Posts

Showing posts with the label Kisah Tauladan

KISAH TAULADAN: Imam Syafie dengan muridnya, Yunus

Image
Dikisahkan bahwa Yunus bin Abdi Al-'Ala, berselisih pendapat dengan  guru, Al-Imam Muhammad bin Idris Asy-Syaafi'i saat beliau mengajar di Masjid. Hal ini membuat Yunus bangkit dan meninggalkan majlis tersebut dalam keadaan yang marah.Tatkala malam menjelang, Yunus mendengar pintu rumahnya diketuk berkali kali...  lalu dia berkata : Siapa dipintu rumahku  ?  Orang yang mengetuk menjawab : Muhammad bin Idris.  Lama juga Yunus berusaha untuk mengingati semua orang yang ia kenal dengan nama itu, hingga ia yakin tidak ada siapapun yang bernama Muhammad bin Idris kecuali Imam Asy Syaafi'i.  Saat ia membuka pintu, ia terkejut dengan kedatangan  gurunya, Imam Syaafi'i. Imam Syaafi'i lalu berkata : Wahai Yunus, selama ini kita disatukan dalam ratusan masalah, apakah kerana satu masalah saja kita harus bermasam muka? Janganlah engkau berusaha untuk menjadi pemenang dalam setiap perbezaan pendapat ... terkadang, meraih hati itu lebih utama daripada meraih kemena...

KISAH TAULADAN: AHLI SYURGA Yang TIDAK SOLAT TAHAJUD...TIDAK PUASA SUNAT....TIDAK SOLAT DHUHA....

Image
  AHLI SYURGA Yang TIDAK SOLAT TAHAJUD...TIDAK PUASA SUNAT....TIDAK SOLAT DHUHA....BACALAH KALAU NAK RAHSIANYA.... Suatu hari ketika Rasulullah saw & para sahabat berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, Rasulullah saw tiba2 berkata: "Sebentar lagi datang seorang pemuda ahli syurga." Tak lama kemudian datang seorang pemuda yang muka & tangannya basah berwudhuk, sambil sebelah tangan nya memegang sandal. Penampilan sangat sederhana. Tiada apa yang istimewa. Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah saw & beberapa sahabat duduk di tempat sama, sekali lagi Rasulullah saw kata: "Sebentar lagi datang seorang pemuda ahli syurga." Sebentar kemudian, pemuda yg sama sampai. Pun berpenampilan sama. Salah seorang sahabat yang ada di situ ialah Muaz bin Jabal ra. Beliau ingin tahu apa rahsia lelaki itu yang dikatakan ahli syurga. Lalu dia mencari jalan utuk tidur di rumah lelaki itu dengan memberi pelbagai alasan. Pemuda itu benarkan Muaz tidur di rumahnya. Malam itu ...

KISAH TAULADAN: Rezeki sebuku roti

Image
Pada satu masa dulu ada sorang lelaki tua di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah SWT tetapi macam terganggu sedikit sebab setiap hari dia asyik fikir dan risau pasal rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti sahaja Satu hari, Nabi Musa AS lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir inilah peluang yang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa AS untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia. Dia pun tegur dan beri salam kepada Nabi Musa AS dan dengan teragak-agak dia tanya.  "Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya (rezeki). Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih" Nabi Musa AS pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa AS mendapat jawapan bahawa rezeki yang tel...

Kisah TAULADAN: Beza Ketam M dan Ketam C

Image
Mamat: Hello Boss! Itu ketam ada jual ka? Boss: Ya hello.. Ada… ada… Lu mau ketam C ke ketam M? Mamat: Aik! Ketam pun ada M dengan C ka Boss? Cuba lu tunjuk mana ketam M, mana ketam C? Boss: Itu sana dalam bekas ada tutup… ketam C.... sana dalam bekas tak ada tutup… ketam M la… M: Apa pasal ketam C apek kasi tutup.... ketam Melayu apek tak kasi tutup?

