Kisah Tauladan Imam Syafie dengan muridnya, Yunus


Dikisahkan bahwa Yunus bin Abdi Al-'Ala, berselisih pendapat dengan  guru, Al-Imam Muhammad bin Idris Asy-Syaafi'i saat beliau mengajar di Masjid. Hal ini membuat Yunus bangkit dan meninggalkan majlis tersebut dalam keadaan yang marah.Tatkala malam menjelang, Yunus mendengar pintu rumahnya diketuk berkali kali... 

lalu dia berkata : Siapa dipintu rumahku  ? 


Orang yang mengetuk menjawab : Muhammad bin Idris. 


Lama juga Yunus berusaha untuk mengingati semua orang yang ia kenal dengan nama itu, hingga ia yakin tidak ada siapapun yang bernama Muhammad bin Idris kecuali Imam Asy Syaafi'i. 

Saat ia membuka pintu, ia terkejut dengan kedatangan  gurunya, Imam Syaafi'i.


Imam Syaafi'i lalu berkata : Wahai Yunus, selama ini kita disatukan dalam ratusan masalah, apakah kerana satu masalah saja kita harus bermasam muka?


Janganlah engkau berusaha untuk menjadi pemenang dalam setiap perbezaan pendapat ... terkadang, meraih hati itu lebih utama daripada meraih kemenangan.


Jangan pula engkau hancurkan jambatan yang telah kau bangunkan dan kau telahpun laludi atasnya,  boleh jadi, satu hari nanti engkau memerlukannya kembali.


Berusahalah dalam hidup ini agar engkau membenci kesalahan, dan jangan engkau membenci orang yang melakukan kesalahan.


Engkau harus marah di saat melihat kemaksiatan, tapi berlapang dadalah dengan pelaku maksiat.


Engkau boleh mengkritik pendapat yang berbeza, namun tetap  menghormati orang yang berbeza pendapat denganmu.


Tugas kita dalam hidup ini adalah menghilangkan penyakit, bukan membunuh orang yang sakit.


Apabila ada orang yang datang meminta maaf kepadamu, maka maafkan lah dia ... 


Apabila ada orang yang tertimpa kesedihan, maka dengarkanlah keluh kesahnya ...


Apabila datang kepadamu orang yang memerlukan, maka penuhilah keperluan nya dari apa-apa yang Allah berikan kepadamu.


Apabila datang seseorang yang menasihatimu, maka berterima kasihlah atas nasihat yang disampaikan kepadamu.


Bahkan seandainya satu hari nanti engkau hanya menuai duri, tetaplah engkau untuk sentiasa menanam bunga, kerana sesungguhnya balasan yang dijanjikan oleh Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang itu jauh lebih baik dari balasan manusia.


Comments