Apa itu PERMATA?
Mungkin anda pernah mendengar mengenai PERMATA, namun tidak secara jelas kerana kebanyakkan cerita mengenai PERMATA lebih berkisarkan tentang politik kerana ia berkaitan dengan isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Rosmah Mansor. Kita ketepikan cerita-cerita tersebut, kerana lebih baik kita memahami apa yang dimaksudkan dengan program PERMATA ini.
PERMATA merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal kepada Kanak-kanak yang menawarkan pendekatan alternatif dalam bidang asuhan dan didikan awal khusus untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun.
PERMATA diasaskan oleh Datin Paduka Rosmah Mansor bersama beberapa kumpulan profesional, pendidik, ahli akademik, pakar perubatan, pegawai polis, peguam dan pegawai-pegawai kerajaan.
PERMATA bertujuan memberi peluang khususnya kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk mengalami proses pembelajaran awal yang berkualiti dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
PERMATA ada ENAM (6) program utama yang terdiri daripada Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan, Perkasa Remaja, dan Permata Kurnia.
PERMATA boleh dipohon dengan muat turun Borang Permohonan PERMATA dari menu Muat Turun di Laman Web Rasmi atau Blog Rasmi PERMATA berserta dokumen tertentu.
PERMATA menekankan kepada lima aspek utama iaitu interaksi dan komunikasi aktif, rangsangan minda dan literasi, memperkasakan kanak-kanak, pembelajaran secara bebas, pemantauan kebolehan dan potensi kanak-kanak dan pembelajaran melalui permainan.
PERMATA mengandungi enam bidang pembelajaran utama (i) Fizikal, (ii) Awal Matematik dan Pemikiran Logik, (iii) Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran, (iv) Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal, (v) Kreativiti dan Estetika dan (vi) Sahsiah, Sosio-Emosi dan Kerohanian.
PERMATA Negara memfokuskan pada asuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak yang berumur 1 -4 tahun, menetap di pinggir atau luar bandar, keluarga berpendapatan rendah dan berbilang kaum dan agama.
PERMATA Negara tidak akan dikenakan sebarang yuran kerana ianya merupakan program PERCUMA yang membantu keluarga berpendapatan rendah khususnya.
PERMATA telah membuahkan kejayaan apabila sekumpulan pelajar Tingkatan 4 program Permata baru-baru ini menunjukkan kebolehan cukup luar biasa apabila lulus dalam ujian Standardised Admission Test (Ujian Kemasukan Seragam) (SAT) dengan cemerlang, yang membolehkan mereka ditawar memasuki universiti di Amerika Syarikat
Sesungguhnya program PERMATA dapat melahirkan generasi baru yang cemerlang dan gemilang. Kepada ibu bapa yang berminat menghantar anak anda boleh klik pada gambar di bawah ini.
Comments
Post a Comment