KISAH TAULADAN: Pemimpin Adil, Khalifah Umar Al Khattab

Image
Pada suatu malam, ketika Khalifah Umar bin Abdul Aziz berada di ruang kerjanya, memeriksa catatan keluar masuk dana Baitul Mal terdengar ketukan pintu . Ruang kerja diterangi lampu minyak sekadarnya, hanya cukup terang untuk membaca berdekatannya tetapi tidak terlalu terang untuk bercermin di kaca . Khalifah tidak pernah bercermin kecuali kepada keteladanan Rasullulah dan para sahabat Nabi . "Siapa di luar?" tanya Khalifah tanpa membuka pintu . "Saya , Ayah," terdengar suara seorang pemuda . "Ada keperluan apa?" tanya Khalifah . "Saya disuruh ibu untuk membicarakan tentang beberapa masalah." "Masalah apa?" "Buka pintu dulu,Ayah . Izinkan saya masuk," jawab anaknya mendesak ingin masuk . "Terangkan dulu apa masalahnya? Soal keluarga, soal masyarakat, atau soal negara? tanya Khalifah masih tetap tidak membukakan pintu untuk anaknya . "Tentu sahaja urusan keluarga kita , Ayah," jawab ana...

KISAH TAULADAN: 3 Lelaki Tua

Image
Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat 3 orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.  Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu." "Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar." "Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap. Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam. "Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap. "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu. Salah seorang dari le...

MOTIVASI : Sayangi Ibu Anda

Image
Seorang suami mengajak isterinya makan seperti biasa. "jom sayang kita pergi  makan kat satu tempat tu, sedap sangat makanannya dan tempat yang sangat istimewa pula." Isterinya pada mulanya diam dan tiba-tiba berkata: "saya sebenarnya lebih rela abang ajak seorang wanita lain untuk makan istimewa dengan abang.."" suaminya terkejut dan bertanya siapa wanita tersebut. isterinya menjawab, "ajaklah mak abang." "abang dah terlalu lama tak meluangkan masa berbual dan makan dengan mak abang." "saya sudah selalu abang layan setiap hari tak pernah terlupa..abang pergilah layan mak abang pula." Suaminya terkejut bercampur sedih dan amat terharu.dia telefon ibunya dan mengajak ibunya. Ibunya terkejut tapi sangat gembira. Ibunya inginkan kepastian apakah benarhanya mereka berdua sahaja..si anak mengiakan. Dia pun membawa ibunya makan bersama-sama di tempat romantik dan istimewa itu. Mereka berbual panjang. Ibunya ters...

MOTIVASI: Kehidupan Anda dan Orang Lain

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat, Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah. Aku melihat hidup t eman-temanku tak ada duka dan kepedihan, Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha. Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian, Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya. Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna, Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada. Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung, Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung. Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui.. Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah.. Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini. Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya. Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi. Maka aku merasa tidak perlu iri hati deng...

KISAH TAULADAN: IPhone,Screen Protector dan Flip Cover

Ada Seorang gadis membeli sebuah Iphone6. Smartphone tersebut telah dilengkapi dengan pelindung skrin dan ‘flip cover’ yang tak kalah cantiknya. Dia menunjukkan smartphone barunya tersebut ke ayahnya. Lalu, sebuah percakapan yang cukup menggugah pun dimulai : . Ayah: Wah, telepon genggam yang bagus. Berapa harga yang harus kamu bayar untuk itu ? Anak Perempuan: Saya membayar 700 dolar untuk telepon genggam ini Ayah, 20 dolar untuk penutup teleponnya, serta 5 dolar untuk pelindung skrinnya. Ayah: Oh, mengapa kamu menambahkan pelindung skrin dan penutup teleponnya ? Bukankah kamu dapat berjimat 25 dolar untuk hal itu? Anak Perempuan: Ayah, saya telah menghabiskan 700 dolar untuk mendapatkan telepon ini. Jadi apa alasan saya tidak mengeluarkan 25 dolar untuk keselesaannya ? Dan lihatlah, penutup ini juga membuat teleponku nampak lebih indah bukan? Ayah: Bukankah itu suatu penghinaan bagi perusahaan Apple, Inc. Bahwa mereka tidak dapat membuat produk Iphone yang tidak cu...

