Posts

Showing posts with the label Tazkirah Agama

ILMU: Umur 35 ke 40 Tahun: Detik Peralihan Usia atau Satu Ujian Kehidupan?

Image
Umur 35 hingga 40 tahun ini, bukan sekadar angka. Ia satu fasa hidup yang luar biasa mencabar —dan dalam masa yang sama, sangat bermakna. Pada usia inilah, ramai antara kita mula diuji. Ujian itu boleh datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang diuji dengan ibu bapa yang jatuh sakit, atau kehilangan yang tercinta. Ada yang rumahtangganya mula bergoncang, atau tiba-tiba pasangan diuji dengan kesihatan. Anak-anak pula makin besar, makin banyak ragam. Remaja yang sedang mencari identiti, dan kita pula... sedang cuba menyeimbangkan semuanya. Inilah waktu, di mana Allah mula memanggil kita pulang. Tapi bukan dengan suara, bukan dengan mimpi. Tapi dengan ujian . Sebab kadang-kadang, manusia hanya akan sujud dan mengadu bila diuji. Bila semuanya tenang dan lancar, kita mudah alpa. Orang Bijak, Akan Sedar dan Bersedia Orang yang bijak akan mula “berkemas”. Bukan kemas rumah, tapi kemas jiwa dan amalan . Mereka mula perbaiki hubungan dengan pasangan, anak-anak, dan ibu bapa. Mereka mula menyimpan d...

ILMU: Jemputan Walimah: Sunnah yang Ramai Terlepas Pandang

Image
Bila musim kahwin tiba, kad jemputan mula sampai satu demi satu. Ada yang dari saudara-mara, kawan sekolah, rakan sekerja, malah jiran pun tak ketinggalan. Tapi soalan biasa yang muncul dalam hati kita: "Perlu ke pergi semua jemputan ni?" atau "Kalau tak sempat, boleh ke tak hadir?" Rupanya, memenuhi jemputan ke majlis perkahwinan (walimah) bukan sekadar soal adab atau sopan – tapi ada kaitan dengan hukum agama. 📖 Apa Kata Islam Tentang Jemputan Kahwin? Majoriti para ulama berpendapat bahawa wajib untuk menghadiri majlis walimah apabila dijemput, selagi tiada halangan yang sah (uzur syarie) . Dalilnya sangat jelas, iaitu daripada sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.A bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْوَلِيمَةِ فَلْيَأْتِهَا" Maksudnya: "Apabila salah seorang daripada kamu dijemput ke majlis walimah, maka hadirlah." (Riwayat Muslim, hadis no. 1053) Perkataan "فَلْيَأْتِهَا" d...

KISAH TAULADAN: Imam Syafie dengan muridnya, Yunus

Image
Dikisahkan bahwa Yunus bin Abdi Al-'Ala, berselisih pendapat dengan  guru, Al-Imam Muhammad bin Idris Asy-Syaafi'i saat beliau mengajar di Masjid. Hal ini membuat Yunus bangkit dan meninggalkan majlis tersebut dalam keadaan yang marah.Tatkala malam menjelang, Yunus mendengar pintu rumahnya diketuk berkali kali...  lalu dia berkata : Siapa dipintu rumahku  ?  Orang yang mengetuk menjawab : Muhammad bin Idris.  Lama juga Yunus berusaha untuk mengingati semua orang yang ia kenal dengan nama itu, hingga ia yakin tidak ada siapapun yang bernama Muhammad bin Idris kecuali Imam Asy Syaafi'i.  Saat ia membuka pintu, ia terkejut dengan kedatangan  gurunya, Imam Syaafi'i. Imam Syaafi'i lalu berkata : Wahai Yunus, selama ini kita disatukan dalam ratusan masalah, apakah kerana satu masalah saja kita harus bermasam muka? Janganlah engkau berusaha untuk menjadi pemenang dalam setiap perbezaan pendapat ... terkadang, meraih hati itu lebih utama daripada meraih kemena...

KISAH TAULADAN: AHLI SYURGA Yang TIDAK SOLAT TAHAJUD...TIDAK PUASA SUNAT....TIDAK SOLAT DHUHA....

Image
  AHLI SYURGA Yang TIDAK SOLAT TAHAJUD...TIDAK PUASA SUNAT....TIDAK SOLAT DHUHA....BACALAH KALAU NAK RAHSIANYA.... Suatu hari ketika Rasulullah saw & para sahabat berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, Rasulullah saw tiba2 berkata: "Sebentar lagi datang seorang pemuda ahli syurga." Tak lama kemudian datang seorang pemuda yang muka & tangannya basah berwudhuk, sambil sebelah tangan nya memegang sandal. Penampilan sangat sederhana. Tiada apa yang istimewa. Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah saw & beberapa sahabat duduk di tempat sama, sekali lagi Rasulullah saw kata: "Sebentar lagi datang seorang pemuda ahli syurga." Sebentar kemudian, pemuda yg sama sampai. Pun berpenampilan sama. Salah seorang sahabat yang ada di situ ialah Muaz bin Jabal ra. Beliau ingin tahu apa rahsia lelaki itu yang dikatakan ahli syurga. Lalu dia mencari jalan utuk tidur di rumah lelaki itu dengan memberi pelbagai alasan. Pemuda itu benarkan Muaz tidur di rumahnya. Malam itu ...

ILMU: Ulangkaji Ibadat Puasa

Image
Niat Puasa - "Sahaja aku berpuasa, pada esok hari kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala" Syarat Wajib Puasa :- 1. Islam 2. Baligh 3. Berakal 4. Sihat 5. Bermukim (Tidak Musafir) 6. Suci (Dari Haid Dan Nifas) Syarat Sah Puasa :- 1. Islam 2. Berakal & Mumayyiz 3. Suci (Dari Haid Dan Nifas) 4. Nyata masuknya bulan Ramadhan Rukun-Rukun Puasa:- 1. Orang Yang Puasa 2. Berniat 3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa Perkara Yang Membatalkan Puasa :- 1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja 2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka 3. Muntah Dengan Sengaja 4. Keluar Haid & Nifas 5. Gila 6. Murtad 7. Keluar Mani Dengan Dengaja 8. Bersetubuh Di Siang Hari

ILMU: Pesanan terakhir daripada Imam Syafie

Image
Sebelum Imam Syafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara :  1. Hak kepada diri , iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.  2. Hak kepada Malaikat maut , iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.  3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.  4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir , iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.  5. Hak kepada Mizan , iaitu menahan kemarahan, banyakkan ber...