Kecuaian Membawa Padah: Budak Mati Lemas


Berita budak 3 tahun mati lemas dalam kereta, adik Nawal Idris baru-baru ini di Subang Jaya memberi kita 1001 peringatan agar sentiasa memastikan keselamatan kanak-kanak sentiasa menjadi keutamaan kita. Sebagai ibu bapa/penjaga perlu meletakkan anak sebagai perkara no.1, kerana anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.


     Satu lagi kejadian, di mana 4 kanak-kanak juga mati lemas kerana mengutip kepah. Mangsa-mangsa dikenali sebagai Hanis Balkis Fadzli, 7; Mohamad Nazimi Fadzli, 9; Athafiz Amin, 10; dan Radziatul Nadia Rosnan, 12 lemas kerana dipercayai salah seorang mangsa termasuk ke tempat air yang dalam, dan cuba diselamatkan oleh mangsa-mangsa yang lain. Lokasi kejadian hanya 1km dari rumah mangsa.

     Kepada ibu bapa/penjaga, jangan tinggalkan anak di dalam kereta keseorangan atau membiarkan anak pergi ke tempat lain walaupun dekat tanpa pengawasan orang dewasa, kerana sedikit kecuaian boleh membawa kepada penyesalan pada anda.



Hayati video di bawah ini agar kita sentiasa beringat



p/s: Semoga kes seumpama ini tidak akan berulang lagi. Al-fatihah kepada mangsa-mangsa.

Comments