Posts

Showing posts with the label Tips

TIPS BERNIAGA: Kalau Berniaga Jangan Kutip Hutang, Jangan Kena Matahari

Image
  Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan, "Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu lakukan. 1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang. 2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari. Kemudian Hassan Al Basri mengakhiri hayatnya dan meninggal dunia. Masa telah berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju. Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya, Si ibu : "Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari semakin merosot?" Jawab si adik : "Saya ikut pesanan ayah." Si ibu : "Apakah pesanan ayahmu?" Jawab si adik : "Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG . Jadi, semua yang berhutang...

KISAH LAWAK: Alkisah Solat Terawih 23 Rakaat

Image
  Masalah utama bila terawikh ialah  kita  begitu berat utuk bangun memulakan setiap rakaat, mcm berat sangat rasanya, maklumlah 23 x bangun duduk disamping faktor  usia mungkin tewas dirakaat ke 8. Tapi aku pelik tengok pak Hj Narawai org kg aku yg dah berusia lebih 80 tahun, tiap kali bangun dia yg awal, mcm x de masalah langsung. Aku nak cuba tanya apa ubat yg dia makan atau mungkin ada amalan lain tapi belum ada kesempatan.

TIPS: Formula menjemput Rezeki

Image
Salah satu buku panduan menjemput rezeki 1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.. 2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.. 3. AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.. 4. ZIKIR - Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.. 5. SOLAT BERJEMAAH , terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.. 6. SILATURRAHIM . Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang la...

TIPS: Rebut Pahala Ramadan Buat Wanita Haid

Image
Tidak dinafikan, antara golongan yang begitu gusar takut kehilangan pahala di bulan Ramdhan ialah kaum muslimat. Hal ini adalah kerana dalam tempoh sebulan Ramadhan, muslimat akan mengalami tempoh waktu yang tidak dibenarkan melakukan beberapa amalan kerana kedatangan haid. *La Tahzan.* Seharusnya kaum muslimat faham dan redha di atas ketentuan Allah ini. Ia adalah fitrah bagi seorang perempuan yang baligh. Ingat lagi kisah Aisyah yang menangis kerana kedatangan haid sewaktu ingin mengerjakan Haji Widak? Rasulullah menenangkan hati Aisyah dengan berkata, “Sesungguhnya pekara ini (haid) adalah ketentuan Allah ke atas wanita.” Hadis riwayat Bukhari *_Amalan Yang Dibenarkan_* Sebenarnya, banyak lagi amalan yang boleh dilakukan oleh wanita haid berbanding yang dilarang. Mana mungkin Allah mengabaikan kaum muslimat untuk mengumpul pahala seperti orang lain yang berpuasa. Jadi bagaimanakah caranya? #1. Tetap Bangun Bersahur Meskipun Tidak Berpuasa Dari Anas Bin Ma...

TIPS: Amalan Kesihatan Yang Baik

Image
01. Jangan makan lewat sebelum tidur. 02. Hanya boleh makan 4 butir telur seminggu. 03. Kurangkan  makan Tungking/tongkek ayam  04. Makan buah seharusnya sebelum makan, bukan selepas makan. 05. Masa haid jangan✋ minum teh ☕ lebih lagi teh hijau, sebaiknya makan sesuatu yang boleh menambah darah. 06. ✋Kurangkan minum susu kacang soya dan jangan tambah telur dan gula pada minuman anda. 07. ☝Makan tomato semasa atau selepas makan. Jangan waktu perut kosong. 08. ☝Tiap pagi bangun tidur minum 1⃣ gelas air putih bisa cegah batu hempedu. Dua gelas untuk mengaktifkan organ2 dalaman. 09. 3 jam sebelum tidur, jangan makan boleh jadi kegemukkan. 10. ⛔Jangan minum teh susu atau (teh tarik / bubble tea) kerana tinggi kalori tinggi lemak.

