Posts

Showing posts with the label Fakta

TIPS: Semakan Status Perjalanan Anda

Image
Bercita-cita ke luar negara dalam tahun ini? Ke London, Paris, Jakarta? Tunggu???!!!! Sila semak  Semakan Status Kawalan Imigresen di laman Jabatan Imigresen Malaysia sekarang. Hanya perlu memasukkan nombor MyKad anda ke dalam kotak yang disediakan dan kemudian tekan butang semak. Anda selamat ke luar negara jika laman akan memberikan status “Tiada halangan”, dan jika jawapan sebaliknya anda dapat, bermakna anda dilarang keluar negara. p/s: Kena 'block' sama ada sebab ada hutang PTPTN tak dijelaskan atau didapati bersalah mencerca kerajaan di twitter,fb dan sebagainya.

ILMU: Cara Aqiqah Anak Mengikut Islam

Ramai di kalangan kita masih keliru pasal benda ni.. Banyak persoalan yg tak terjawab.. Contoh: 1) Bolehkah Aqiqah dilakukan utk diri sendiri setelah dewasa sebab dulu mak ayah tak mampu? 2) Boleh ke daging Aqiqah dimakan oleh orang bukan Islam? 3) Bolehkah daging Aqiqah digunakan utk masak lauk kenduri? 4) Bolehkah sebahagian drpd badan haiwan seperti tanduk dan kulit dijadikan perhiasan rumah? 5) Apakah hukum Aqiqah sebenarnya? Mesti kena buat ke? 6) Betul ke kalau seorang anak tak dibuatkan Aqiqah maka hidup dia akan sengsara? 7) Tulang-tulang semua mesti kena tanam ke? 8) Boleh ke nak combine sekali Aqiqah dan Ibadah Korban waktu Aidil Adha? Seekor haiwan niatnya dua sekaligus? Ni atok cuba jelaskan seringkasnya eh supaya semua boleh faham.. InshaALLaH.. Aqiqah ni hukumnya Sunat Muakkad iaitu sunat yg digalakkan.. Kalau tak buat, tak berdosa.. Kalau buat, dpt ler pahala.. Aqiqah hukumnya TAK WAJIB... Ianya hanya jadi Wajib apabila telah bernazar.. Aqiqah ni bermula sebe...

DUNIA: Owh GST 6%..

GST telah diimplementasikan bermula 1 April lepas. Mari kita lihat kesan 6 peratus dalam perbelanjaan seharian anda.  Sila lihat contoh  di bawah.; 1.00 = 6 sen 10.00 = 60 sen 100.00 = 6 ringgit 1000.00 = 60 ringgit 10000.00 = 600 ringgit 100000.00 = 6000 ringgit  1000000.00 = 60000 ringgit Kalau nilai kecik mmg tak nmpk,, kalau nilai besar di situ kita nmpk,, Kalau malaysia 1 juta org belanje 1RINGGIT sehari, kerajaan dah dpt 60 ribu ringgit , paling SIKIT satu hari,, setahun kerajaan dpt RM 21,900,000.00 Tu baru SERINGGIT sehari dan 1JUTA ORG...

DUNIA: JDT mahu beli Fernando Torres?

Image
Menjadi berita panas dalam bolasepak negara bila JDT berhasrat mahu membeli Fernando Torres pada musim 2016 nanti. Seperti yang diketataahui Fernando Torres merupakan seorang pemain bola sepak bertaraf dunia. Walaupun prestasi dia kurang menjadi sekarang, namun nilai harga pasaran masih mahal untuk dibeli oleh mana-mana kelab. INFO Nama Penuh: Fernando José Torres Sanz Nama gelaran : El Niño Ketinggian: 186cm Tarikh Lahir: 20 Mar 1984 Umur: 30 tahun Posisi: Penyerang Tengah (CF) Kelab pertama:  Atlético Madrid tahun 2001 Kelab terkini: Milan (dipinjamkan dari Chelsea FC) Jumlah penampilan bermain (terkini) : 558. Jumlah jaringan (terkini) : 217 gol. Harga Jualan Anggaran (terkini): 12 million pound sterling di Atletico Madrid di Liverpool di Chelsea PENCAPAIAN - Skor 75 gol dalam 174 penampilan La Liga - Pemain terpantas dalam sejarah kelab Liverpool yang menjaringkan 50 gol liga - Calon  FIFA World XI pada...