KISAH LAWAK: Pak Amir bertemu Jin Tasik

Image
Pada satu hari, Pak Amir pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Amir tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Jin Tasik kepada Pak Amir. Jin Tasik: "Kenapa dengan kau?" Pak Amir: "Kapak aku terjatuh ke dalam tasik." Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak perak. Jin Tasik: "Inikah kapak kamu?" Pak Amir: "Tidak." Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak emas. Jin Tasik: "Inikah kapak kamu?" Pak Amir: "Tidak." Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak berlian. Jin Tasik: "Inikah kapak kamu?" Pak Amir: "Tidak, kapak aku buruk sahaja." Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk. Jin Tasik: "Inikah kapak kamu?" Pak Amir: "Ya, itulah kapak aku." Jin Tasik suka sikap Pak Amir yang jujur itu lalu memberikan keempat-empat kapak itu kep...

KISAH TAULADAN: Jadilah seperti buah

Assalamualaikum w.b.t FALSAFAH BUAH2AN.. Oleh Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.. 1. Jadilah buah JAGUNG, jangan jadi buah GAJUS.. Jagung membungkus bijinya yg banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yg cuma ada satu.. MAKSUDNYA : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.. 2. Jadilah POKOK PISANG.. Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.. MAKSUDNYA : Kesetiaan dalam perkahwinan.. 3. Jadilah buah DURIAN, jangan buah KEDONDONG.. Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya masam dan didalamnya ada biji yg berduri.. MAKSUDNYA : Don’t Judge a Book by The Cover.. JANGAN MENILAI ORANG DARI LUARNYA SAHAJA.. 4. Jadilah UBI KAYU.. Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.. MAKSUDNYA : Jagalah hati walau di mana kita berada, walau di tmpat yg penuh kekotoran.. 5. Jadilah seperti tangkai PETAI, bukan tangkai MEMPELAM...

KISAH TAULADAN: Suami Lapar Balik Rumah

Image
Setiap kali pulang ke rumah, suamiku pasti membawa sekali buah tangan bersamanya. Kadang-kadang, dia membawa pulang roti. Kadang-kadang pisang goreng. Dan kadang-kadang buah cempedak. Senang cerita, memang tak miss lah hari-hari dia bersama buah tangan untuk kami. Dan, setiap kali pulang juga, dia pasti meminta aku menghidangkan nasi untuknya. Lapar katanya... Suatu hari, sedang dia berselera menghadap hidangan, ringan mulut aku ingin bertanya sesuatu kepadanya... ''Hmm... Abang. Saya nak tanya something kat Abang ni...'' ''Ya sayang... Apa dia? Tanyalah... '' jawab dia dengan mulut dipenuhi nasi dan ulam. ''Tengahari, Abang memang tak makan kat ofis ke...?? '' soalku lembut. ''Ermm tak. Kenapa sayang??? '' pendek dan ringkas jawapan dia. ''Takdelah. Saya tengok abang hari-hari minta saya masak. Kalau boleh, saya nak juga berehat sehari dua. Kalau abang dah makan, untuk makan malam bolehlah s...

KISAH TAULADAN: Mesej filem P.Ramlee dalam Ali Baba dan 40 Penyamun

Image
Kalau siapa tengok pakaian 40 penyamun ketika keluar dari gua nak ke bandar. Ada yang memakai pakaian Tok Hakim, koboi,doktor dan lain2..  P Ramlee nak beritahu bahawa penyamun di negara kita ada bermacam2. Setuju jika filem2 P.Ramlee dijadikan sebagai rujukan ilmiah. Banyak filem2 beliau menyampaikan mesej2 berbentuk masa hadapan......sindiran yg penuh makna , realiti pada pentas malaysia skrg....Penyamun pun ada ustaz/ustazah utk menjustifikasi hak menyamun.  Penyamun pon ada persatuan penyamun. Penyamun pon ada doktor. Penyamun doktor kata "kurang vitamin C" Orang kaya (sarip dol dan Kemat hassan) boleh berpakat dengan penyamun Chief penyamun: kamu Momotaro-San, gaji kamu 150 dirham. Bin sarjan bin sarjan gaji kamu 30 dirham sebab byk amik "I O U"......satu jek respek kat penyamun2.....tu walau dia dikelilingi ngan emas dalam gua tuh....tapi tak curi hasil organisasi.....tetapi masih menerima gaji.....dari ketua penyamun.....kalau tak cukup ...