TIPS: Cara Jaga Kereta Kekal Lama

Image
Anda jangan berani memiliki kereta sendiri kalau tidak tahu perkara penting ini dn klau ada yg tertinggal tolong msukkn di ruangan komen ni agar kita semua dpt berkongsi ilmu sesama kita semua😉 1. minyak hitam (Mengikut paras had & jenis minyak) 2. oil filter (tukar semasa menukar minyak hitam) 3. spark plug (tukar setiap 30,000 km) 4. battery (tambah air setiap kali servis) 5. belting (tukar setiap 80,000km)Tidak perlu tukar water pump jika tiada mslh bearing kasar atau bocor.Jimat duit jimat belanja.Kita kn org susah.. 6. clutch plate (mengikut keadaan) 7. fuel filter (tukar setiap 30,000km)

TIPS: 15 Cara Jaga Kesihatan Untuk Wanita

Image
       1. Wanita dilarang menarik barang berat tapi harus menolak. Juga elakkan membawa barang2 berat. Ini adalah kerana urat saraf wanita yg cepat lemah.                            2. Jalan 50 langkah memperbaiki tulang tubuh. Naik 20 anak tangga memperbaiki tulang lutut.  3. Kopi tidak disarankan bagi WANITA, karena dapat menyebabkan osteoporosis dan mempercepat monopause. Rupa daun salam 4. Rebus 10 helai daun salam dgn 2 gelas air, minum tiap hari selama 12 hari untuk menurunkan kolestrol dan darah tinggi.

TIPS: Cara Tangani Anak Lasak

Image
Hampir setiap kali bila saya bagi talk, atau terima respon daripada pembaca buku #3Kertas3Krayon3PenselWarna, mesti akan ada ibu bapa yang timbulkan isu ANAK LASAK. . Ada yang mengadu anak terlalu lasak tak berhenti-henti berlari, melompat, memanjat, baling-baling barang, menjerit-jerit 24 jam. Ada yang mengadu anak tak boleh duduk diam masa makan. Sampaikan bila makan kat luar, nasi berterbangan lalu melekat di dinding dan siling restoran. Dan juga di muka waitress. Ada juga yang mengadu anak terlalu kuat memanjat sampaikan semua benda dia nak panjat. Grill rumah, pintu pagar, sofa, dinding, peti ais, etc. Dan ada juga parents yang terus jump into conclusion dengan melabel anak mereka hyperactive atau ADHD. So hari ni, topik yang saya nak share ialah-- ANAK LASAK. Atau ANAK SUPERMAN.  Bagaimana mindset yang betul, yang sepatutnya perlu ada pada ibu bapa yang ada anak lasak? Dan apa yang kita boleh lakukan untuk menangani anak lasak, tanpa perlu stress hari-har...

TIPS: Bergaya dengan Baju Kemeja

Image
Sehari satu.. kita ambil tahu! Kemeja lelaki sebenarnya dicipta berjenis-jenis.. Selain corak, warna, fabrik dan saiz yang pelbagai, kemeja juga dibezakan mengikut potongan dan teknik lipatan. Mungkin ramai yang tak perasan.. Atau mungkin ramai yang terlebih 'perasan'.. boleh sarungkan apa sahaja jenis kemeja yang ada asalkan cantik di mata. Huhhh.. Ok! Babah nak kongsikan tips asas bila nak membeli kemeja di pasaraya. Ketika memilih, perhatikan lipatan di bahagian belakang kemeja terlebih dahulu. Pastikan sama ada: 1. Lipatan Tengah @ Centre Box Pleat 2. Lipatan Tepi Kiri & Kanan @ Side Pleat 3. Tiada Lipatan @ Pleatless ~ Kemeja yang ada lipatan tengah di bahagian belakang baju sesuai dipakai oleh lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian perut. Kesian kat perut tu.. sekurang-kurangnya bolehlah jugak bernafas.. kan? Untuk lelaki yang kurus dan tak ada perut, jika memakai kemeja jenis ini kebiasaannya akan kelihatan kurang kemas. ~ Kemeja ya...

TIPS: Konsep Rezeki dan Cara Tambah Rezeki

Image
🍪  Konsep Rezeki Pertama Kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang ni. 🌂  Konsep Rezeki Kedua Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita. Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjamkan duit kepada orang lain. Contoh yang lain, adalah bersedekah, memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain. Banyak orang yang tak nampak rezeki bahagian ni. Sedangkan ini adalah rezeki juga. Banyak daripada kita bila tiba rezeki ni, kita complain, kita banyak merungut dan menyalahkan takdir, menyalahkan segala-galanya. Kan? Sebenarnya, Tujuan Allah aturkan rezeki begini untuk kita adalah kerana nak menyucikan harta kita. Tujuannya nak mengampunkan dosa kita. Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih banyak Tapi kita mesti diuji terlebih dahulu. 🎈  Konsep Rezeki Ketiga Rezeki yang kita tak usaha ...