DUNIA: Apa itu PERMATA?

Image
Mungkin anda pernah mendengar mengenai PERMATA, namun tidak secara jelas kerana kebanyakkan cerita mengenai PERMATA lebih berkisarkan tentang politik kerana ia berkaitan dengan isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Rosmah Mansor. Kita ketepikan cerita-cerita tersebut, kerana lebih baik kita memahami apa yang dimaksudkan dengan program PERMATA ini. PERMATA merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal kepada Kanak-kanak yang menawarkan pendekatan alternatif dalam bidang asuhan dan didikan awal khusus untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun. PERMATA diasaskan oleh Datin Paduka Rosmah Mansor bersama beberapa kumpulan profesional, pendidik, ahli akademik, pakar perubatan, pegawai polis, peguam dan pegawai-pegawai kerajaan. PERMATA bertujuan memberi peluang khususnya kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk mengalami proses pembelajaran awal yang berkualiti dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. PERMATA ada ENAM (6) program utama yang terdiri daripada Pe...

DUNIA: Kata-kata Perdana Menteri Malaysia tentang kemerdekaan

Image
YTM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA (31 Ogos 1957-22 Sept 1970) Jangan sesiapa berfikir kita telah sampai ke penghujung jalan: Kemerdekaan memanglah sesuatu yang penting dalam sejarah kita tetapi ia hanyalah permulaan kepada usaha baru dan berdaulat. TUN ABDUL RAZAK (22 Sept 1970-14 Jan 1976) Hari Kemerdekaan adalah besar maknanya bagi semua rakyat mengukuhkan tekad dan memperbaharui azam berusaha dengan lebih giat membina masyarakat adil dan makmur. Saya ingin saudara-saudara memandang ke dalam secara retrospektif dan bertanya pada diri sendiri apakah satu sumbangan bererti yang telah kita berikan untuk masyarakat dan negara TUN HUSSEIN ONN (15 Jan 1976-16 Julai 1981) Kita telah sama-sama terlibat dan menyertai dalam perjuangan kemerdekaan tanah air kemudiannya mengisi kemerdekaan ini hendaklah sentiasa memberi pimpinan dan bimbingan kepada generasi muda ini, supaya memastikan bahawa segala asas yang telah dibina dan diperkukuhkan selama ini, bagi mewujudkan sebuah masyar...

ILMU: Air itu UBAT?

Image
Kajian sains mendapati bahawa 1 Gelas Air diminum sebaik bangun dari tidur  dapat membantu pengaktifan organ dalaman anda 1 Gelas Ai r diminum selepas mandi dapat membantu mengurangkan tekanan darah rendah 1 Gelas Air diminum sebelum makan dapat membantu sistem penghadaman 1 Gelas Air diambil sebelum tidur dapat membantu mengelakkan strok dan serangan jantung pada waktu malam Amalkannya nescaya kesihatan anda terpelihara.

TIPS: 10 Cara Kuruskan Badan

Image
(1) Berjalan kaki Senaman yang amat ringkas dan mudah untuk semua. Berjalan kaki dapat membakar kalori dengan pantas dan memastikan tubuh anda 'fit'. Cuba parking kereta di tempat jauh dari kebiaasaan, memilih menggunakan tangga daripada lif atau berjalan-jalan di taman dapat membantu anda untuk kurus. (2) Jangan makan banyak Kawal pemakanan anda dengan mengambil lebih kuantiti sayur dan sumber protein berbanding karbohidrat (nasi). Memasak makanan sendiri boleh membantu anda mengukur keperluan makanan seharian dan elakkan makanan segera. (3) Bersarapan Jangan lupa bersarapan pagi kerana pakar makanan mengesyorkan sarapan membantu tubuh anda membakar kalori untuk seharian. (4) Makan separuh Apabila anda pesan makanan di restoren contohnya, bahagikan separuh untuk orang lain merasainya juga. Ini kerana secara semulajadi membantu anda tidak makan secara berlebihan dan juga boleh mengeratkan hubungan dengan orang lain dengan berkongsi makanan.

