Posts

Showing posts with the label Nasihat

KISAH TAULADAN: Imam Syafie dengan muridnya, Yunus

Image
Dikisahkan bahwa Yunus bin Abdi Al-'Ala, berselisih pendapat dengan  guru, Al-Imam Muhammad bin Idris Asy-Syaafi'i saat beliau mengajar di Masjid. Hal ini membuat Yunus bangkit dan meninggalkan majlis tersebut dalam keadaan yang marah.Tatkala malam menjelang, Yunus mendengar pintu rumahnya diketuk berkali kali...  lalu dia berkata : Siapa dipintu rumahku  ?  Orang yang mengetuk menjawab : Muhammad bin Idris.  Lama juga Yunus berusaha untuk mengingati semua orang yang ia kenal dengan nama itu, hingga ia yakin tidak ada siapapun yang bernama Muhammad bin Idris kecuali Imam Asy Syaafi'i.  Saat ia membuka pintu, ia terkejut dengan kedatangan  gurunya, Imam Syaafi'i. Imam Syaafi'i lalu berkata : Wahai Yunus, selama ini kita disatukan dalam ratusan masalah, apakah kerana satu masalah saja kita harus bermasam muka? Janganlah engkau berusaha untuk menjadi pemenang dalam setiap perbezaan pendapat ... terkadang, meraih hati itu lebih utama daripada meraih kemena...

DUNIA: COVID-19, EMOSI VS REALITI

Image
 PESANAN DAN PERINGATAN IKHLAS DARIPADA DR MUHAMMAD AIZAT AMIRUDDIN COVID-19 : EMOSI VS REALITI Saya lihat ramai netizen dan rakyat Malaysia yang tidak lagi peduli dengan ancaman COVID-19 di negara kita. Ada yang kata COVID-19 hanya rekaan, ada yang tidak berpuas hati dengan penguatkuasaan. Akibatnya, ramai yang putus asa dan tidak lagi mematuhi SOP yang ditetapkan. Trend ini amat membimbangkan kami para petugas kesihatan. Saya percaya ini berlaku sebab ramai rakyat Malaysia yang belum faham betapa seriusnya situasi perkhidmatan kesihatan Malaysia sekarang dalam menangani COVID-19. Jadi, saya mohon sangat-sangat anda baca dan fahamkan apa yang saya akan tulis ini. Apabila sesebuah negara dilanda sesuatu wabak, termasuk COVID-19, perkhidmatan kesihatan di negara tersebut akan mengalami fasa-fasa seperti berikut: FASA I Apabila kes harian meningkat, maka kes-kes kritikal pun semakin meningkat. Di Malaysia, kajian menunjukkan, bagi setiap 1000 kes COVID-19; - 60 pesakit memerlukan ban...

TIPS: Formula menjemput Rezeki

Image
Salah satu buku panduan menjemput rezeki 1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.. 2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.. 3. AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.. 4. ZIKIR - Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.. 5. SOLAT BERJEMAAH , terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.. 6. SILATURRAHIM . Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang la...

KISAH TAULADAN: Rezeki sebuku roti

Image
Pada satu masa dulu ada sorang lelaki tua di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah SWT tetapi macam terganggu sedikit sebab setiap hari dia asyik fikir dan risau pasal rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti sahaja Satu hari, Nabi Musa AS lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir inilah peluang yang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa AS untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia. Dia pun tegur dan beri salam kepada Nabi Musa AS dan dengan teragak-agak dia tanya.  "Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya (rezeki). Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih" Nabi Musa AS pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa AS mendapat jawapan bahawa rezeki yang tel...