TIPS: Bila menemani isteri shopping raya

Image
Buat mereka (lelaki) yang belum kahwin, ini antara nota kecil yang mungkin berguna untuk anda di masa akan datang. 1) Apabila isteri ajak pergi shopping pakaian raya, bersiap sedialah kita dengan tenaga dan peralatan yang cukup supaya kita tidak jatuh pengsan. Orang perempuan, walaupun berpuasa, dia boleh shopping di beberapa buah mall dan pergi kesemua tingkat yang ada dalam mall tersebut satu persatu. Entah dari mana kekuatan tu datang, anda pasti terkejut. Biasanya lelaki2 dalam mall tu akan follow dari belakang dengan muka nak makan orang. Sebaliknya si isteri pula berjalan di depan penuh bersemangat dengan senyuman. 2) Saya lihat dan perhati sendiri suasana begini dalam SOGO dan beberapa mall lain. Abang sado pun pucat muka dibuatnya. Ada suami yang terduduk di belakang tiang. Ada yang berjalan sambil tengok Hp, di matanya tiada apa yang menarik dalam mall tu. Ada juga yang tertidur di kerusi rehat yang disediakan. Saat ini jika ada anak, kitalah yang perlu dukung a...

KISAH TAULADAN: 3 Lelaki Tua

Image
Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat 3 orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.  Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu." "Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar." "Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap. Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam. "Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap. "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu. Salah seorang dari le...

TIPS: 5 POINT ANDA PERLU AMBIL KIRA SEBELUM MELANGGAN ASTRO IPTV

Image
1. Segala-galanya tentang KONTRAK . Langgan ASTRO IPTV buat pertama kali, anda akan tertakluk di bawah kontrak 24 bulan. Tutup akaun dalam tempoh kontrak? BAYAR je cas penalti RM2400 (Pro-rata). Betul semua Service Provider akan ada kontrak. Tapi Astro IPTV, semuanya tentang kontrak dan re-kontrak. Anda upgrade speed internet? Bamm! Re-kontrak! Anda downgrade speed internet? Re-kontrak juga! Anda berpindah rumah? Yup re-kontrak! Paling best, anda BERPINDAH KE RUMAH YANG TAK ADA COVERAGE? Anda TETAP KENA BAYAR CAS PENALTI kepada Astro. Best tak, best tak? 2. Anda dah mohon Astro IPTV. Nanti pihak Astro akan call untuk set temujanji nak datang pasang. Tahu tak, kalau anda nak ubah tarikh temujanji, anda kena call 4 hari sebelum tarikh temujanji asal. Anda nak tukar temujanji last minute? No problem, sediakan je duit RM200 untuk bayar kepada Astro. Tapi bila anda dah minta cuti kerja, tiba tiba installer pula tak datang. Astro nak bayar ke RM200 pada anda? Krikkk krikkk. 3....

TIPS: List Servis Kereta Yang Perlu Anda Tahu

Image
Tukar minyak hitam kereta ikut jadual Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis adalah cara yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir dalam proses penyelenggaraan kenderaan. Namun jika anda tersilap langkah dengan menghantar kenderaan anda ke bengkel yang "cekik darah" atau "bengkel jerung", pasti anda akan "disembelih" lantaran harga caj perkhidmatan yang adakalanya tidak munasabah dengan kerosakkan yang sebenar. Berikut adalah 23 perkara asas tentang servis kereta yang biasanya dilakukan oleh sesetengah pengusaha bengkel baik pulih dan servis kenderaan kepada pelanggan yang kurang arif berkenaan dengan kerja-kerja penyelenggaraan : 1. Minyak hitam. Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan . Kalau minyak jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km atau 10,000km. 2. Filter - sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa - 5000km Minyak Synth...

