Posts

Showing posts with the label Ilmu

ILMU: Umur 35 ke 40 Tahun: Detik Peralihan Usia atau Satu Ujian Kehidupan?

Image
Umur 35 hingga 40 tahun ini, bukan sekadar angka. Ia satu fasa hidup yang luar biasa mencabar —dan dalam masa yang sama, sangat bermakna. Pada usia inilah, ramai antara kita mula diuji. Ujian itu boleh datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang diuji dengan ibu bapa yang jatuh sakit, atau kehilangan yang tercinta. Ada yang rumahtangganya mula bergoncang, atau tiba-tiba pasangan diuji dengan kesihatan. Anak-anak pula makin besar, makin banyak ragam. Remaja yang sedang mencari identiti, dan kita pula... sedang cuba menyeimbangkan semuanya. Inilah waktu, di mana Allah mula memanggil kita pulang. Tapi bukan dengan suara, bukan dengan mimpi. Tapi dengan ujian . Sebab kadang-kadang, manusia hanya akan sujud dan mengadu bila diuji. Bila semuanya tenang dan lancar, kita mudah alpa. Orang Bijak, Akan Sedar dan Bersedia Orang yang bijak akan mula “berkemas”. Bukan kemas rumah, tapi kemas jiwa dan amalan . Mereka mula perbaiki hubungan dengan pasangan, anak-anak, dan ibu bapa. Mereka mula menyimpan d...

ILMU: Jemputan Walimah: Sunnah yang Ramai Terlepas Pandang

Image
Bila musim kahwin tiba, kad jemputan mula sampai satu demi satu. Ada yang dari saudara-mara, kawan sekolah, rakan sekerja, malah jiran pun tak ketinggalan. Tapi soalan biasa yang muncul dalam hati kita: "Perlu ke pergi semua jemputan ni?" atau "Kalau tak sempat, boleh ke tak hadir?" Rupanya, memenuhi jemputan ke majlis perkahwinan (walimah) bukan sekadar soal adab atau sopan – tapi ada kaitan dengan hukum agama. 📖 Apa Kata Islam Tentang Jemputan Kahwin? Majoriti para ulama berpendapat bahawa wajib untuk menghadiri majlis walimah apabila dijemput, selagi tiada halangan yang sah (uzur syarie) . Dalilnya sangat jelas, iaitu daripada sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.A bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْوَلِيمَةِ فَلْيَأْتِهَا" Maksudnya: "Apabila salah seorang daripada kamu dijemput ke majlis walimah, maka hadirlah." (Riwayat Muslim, hadis no. 1053) Perkataan "فَلْيَأْتِهَا" d...

TIPS BERNIAGA: Kalau Berniaga Jangan Kutip Hutang, Jangan Kena Matahari

Image
  Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan, "Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu lakukan. 1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang. 2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari. Kemudian Hassan Al Basri mengakhiri hayatnya dan meninggal dunia. Masa telah berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju. Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya, Si ibu : "Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari semakin merosot?" Jawab si adik : "Saya ikut pesanan ayah." Si ibu : "Apakah pesanan ayahmu?" Jawab si adik : "Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG . Jadi, semua yang berhutang...

KISAH TAULADAN: AHLI SYURGA Yang TIDAK SOLAT TAHAJUD...TIDAK PUASA SUNAT....TIDAK SOLAT DHUHA....