BERITA: Isi Bajet 2014

Image
Bajet 2014 telah dibentangkan pada Jumaat, 25 Oktober 2013 di dewan Parlimen Malaysia oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak. Tema bajet pada kali ini ialah “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji”. Antara perkara yang menarik perhatian adalah Kadar BR1M Dinaikkan Subsidi Gula Dimansuhkan Kakitangan Awam Terima Bonus Setengah Bulan Gaji, Minimum RM500, persara RM250  Bantuan persekolahan RM100 Baucar Buku RM 250 diteruskan Projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) Rumah harga berpatutan akan dibina menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 Bantuan yuran taska RM250 sebulan RM239 juta untuk pembangunan sukan  RM6 bilion untuk pelaksanaan program pertanian  Sebagai rakyat Malaysia, perlu mengetahui kandungan bajet untuk mengetahui bagaimana perbelanjaan negara disalurkan. Teks pembentangan bajet boleh di baca disini : Ucapan bajet...

FAKTA: Siapa Khairy Jamaluddin?

Image
Khairy Khairy merupakan nama sebenarnya, kerana Jamaluddin adalah nama bapa beliau (Jamaluddin Abu Bakar) 1976 Lahir pada 10 Januari tahun 1976. Kuwait Tempat kelahiran beliau iaitu Kuwait City, Kuwait. Abdullah Ahmad Badawi Merupakan menantu kepada bekas Perdana Menteri ke-5, berkahwin dengan Nori Abdullah. Graduan Universiti Oxford Lulusan Universiti Oxford ini mengambil ijazah sarjana muda Falsafah, Politik dan Ekonomi. 1998 Menamatkan pengajian Masters bidang Teori Undang-undang dan Politik di UCL (University College London) 2 Anak Memiliki dua orang anak lelaki hasil perkahwinan dengan Nori Abdullah iaitu Jibreil Ali Jamaluddin Abu Bakar dan Timur Abdullah Jamaluddin Abu Bakar. Pegawai Khas Dilantik sebagai pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri Abdullah Badawi, jawatan pertama dalam kerajaan. Rembau Menjadi Ahli Parlimen Rembau semenjak tahun 2008. Ketua Pemuda UMNO Dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO pada tahu...

DUNIA: Shisha di ban Sebab Haram?

Image
Menghisap shisha merupakan tradisi Arab Pengharaman shisha menjadi topik hangat apabila Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis telah mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha di negeri itu kerana ia mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding dengan menghisap merokok. Ia telah diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-11/2013 pada 24 Jun lepas. Malah Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) turut menyokong langkah yang diambil oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis ini. Shisha juga dikenali sebagai  hukkah, narghile, arghila, atau qalyān. Ia adalah instrumen tunggal atau berbilang berpunca untuk merokok tembakau berperisa dipanggil shisha di mana wap atau asap melalui air lembangan (sering berasaskan kaca) sebelum penyedutan berlaku. Paip pula digunakan untuk menghasilkan asap dengan membakar shisha atau digunakan untuk membuat wap air oleh lebur pada suhu yang lebih rendah. Bukti Shisha 10x Berbahaya dari Rokok Dalam jadual di b...

FAKTA: Info Piala FA yang perlu anda tahu

Image
1990 Piala FA dipertandingkan kali pertama di mana Perak sebagai Juara, Selangor sebagai Naib Juara. Stadium Merdeka Merupakan stadium pertama final piala FA diadakan. Sela ngor Merupakan Juara Piala FA yang terbanyak iaitu selama 5 kali. Mel aka Merupakan pasukan negeri yang tidak pernah memenangi Piala FA Si me Darby FC Kelab bolasepak pertama yang pernah layak ke final Piala FA pada tahun lepas,2012. Kelantan Merupakan pasukan Juara Piala FA tahun lepas, edisi ke-22. 6 Sepakan Penalti [       ] Pada tahun 1999, 2000, 2006, 2007, 2009, 2010 sepakan penalti diadakan untuk menentukan juara. 23 Tahun 2013 merupakan edisi yang ke-23 bagi Piala FA 32   sebanyak 32 pasukan bertanding untuk merebut Piala FA Piala direka semula oleh Suhaimi Mat Jusoh, anak negeri Kelantan pada tahun 2012. RM575,000 Hadiah kereta Audi Q7 bernilai RM575,000 untuk 2 pemain terbaik JDT jika memenangi perlawanan FA tahun ini. Piala FA lama ...