TIPS: Semakan Status Perjalanan Anda

Image
Bercita-cita ke luar negara dalam tahun ini? Ke London, Paris, Jakarta? Tunggu???!!!! Sila semak  Semakan Status Kawalan Imigresen di laman Jabatan Imigresen Malaysia sekarang. Hanya perlu memasukkan nombor MyKad anda ke dalam kotak yang disediakan dan kemudian tekan butang semak. Anda selamat ke luar negara jika laman akan memberikan status “Tiada halangan”, dan jika jawapan sebaliknya anda dapat, bermakna anda dilarang keluar negara. p/s: Kena 'block' sama ada sebab ada hutang PTPTN tak dijelaskan atau didapati bersalah mencerca kerajaan di twitter,fb dan sebagainya.

TIPS: Mengesan Kerosakan Rumah Baru

Image
Perkara pertama selepas dapat kunci, bukan cuci rumah dan terus masuk ya. Periksa dulu setiap kecacatan atau kerosakan yang ada di rumah seperti dinding crack, cat tanggal, plaster tanggal, tiles lompong, bocor dan lain-lain lagi. Kebiasaannya pihak pemaju akan memberi tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun untuk kita membuat inspection pada rumah dan kita boleh complaint apa sahaja kerosakan atau kekurangan yang ada baik di dalam atau di luar rumah. Semua ini adalah hak-hak kita sebagai pembeli maka periksalah sebaik-baiknya keadaan di dalam rumah. Tetapi sekiranya anda buat major renovation, maka pemaju takkan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan rumah. PERALATAN : ***Masking tape - Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda. ***Marker Pen - Sebaiknya warna merah. Senang nampak tulisan, nombor dan jenis defect atas masking tape. ***Kertas A4 - Tuliskan senarai kecacatan atau defect tu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari. ***Kamera / Handphone ...

TIPS: NOTA PENTING UNTUK LEPASAN SPM

Sesape yang anaknya baru dpt result SPM , isi borang-borang di bawah...  ⬇⬇⬇⬇⬇ Laman UTAMA UPU  http://upu.moe.gov.my Borang UPU Online https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu_2015 Portal RASMI Kementerian Pendidikan Malaysia (Jabatan Pendidikan Tinggi)  http://upu.moe.gov.my/web Facebook RASMI berkaitan UPU https://www.facebook.com/pages/Kemasukan-BPKP-JPT-FB-rasmi-UPU/646433295426674 Laman RASMI POLITEKNIK  http://www.politeknik.edu.my ePanduan kemasukkan lain-lain agensi  https://online.moe.gov.my/upu/vteilka/fepanduan Borang Online kemasukkan ke IKBN  http://eikbn.gov.my/sistemonlineikbn/page1.php Senarai IKBN  http://www.kbs.gov.my/index.php/my/2014-02-27-08-44-57/portal-rasmi-iktbn-ikbn Permohonan ke Jabatan Tenaga Manusia  http://www.kbs.gov.my/index.php/my/2014-02-27-08-44-57/portal-rasmi-iktbn-ikbn Info permohonan CIAST  http://www.ciast.gov.my/v3/index.php/perkhidmatan/orang-awam-pelajar Borang online CIAST  http://a...

TIPS: Senang Lulus Temuduga

PETALING JAYA: Situasi ekonomi global tidak menentu, pengurangan pendapatan negara, pengubah suaian Bajet 2016, semua mungkin memberi lebih cabaran kepada golongan yang sedang mencari kerja pada 2016. Pada 2015, Malaysia mencatatkan kadar pengangguran sebanyak 3.1%. Negara kini mensasarkan kadar pengangguran sebanyak 2.9% bagi 2016. Wartawan Astro AWANI Luqman Hariz menemubual Ketua Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), Datuk CM Vignaesvaran berkenaan apa yang dicari oleh majikan dalam proses pengambilan kerja. Menurut Vignaesvaran walaupun sebilangan nasihat ini mungkin berbunyi klise, ia berupaya melonjakkan peluang seseorang mendapat pekerjaan yang dikehendaki. “ Kajian menunjukkan kakitangan Sumber Manusia hanya mengambil kira-kira 30 saat untuk meneliti satu resumé. ” - Datuk CM Vignaesvaran Twitter Facebook Email Google Whatsapp 1. Pastikan resumé anda kemas Menurut Vignaesvaran, tanggapan pertama atau ‘first impression’ pada resumé boleh menentukan s...