KISAH TAULADAN: Seekor Keldai, Seorang Anak dan Seorang Ayah.

Image
Sekadar hiasan. Abu Luqman hendak mengajari anaknya tentang kehidupan ini, maka suatu hari ia mengajak anaknya untuk pergi ke pasar. Untuk itu ia menyuruh anaknya menyiapkan seekor keldai bagi mereka. Kemudian mereka berangkat. Abu Luqman menaiki keldainya dan menyuruh anaknya berjalan kaki mengikuti disampingnya. Selang beberapa waktu kemudian mereka bertembung dengan rombongan musafir dan orang-orang itu berkata, “Dasar orangtua yang pentingkan diri sendiri, anaknya disuruh berjalan kaki sedangkan ia naik di atas keldai” Mendengar itu kemudian Abu Luqman pun turun dan menyuruh anaknya naik ke atas keldai.  Anaknya pun naik keldai dan Abu Luqman pun berjalan kaki mengikuti disampingnya. Tak lama kemudian mereka berselesih dengan kafilah yang lain lagi dan mendengar orang- orang di kafilah itu bergumam, “Dasar anak tidak sedar diri, orang tuanya disuruh berjalan kaki se...

KISAH TAULADAN: Kekasih Awal Dan Akhir

Image
Cerita ni bukan tentang lagu Jamal Abdillah,tetapi kisahnya adalah.... ....Selepas mendapat tawaran bertugas di negeri kelahiran..aku telah mula rapat dengan kekasih lamaku. Sebenarnya beliau merupakan temanku sejak berumur 5 tahun kalau x silap..tapi berkawan masa kecil2 kadang2 tak dapat merasai kemanisan dan tak ada rasa “ghraa” bila bersama. Kami berkawan dan bersama dari sek. Rendah hinggalah sekolah menengah..iaitu sek. (Dato hj Ababs sekarang-juga sekolah isteri )  Namun Aku mula mengenali dan benar2  rapat dengan beliau selepas memasuki  Mahad Tahfiz al-Quran Terengganu. Hubungan kami terus terjalin erat walaupun aku meneruskan pengajian di Mesir..bak kata orang tua2 kalau dah cinta..lautan api tak mampu memisahkan.. Selepas pulang dari Ardu Kinanah dan menceburi bidang pekerjaan hubungan kami agak sedikit terjejas..walaupun kami masih berhubung namun kadang-kadang kerana kesibukan masa dan tugas kami tidak dapat berdating sekerap yang dulu.. di...

KISAH TAULADAN: 5 Cerita Kebaikan

Image
CERITA KEBAIKAN 1 Seorg budak prempuan bersujud ketika lihat ais krim. Maka org tnya kpd dia: kenapa sujud? Dia pun jwb: mak saya bila dia gembira dia akan sujud. Perelokkanlah didikan ke atas anak²mu. CERITA  KEBAIKAN 2 Seorang lelaki membaiki penghawa dingin masjid kemudian dia tolak upah yg diberi dan berkata: mak saya berpesan supya tidak ambil upah kerja utk masjid. Org2 kagum dgn mak dia dan saya kagum dgn kebaikannya. CERITA  KEBAIKAN 3 Seorg org yg soleh ditanya mengapa pergi ke masjid sblum azan.  Dia jawab: azan utk pringatan kpd org2 yg lalai/lagho/ralik. Dan saya berharap aku tak tergolong dlm klgn mereka!! ( kita mohon dgn Allah akn kesejahteraan,keselamatn dunia akhirat) CERITA  KEBAIKAN 4 Aku tnya dia knapa kamu sentiasa tamak minum air di masjid padahal air tu di rumah kamu pun ada?!! Dia jwb: supaya org yg letak air di masjid diberi gnjaran. CERITA  KEBAIKAN 5 Bilamana sampai  kpd kamu gosip2 ttg ss...