Image
  AHLI SYURGA Yang TIDAK SOLAT TAHAJUD...TIDAK PUASA SUNAT....TIDAK SOLAT DHUHA....BACALAH KALAU NAK RAHSIANYA.... Suatu hari ketika Rasulullah saw & para sahabat berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, Rasulullah saw tiba2 berkata: "Sebentar lagi datang seorang pemuda ahli syurga." Tak lama kemudian datang seorang pemuda yang muka & tangannya basah berwudhuk, sambil sebelah tangan nya memegang sandal. Penampilan sangat sederhana. Tiada apa yang istimewa. Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah saw & beberapa sahabat duduk di tempat sama, sekali lagi Rasulullah saw kata: "Sebentar lagi datang seorang pemuda ahli syurga." Sebentar kemudian, pemuda yg sama sampai. Pun berpenampilan sama. Salah seorang sahabat yang ada di situ ialah Muaz bin Jabal ra. Beliau ingin tahu apa rahsia lelaki itu yang dikatakan ahli syurga. Lalu dia mencari jalan utuk tidur di rumah lelaki itu dengan memberi pelbagai alasan. Pemuda itu benarkan Muaz tidur di rumahnya. Malam itu ...

DUNIA: COVID-19, EMOSI VS REALITI

Image
 PESANAN DAN PERINGATAN IKHLAS DARIPADA DR MUHAMMAD AIZAT AMIRUDDIN COVID-19 : EMOSI VS REALITI Saya lihat ramai netizen dan rakyat Malaysia yang tidak lagi peduli dengan ancaman COVID-19 di negara kita. Ada yang kata COVID-19 hanya rekaan, ada yang tidak berpuas hati dengan penguatkuasaan. Akibatnya, ramai yang putus asa dan tidak lagi mematuhi SOP yang ditetapkan. Trend ini amat membimbangkan kami para petugas kesihatan. Saya percaya ini berlaku sebab ramai rakyat Malaysia yang belum faham betapa seriusnya situasi perkhidmatan kesihatan Malaysia sekarang dalam menangani COVID-19. Jadi, saya mohon sangat-sangat anda baca dan fahamkan apa yang saya akan tulis ini. Apabila sesebuah negara dilanda sesuatu wabak, termasuk COVID-19, perkhidmatan kesihatan di negara tersebut akan mengalami fasa-fasa seperti berikut: FASA I Apabila kes harian meningkat, maka kes-kes kritikal pun semakin meningkat. Di Malaysia, kajian menunjukkan, bagi setiap 1000 kes COVID-19; - 60 pesakit memerlukan ban...

TIPS: Formula menjemput Rezeki

Image
Salah satu buku panduan menjemput rezeki 1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.. 2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.. 3. AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.. 4. ZIKIR - Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.. 5. SOLAT BERJEMAAH , terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.. 6. SILATURRAHIM . Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang la...

TIPS: Rebut Pahala Ramadan Buat Wanita Haid

Image
Tidak dinafikan, antara golongan yang begitu gusar takut kehilangan pahala di bulan Ramdhan ialah kaum muslimat. Hal ini adalah kerana dalam tempoh sebulan Ramadhan, muslimat akan mengalami tempoh waktu yang tidak dibenarkan melakukan beberapa amalan kerana kedatangan haid. *La Tahzan.* Seharusnya kaum muslimat faham dan redha di atas ketentuan Allah ini. Ia adalah fitrah bagi seorang perempuan yang baligh. Ingat lagi kisah Aisyah yang menangis kerana kedatangan haid sewaktu ingin mengerjakan Haji Widak? Rasulullah menenangkan hati Aisyah dengan berkata, “Sesungguhnya pekara ini (haid) adalah ketentuan Allah ke atas wanita.” Hadis riwayat Bukhari *_Amalan Yang Dibenarkan_* Sebenarnya, banyak lagi amalan yang boleh dilakukan oleh wanita haid berbanding yang dilarang. Mana mungkin Allah mengabaikan kaum muslimat untuk mengumpul pahala seperti orang lain yang berpuasa. Jadi bagaimanakah caranya? #1. Tetap Bangun Bersahur Meskipun Tidak Berpuasa Dari Anas Bin Ma...

Kisah TAULADAN: Beza Ketam M dan Ketam C

Image
Mamat: Hello Boss! Itu ketam ada jual ka? Boss: Ya hello.. Ada… ada… Lu mau ketam C ke ketam M? Mamat: Aik! Ketam pun ada M dengan C ka Boss? Cuba lu tunjuk mana ketam M, mana ketam C? Boss: Itu sana dalam bekas ada tutup… ketam C.... sana dalam bekas tak ada tutup… ketam M la… M: Apa pasal ketam C apek kasi tutup.... ketam Melayu apek tak kasi tutup?

TIPS: Cara Jaga Kereta Kekal Lama

Image
Anda jangan berani memiliki kereta sendiri kalau tidak tahu perkara penting ini dn klau ada yg tertinggal tolong msukkn di ruangan komen ni agar kita semua dpt berkongsi ilmu sesama kita semua😉 1. minyak hitam (Mengikut paras had & jenis minyak) 2. oil filter (tukar semasa menukar minyak hitam) 3. spark plug (tukar setiap 30,000 km) 4. battery (tambah air setiap kali servis) 5. belting (tukar setiap 80,000km)Tidak perlu tukar water pump jika tiada mslh bearing kasar atau bocor.Jimat duit jimat belanja.Kita kn org susah.. 6. clutch plate (mengikut keadaan) 7. fuel filter (tukar setiap 30,000km)

TIPS: 15 Cara Jaga Kesihatan Untuk Wanita

Image
       1. Wanita dilarang menarik barang berat tapi harus menolak. Juga elakkan membawa barang2 berat. Ini adalah kerana urat saraf wanita yg cepat lemah.                            2. Jalan 50 langkah memperbaiki tulang tubuh. Naik 20 anak tangga memperbaiki tulang lutut.  3. Kopi tidak disarankan bagi WANITA, karena dapat menyebabkan osteoporosis dan mempercepat monopause. Rupa daun salam 4. Rebus 10 helai daun salam dgn 2 gelas air, minum tiap hari selama 12 hari untuk menurunkan kolestrol dan darah tinggi.

TIPS: Cara Tangani Anak Lasak

Image
Hampir setiap kali bila saya bagi talk, atau terima respon daripada pembaca buku #3Kertas3Krayon3PenselWarna, mesti akan ada ibu bapa yang timbulkan isu ANAK LASAK. . Ada yang mengadu anak terlalu lasak tak berhenti-henti berlari, melompat, memanjat, baling-baling barang, menjerit-jerit 24 jam. Ada yang mengadu anak tak boleh duduk diam masa makan. Sampaikan bila makan kat luar, nasi berterbangan lalu melekat di dinding dan siling restoran. Dan juga di muka waitress. Ada juga yang mengadu anak terlalu kuat memanjat sampaikan semua benda dia nak panjat. Grill rumah, pintu pagar, sofa, dinding, peti ais, etc. Dan ada juga parents yang terus jump into conclusion dengan melabel anak mereka hyperactive atau ADHD. So hari ni, topik yang saya nak share ialah-- ANAK LASAK. Atau ANAK SUPERMAN.  Bagaimana mindset yang betul, yang sepatutnya perlu ada pada ibu bapa yang ada anak lasak? Dan apa yang kita boleh lakukan untuk menangani anak lasak, tanpa perlu stress hari-har...

KISAH TAULADAN: Pemimpin Adil, Khalifah Umar Al Khattab

Image
Pada suatu malam, ketika Khalifah Umar bin Abdul Aziz berada di ruang kerjanya, memeriksa catatan keluar masuk dana Baitul Mal terdengar ketukan pintu . Ruang kerja diterangi lampu minyak sekadarnya, hanya cukup terang untuk membaca berdekatannya tetapi tidak terlalu terang untuk bercermin di kaca . Khalifah tidak pernah bercermin kecuali kepada keteladanan Rasullulah dan para sahabat Nabi . "Siapa di luar?" tanya Khalifah tanpa membuka pintu . "Saya , Ayah," terdengar suara seorang pemuda . "Ada keperluan apa?" tanya Khalifah . "Saya disuruh ibu untuk membicarakan tentang beberapa masalah." "Masalah apa?" "Buka pintu dulu,Ayah . Izinkan saya masuk," jawab anaknya mendesak ingin masuk . "Terangkan dulu apa masalahnya? Soal keluarga, soal masyarakat, atau soal negara? tanya Khalifah masih tetap tidak membukakan pintu untuk anaknya . "Tentu sahaja urusan keluarga kita , Ayah," jawab ana...