Kisah TAULADAN: Beza Ketam M dan Ketam C

Image
Mamat: Hello Boss! Itu ketam ada jual ka? Boss: Ya hello.. Ada… ada… Lu mau ketam C ke ketam M? Mamat: Aik! Ketam pun ada M dengan C ka Boss? Cuba lu tunjuk mana ketam M, mana ketam C? Boss: Itu sana dalam bekas ada tutup… ketam C.... sana dalam bekas tak ada tutup… ketam M la… M: Apa pasal ketam C apek kasi tutup.... ketam Melayu apek tak kasi tutup?

KISAH TAULADAN: Pemimpin Adil, Khalifah Umar Al Khattab

Image
Pada suatu malam, ketika Khalifah Umar bin Abdul Aziz berada di ruang kerjanya, memeriksa catatan keluar masuk dana Baitul Mal terdengar ketukan pintu . Ruang kerja diterangi lampu minyak sekadarnya, hanya cukup terang untuk membaca berdekatannya tetapi tidak terlalu terang untuk bercermin di kaca . Khalifah tidak pernah bercermin kecuali kepada keteladanan Rasullulah dan para sahabat Nabi . "Siapa di luar?" tanya Khalifah tanpa membuka pintu . "Saya , Ayah," terdengar suara seorang pemuda . "Ada keperluan apa?" tanya Khalifah . "Saya disuruh ibu untuk membicarakan tentang beberapa masalah." "Masalah apa?" "Buka pintu dulu,Ayah . Izinkan saya masuk," jawab anaknya mendesak ingin masuk . "Terangkan dulu apa masalahnya? Soal keluarga, soal masyarakat, atau soal negara? tanya Khalifah masih tetap tidak membukakan pintu untuk anaknya . "Tentu sahaja urusan keluarga kita , Ayah," jawab ana...

TIPS: Konsep Rezeki dan Cara Tambah Rezeki

Image
🍪  Konsep Rezeki Pertama Kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang ni. 🌂  Konsep Rezeki Kedua Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita. Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjamkan duit kepada orang lain. Contoh yang lain, adalah bersedekah, memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain. Banyak orang yang tak nampak rezeki bahagian ni. Sedangkan ini adalah rezeki juga. Banyak daripada kita bila tiba rezeki ni, kita complain, kita banyak merungut dan menyalahkan takdir, menyalahkan segala-galanya. Kan? Sebenarnya, Tujuan Allah aturkan rezeki begini untuk kita adalah kerana nak menyucikan harta kita. Tujuannya nak mengampunkan dosa kita. Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih banyak Tapi kita mesti diuji terlebih dahulu. 🎈  Konsep Rezeki Ketiga Rezeki yang kita tak usaha ...

KISAH TAULADAN: 3 Lelaki Tua

Image
Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat 3 orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.  Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu." "Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar." "Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap. Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam. "Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap. "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu. Salah seorang dari le...

MOTIVASI : Sayangi Ibu Anda

Image
Seorang suami mengajak isterinya makan seperti biasa. "jom sayang kita pergi  makan kat satu tempat tu, sedap sangat makanannya dan tempat yang sangat istimewa pula." Isterinya pada mulanya diam dan tiba-tiba berkata: "saya sebenarnya lebih rela abang ajak seorang wanita lain untuk makan istimewa dengan abang.."" suaminya terkejut dan bertanya siapa wanita tersebut. isterinya menjawab, "ajaklah mak abang." "abang dah terlalu lama tak meluangkan masa berbual dan makan dengan mak abang." "saya sudah selalu abang layan setiap hari tak pernah terlupa..abang pergilah layan mak abang pula." Suaminya terkejut bercampur sedih dan amat terharu.dia telefon ibunya dan mengajak ibunya. Ibunya terkejut tapi sangat gembira. Ibunya inginkan kepastian apakah benarhanya mereka berdua sahaja..si anak mengiakan. Dia pun membawa ibunya makan bersama-sama di tempat romantik dan istimewa itu. Mereka berbual panjang. Ibunya ters...

