Posts

Showing posts with the label 10 Perkara

KISAH TAULADAN: Belajar 10 Kebaikan Cikgu Shaari

Image
Utk renungan kita  10 kebaikan Cikgu Shaari berbanding satu keburukan yang sering kita perkatakan... 1. Walaupun Cikgu Shaari tidur dalam kelas tetapi dia masih memberi tugasan kepada murid. * Penjawat awam kini bukan saja takat tidur tapi kadang2 terus ponteng kerja. 2. Walaupun guru besar memarahi Cikgu Shaari tetapi dia tidak memarahinya dihadapan murid sebaliknya di bilik guru besar. * Sekarang kita sering mendengar anak buah dimarahi oleh bos depan org ramai. 3. Guru besar dan Cikgu Shaari saling hormat menghormati antara satu sama lain. * Penjawat awam sekarang tidak saling menghormati antara satu sama lain akibat pengaruh, harta, kuasa dan ego masing2. 4. Cikgu Shaari sanggup meninggalkan kerjaya sambilan sebagai pemuzik demi tanggungjawab sebagai guru. * Penjawat sekarang sanggup abaikan kerjaya demi mencari pendapatan lebih.

ILMU: Pesanan terakhir daripada Imam Syafie

Image
Sebelum Imam Syafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara :  1. Hak kepada diri , iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.  2. Hak kepada Malaikat maut , iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.  3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.  4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir , iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.  5. Hak kepada Mizan , iaitu menahan kemarahan, banyakkan ber...

TIPS: 10 Cara Kuruskan Badan

Image
(1) Berjalan kaki Senaman yang amat ringkas dan mudah untuk semua. Berjalan kaki dapat membakar kalori dengan pantas dan memastikan tubuh anda 'fit'. Cuba parking kereta di tempat jauh dari kebiaasaan, memilih menggunakan tangga daripada lif atau berjalan-jalan di taman dapat membantu anda untuk kurus. (2) Jangan makan banyak Kawal pemakanan anda dengan mengambil lebih kuantiti sayur dan sumber protein berbanding karbohidrat (nasi). Memasak makanan sendiri boleh membantu anda mengukur keperluan makanan seharian dan elakkan makanan segera. (3) Bersarapan Jangan lupa bersarapan pagi kerana pakar makanan mengesyorkan sarapan membantu tubuh anda membakar kalori untuk seharian. (4) Makan separuh Apabila anda pesan makanan di restoren contohnya, bahagikan separuh untuk orang lain merasainya juga. Ini kerana secara semulajadi membantu anda tidak makan secara berlebihan dan juga boleh mengeratkan hubungan dengan orang lain dengan berkongsi makanan.

TIPS: 10 Amalan Menyambut Bulan Ramadhan

Image
Kepada semua pembaca dokgebang.blogspot yang beragama Islam, admin ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan . Semoga mendapat keberkatan dalam amalan pada bulan ini. Amin..... 10 Amalan Yang Boleh Menambah Pahala di Bulan Puasa Bangun daripada tidur untuk bersahur Segera berbuka bila sampai waktunya Memberi makan kepada orang lain yang berpuasa Menjaga percakapan dan perbuatan Selalu bersedekah Membaca Al-Quran Solat terawih berjemaah di masjid/surau Qiamulail (solat sunat selepas bangun di waktu malam) Berik'tikaf di masjid Selalu berdoa kerana doa orang berpuasa adalah mustajab

TIPS: 10 Kepentingan Sarapan Pagi

Image
Kebanyakkan rakyat Malaysia tidak kira tua atau muda jarang mengambil sarapan pagi kerana kesempitan waktu. Namun ia merupakan perkara terpenting dalam penjagaan kesihatan kita. Sarapan pagi membantu tubuh bergerak dengan baik dan juga membekalkan tenaga. Sarapan pagi tidak semestinya memerlukan masa yang lama untuk disediakan, hanya secawan minuman dan sedikit makanan (roti atau buah). Berikut merupakan 10 Kepentingan Sarapan Pagi yang perlu anda tahu: 1. Sumber pertama permulaan hari 2. Membantu mencergaskan minda 3. Menjadikan kehidupan lebih berkualiti dan tersusun 4. Memupuk sikap positif 5. Menjadikan tubuh lebih langsing  6. Meningkatkan daya tumpuan yang lebih baik 7. Menjaga kesihatan jantung 8. Meningkatkan sistem imunisasi 9. Merapatkan hubungan ketika bersarapan bersama 10. Menurunkan kadar kolestrol Contoh-contoh sarapan pagi yang boleh di ambil seperti berikut: Untuk Pilihan Makanan (salah satu) Sebiji pisang Sepotong san...

KISAH LAWAK: 10 Perkara Anda Mesti Kena Tahu

Image
  1. Tahukah Anda apabila 350ml air yang diambil dari paip sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak. Bentuk cerek antik 2. Tahukah Anda bahawa air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan. 3. Tahukah Anda bahawa Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan. Buggati Veyron ini boleh pandu laju dari kereta anda. Jangan berani nak potong.   4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu ...