10 Tauladan Cikgu Shaari


Utk renungan kita 

10 kebaikan Cikgu Shaari berbanding satu keburukan yang sering kita perkatakan...


1. Walaupun Cikgu Shaari tidur dalam kelas tetapi dia masih memberi tugasan kepada murid.
* Penjawat awam kini bukan saja takat tidur tapi kadang2 terus ponteng kerja.

2. Walaupun guru besar memarahi Cikgu Shaari tetapi dia tidak memarahinya dihadapan murid sebaliknya di bilik guru besar.
* Sekarang kita sering mendengar anak buah dimarahi oleh bos depan org ramai.

3. Guru besar dan Cikgu Shaari saling hormat menghormati antara satu sama lain.
* Penjawat awam sekarang tidak saling menghormati antara satu sama lain akibat pengaruh, harta, kuasa dan ego masing2.

4. Cikgu Shaari sanggup meninggalkan kerjaya sambilan sebagai pemuzik demi tanggungjawab sebagai guru.
* Penjawat sekarang sanggup abaikan kerjaya demi mencari pendapatan lebih.


5. Cikgu Shaari sentiasa berdisiplin dan kemas semasa berada di sekolah.
* Penjawat awam sekarang tidak lagi menghiraukan etika berpakaian semasa bekerja.

6. Semasa meninggalkan bilik mesyuarat dia sempat berpesan bahawa dia akan akur apa keputusan mesyuarat.
* Penjawat awam sekarang akan membantah membuta tuli sekiranya sebarang keputusan tidak disukainya.

7. Cikgu Shaari merupakan seorang yang setia dan menghormati masa.
* Penjawat awam kini tidak pentingkan masa dan setia pada tugas.

8. Sebelum pergi ke sekolah dia hanya minum secawan kopi dan sebiji pisang sarapan yang seimbang pada waktu pagi.

* Penjawat awam sekarang suka mengambil sarapan yang berat diwaktu pagi dan banyak menghabiskan masa di kedai kopi @ kantin.

9. Cikgu Shaari tidak pernah membawa masalah rumahtangganya  ke sekolah.
* Penjawat awam sekarang terbawa2 masalah di rumah ke tempat kerja... yg jadi mangsanya adalah stakeholders.

10. Akhirnya Cikgu Shaari menjadi guru yang berjaya... mana tidaknya di akhir cerita dia menjadi guru besar.

Walaupun satu keburukan yang hanya kita nampak... tetapi banyak pengajaran yg blh kita ambil. Itulah mesej sebenarnya yang hendak disampaikan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee kepada generasi kini.

Itulah dia Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Falsafah dan karyanya mendahului zamannya.
Wallahu a'lam...

Comments