KISAH TAULADAN: Belajar 10 Kebaikan Cikgu Shaari

Image
Utk renungan kita  10 kebaikan Cikgu Shaari berbanding satu keburukan yang sering kita perkatakan... 1. Walaupun Cikgu Shaari tidur dalam kelas tetapi dia masih memberi tugasan kepada murid. * Penjawat awam kini bukan saja takat tidur tapi kadang2 terus ponteng kerja. 2. Walaupun guru besar memarahi Cikgu Shaari tetapi dia tidak memarahinya dihadapan murid sebaliknya di bilik guru besar. * Sekarang kita sering mendengar anak buah dimarahi oleh bos depan org ramai. 3. Guru besar dan Cikgu Shaari saling hormat menghormati antara satu sama lain. * Penjawat awam sekarang tidak saling menghormati antara satu sama lain akibat pengaruh, harta, kuasa dan ego masing2. 4. Cikgu Shaari sanggup meninggalkan kerjaya sambilan sebagai pemuzik demi tanggungjawab sebagai guru. * Penjawat sekarang sanggup abaikan kerjaya demi mencari pendapatan lebih.

KISAH TAULADAN: Gambaran Terjadinya Hari Kiamat

Image
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yg memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa Malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa Malaikat yg tinggal & akhirnya nyawanya sendiri. ✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya, "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yg menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dgn keagunganNya... "Kepunyaan Allah Yg Maha Esa lg Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan Yg Maha Kuasa lg Maha Kekal Hidup, tidak mati. ✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala utk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa Pdg Mahsyar (umpama Pdg Arafah) yg rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. ✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut, "Ajbuz Zanbi" yg berada di hujung tulang belakang mrk. ...

MOTIVASI: Kehidupan Anda dan Orang Lain

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat, Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah. Aku melihat hidup t eman-temanku tak ada duka dan kepedihan, Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha. Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian, Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya. Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna, Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada. Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung, Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung. Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui.. Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah.. Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini. Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya. Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi. Maka aku merasa tidak perlu iri hati deng...

KISAH TAULADAN: IPhone,Screen Protector dan Flip Cover

Ada Seorang gadis membeli sebuah Iphone6. Smartphone tersebut telah dilengkapi dengan pelindung skrin dan ‘flip cover’ yang tak kalah cantiknya. Dia menunjukkan smartphone barunya tersebut ke ayahnya. Lalu, sebuah percakapan yang cukup menggugah pun dimulai : . Ayah: Wah, telepon genggam yang bagus. Berapa harga yang harus kamu bayar untuk itu ? Anak Perempuan: Saya membayar 700 dolar untuk telepon genggam ini Ayah, 20 dolar untuk penutup teleponnya, serta 5 dolar untuk pelindung skrinnya. Ayah: Oh, mengapa kamu menambahkan pelindung skrin dan penutup teleponnya ? Bukankah kamu dapat berjimat 25 dolar untuk hal itu? Anak Perempuan: Ayah, saya telah menghabiskan 700 dolar untuk mendapatkan telepon ini. Jadi apa alasan saya tidak mengeluarkan 25 dolar untuk keselesaannya ? Dan lihatlah, penutup ini juga membuat teleponku nampak lebih indah bukan? Ayah: Bukankah itu suatu penghinaan bagi perusahaan Apple, Inc. Bahwa mereka tidak dapat membuat produk Iphone yang tidak cu...