DUNIA: Batman penjenayah, kini ditangkap?

Image
Ni bukan Batman superhero tu yang ditangkap, tapi seorang lelaki yang memiliki nama sepertinya, iaitu Batman Suparman yang dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan sembilan bulan kerana mencuri dan pelbagai kesalahan pecah rumah di Singapura.          Dia didakwa dengan enam tuduhan kecurian, dua tuduhan yang berkaitan dengan pencerobohan rumah, satu untuk pecah rumah dan satu untuk penggunaan dadah antara bulan Jun dan Ogos tahun ini. Mahkamah diberitahu bahawa Batman telah memecah masuk ke SGF Billards & Marketing Singapura di Depot Road di awal pagi pada bulan Ogos, dan mencuri wang sebanyak S $ 200. Paling malang sekali, abangnya Nurazman Suparman juga turut menjadi mangsanya iaitu kad ATM dicuri dan dikeluarkan wang sebanyak S $ 850 dari akaun tersebut. Mahkamah hanya menjatuhkan hukuman penjara antara dua dan 14 tahun kerana Batman pada masa kesalahan dilakukan masih muda dan ini merupakan kesalahan pertama.        ...

DUNIA: Selamat Hari Merdeka ke 56

Image
Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka! Kepada pembaca dokgebang.blogspot, admin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56. Merdekakan jiwa dan pemikiran kita dari sebarang unsur-unsur yang menjerumuskan kepada perbalahan dan persengketaan. Hormati perbezaan pandangan dan pendapat tanpa menguris hati sesama kita. Tanamkan semangat patriotik dalam diri kita seperti insan di video ini: Selamat Hari Merdeka ' Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku '

BERITA: Kecuaian Membawa Padah, Budak Mati Lemas

Image
Berita budak 3 tahun mati lemas dalam kereta,  adik Nawal Idris baru-baru ini di Subang Jaya memberi kita 1001 peringatan agar sentiasa memastikan keselamatan kanak-kanak sentiasa menjadi keutamaan kita. Sebagai ibu bapa/penjaga perlu meletakkan anak sebagai perkara no.1, kerana anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.      Satu lagi kejadian, di mana 4 kanak-kanak juga mati lemas kerana mengutip kepah. Mangsa-mangsa dikenali sebagai Hanis Balkis Fadzli, 7; Mohamad Nazimi Fadzli, 9; Athafiz Amin, 10; dan Radziatul Nadia Rosnan, 12 lemas kerana dipercayai salah seorang mangsa termasuk ke tempat air yang dalam, dan cuba diselamatkan oleh mangsa-mangsa yang lain. Lokasi kejadian hanya 1km dari rumah mangsa.      Kepada ibu bapa/penjaga, jangan tinggalkan anak di dalam kereta keseorangan atau membiarkan anak pergi ke tempat lain walaupun dekat tanpa pengawasan orang dewasa, kerana sedikit kecuaian boleh membawa kepada penyesalan pada anda...

DUNIA: Demi Wonga, Papiss Cisse Digugurkan

Image
Papiss Cisse, penyerang handalan Newcastle Pengurusan bolasepak Newcastle telah menggugurkan penyerang mereka, Papiss Cisse dari skuad pra jelajah di Portugal kerana enggan memakai jersi pasukan yang tertera logo penaja,Wonga. Cisse menyatakan pada pengurusan Newcastle yang beliau enggan memakai jersi tersebut kerana bertentangan dengan nilai agama. Cisse merupakan penganut agama Islam, sama seperti Demba Ba, bekas pemain Newcastle yang telah berpindah kelab ke Chelsea.       Wonga merupakan penaja pasukan Newcastle bagi tahun 2013/2014. Ia merupakan sebuah syarikat peminjaman wang yang menawarkan kadar bunga (interest) yang tinggi. Inilah punca Cisse tidak memakai jersi Newcastle kerana pinjaman yang menawarkan bunga  adalah riba. Riba dihukum dalam Islam sebagai haram. Wonga, penaja baru Newcastle Dalil-dalil pengharaman riba’ - Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba” ~ Surah Al – Baqarah – A...