TIPS: Bergaya dengan Baju Kemeja

Image
Sehari satu.. kita ambil tahu! Kemeja lelaki sebenarnya dicipta berjenis-jenis.. Selain corak, warna, fabrik dan saiz yang pelbagai, kemeja juga dibezakan mengikut potongan dan teknik lipatan. Mungkin ramai yang tak perasan.. Atau mungkin ramai yang terlebih 'perasan'.. boleh sarungkan apa sahaja jenis kemeja yang ada asalkan cantik di mata. Huhhh.. Ok! Babah nak kongsikan tips asas bila nak membeli kemeja di pasaraya. Ketika memilih, perhatikan lipatan di bahagian belakang kemeja terlebih dahulu. Pastikan sama ada: 1. Lipatan Tengah @ Centre Box Pleat 2. Lipatan Tepi Kiri & Kanan @ Side Pleat 3. Tiada Lipatan @ Pleatless ~ Kemeja yang ada lipatan tengah di bahagian belakang baju sesuai dipakai oleh lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian perut. Kesian kat perut tu.. sekurang-kurangnya bolehlah jugak bernafas.. kan? Untuk lelaki yang kurus dan tak ada perut, jika memakai kemeja jenis ini kebiasaannya akan kelihatan kurang kemas. ~ Kemeja ya...

TIPS: Konsep Rezeki dan Cara Tambah Rezeki

Image
🍪  Konsep Rezeki Pertama Kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang ni. 🌂  Konsep Rezeki Kedua Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita. Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjamkan duit kepada orang lain. Contoh yang lain, adalah bersedekah, memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain. Banyak orang yang tak nampak rezeki bahagian ni. Sedangkan ini adalah rezeki juga. Banyak daripada kita bila tiba rezeki ni, kita complain, kita banyak merungut dan menyalahkan takdir, menyalahkan segala-galanya. Kan? Sebenarnya, Tujuan Allah aturkan rezeki begini untuk kita adalah kerana nak menyucikan harta kita. Tujuannya nak mengampunkan dosa kita. Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih banyak Tapi kita mesti diuji terlebih dahulu. 🎈  Konsep Rezeki Ketiga Rezeki yang kita tak usaha ...

TIPS: Bila menemani isteri shopping raya

Image
Buat mereka (lelaki) yang belum kahwin, ini antara nota kecil yang mungkin berguna untuk anda di masa akan datang. 1) Apabila isteri ajak pergi shopping pakaian raya, bersiap sedialah kita dengan tenaga dan peralatan yang cukup supaya kita tidak jatuh pengsan. Orang perempuan, walaupun berpuasa, dia boleh shopping di beberapa buah mall dan pergi kesemua tingkat yang ada dalam mall tersebut satu persatu. Entah dari mana kekuatan tu datang, anda pasti terkejut. Biasanya lelaki2 dalam mall tu akan follow dari belakang dengan muka nak makan orang. Sebaliknya si isteri pula berjalan di depan penuh bersemangat dengan senyuman. 2) Saya lihat dan perhati sendiri suasana begini dalam SOGO dan beberapa mall lain. Abang sado pun pucat muka dibuatnya. Ada suami yang terduduk di belakang tiang. Ada yang berjalan sambil tengok Hp, di matanya tiada apa yang menarik dalam mall tu. Ada juga yang tertidur di kerusi rehat yang disediakan. Saat ini jika ada anak, kitalah yang perlu dukung a...

KISAH TAULADAN: 3 Lelaki Tua

Image
Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat 3 orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.  Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu." "Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar." "Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap. Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam. "Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap. "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu. Salah seorang dari le...