air karbonat
Seperti diketahui air karbonat Coca Cola, Pepsi dan sebagainya mengandungi kadar gula tinggi (8 sudu gula dalam 1tin) yang tidak baik untuk kesihatan. Amalkan minum air putih untuk mencuci tubuh anda dari toksin.


(10) Makan Buah
Buah-buahan merupakan sumber makanan terbaik kerana tidak lemak berbahaya dan isipadu utama adalah air. Selain itu fiber dalam buah membantu peghadaman.

Comments