ILMU: Jemputan Walimah: Sunnah yang Ramai Terlepas Pandang
Bila musim kahwin tiba, kad jemputan mula sampai satu demi satu. Ada yang dari saudara-mara, kawan sekolah, rakan sekerja, malah jiran pun tak ketinggalan. Tapi soalan biasa yang muncul dalam hati kita: "Perlu ke pergi semua jemputan ni?" atau "Kalau tak sempat, boleh ke tak hadir?" Rupanya, memenuhi jemputan ke majlis perkahwinan (walimah) bukan sekadar soal adab atau sopan – tapi ada kaitan dengan hukum agama. 📖 Apa Kata Islam Tentang Jemputan Kahwin? Majoriti para ulama berpendapat bahawa wajib untuk menghadiri majlis walimah apabila dijemput, selagi tiada halangan yang sah (uzur syarie) . Dalilnya sangat jelas, iaitu daripada sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.A bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْوَلِيمَةِ فَلْيَأْتِهَا" Maksudnya: "Apabila salah seorang daripada kamu dijemput ke majlis walimah, maka hadirlah." (Riwayat Muslim, hadis no. 1053) Perkataan "فَلْيَأْتِهَا" d...