TIPS: 40 TIPS UTK SELAMATKAN WANG ANDA TAHUN 2016

Biarlah orang kata apa, yang penting kita jimat belanja. Tarik nafas dan bermulalah : 1. Belanja kurang dari pendapatan 2. Cari cara buat duit lebih 3. Ubah gaya hidup 4. Rancang kewangan anda 5. Mulakan menabung 6. Potong kad kredit jadi 2 7. Kurang cakap di handphone 8. Cari hobi yang tambah pendapatan 9. Hadiahkan diri dengan simpanan 10. Tahan nafsu hingga promosi baru beli 11. Jangan beli kerana “Diskaun Akhir Tahun / Diskaun Awal Tahun” 12. Ciptakan rasa seronok bila tiada hutang 13. Kurangkan insuran kenderaan ikut harga semasa. 14. Nikmati hiburan percuma 15. Kekal prestasi cemerlang 16. Sibukkan diri agar tidak ke shopping mall selalu. 17. Jangan riadah di Pavillion atau Mall 18. Berhenti merokok 19. Diet dan jaga pemakanan, makan untuk sihat 20. Makanan bukan untuk dicuba 21. Jangan berlumba tukar sofa dengan jiran 22. Takaful jangan lebih 10% pendapatan 23. Sediakan dana pelaburan 24. Jangan mudah putus asa 25. Jangan salahkan panda bila ...

KISAH TAULADAN: Suami Lapar Balik Rumah

Image
Setiap kali pulang ke rumah, suamiku pasti membawa sekali buah tangan bersamanya. Kadang-kadang, dia membawa pulang roti. Kadang-kadang pisang goreng. Dan kadang-kadang buah cempedak. Senang cerita, memang tak miss lah hari-hari dia bersama buah tangan untuk kami. Dan, setiap kali pulang juga, dia pasti meminta aku menghidangkan nasi untuknya. Lapar katanya... Suatu hari, sedang dia berselera menghadap hidangan, ringan mulut aku ingin bertanya sesuatu kepadanya... ''Hmm... Abang. Saya nak tanya something kat Abang ni...'' ''Ya sayang... Apa dia? Tanyalah... '' jawab dia dengan mulut dipenuhi nasi dan ulam. ''Tengahari, Abang memang tak makan kat ofis ke...?? '' soalku lembut. ''Ermm tak. Kenapa sayang??? '' pendek dan ringkas jawapan dia. ''Takdelah. Saya tengok abang hari-hari minta saya masak. Kalau boleh, saya nak juga berehat sehari dua. Kalau abang dah makan, untuk makan malam bolehlah s...

KISAH TAULADAN: Mesej filem P.Ramlee dalam Ali Baba dan 40 Penyamun

Image
Kalau siapa tengok pakaian 40 penyamun ketika keluar dari gua nak ke bandar. Ada yang memakai pakaian Tok Hakim, koboi,doktor dan lain2..  P Ramlee nak beritahu bahawa penyamun di negara kita ada bermacam2. Setuju jika filem2 P.Ramlee dijadikan sebagai rujukan ilmiah. Banyak filem2 beliau menyampaikan mesej2 berbentuk masa hadapan......sindiran yg penuh makna , realiti pada pentas malaysia skrg....Penyamun pun ada ustaz/ustazah utk menjustifikasi hak menyamun.  Penyamun pon ada persatuan penyamun. Penyamun pon ada doktor. Penyamun doktor kata "kurang vitamin C" Orang kaya (sarip dol dan Kemat hassan) boleh berpakat dengan penyamun Chief penyamun: kamu Momotaro-San, gaji kamu 150 dirham. Bin sarjan bin sarjan gaji kamu 30 dirham sebab byk amik "I O U"......satu jek respek kat penyamun2.....tu walau dia dikelilingi ngan emas dalam gua tuh....tapi tak curi hasil organisasi.....tetapi masih menerima gaji.....dari ketua penyamun.....kalau tak cukup ...

TIPS: Jadual Waktu Sistem Badan Manusia

Image
Sistem Tubuh Manusia Bagaimana kita sebagai manusia hendak memahami tubuh kita sendiri jika tidak mendalami rahsia dan pengetahuan mendalam untuk menjaganya agar kekal sihat dan dijauhi penyakit? Mari tambahkan ilmu anda tentang jadual waktu sistem badan manusia dengan membaca contoh jam perjalanan sistem manusia di bawah. Waktu Pagi 3:00 am – 5:00 am  Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas. (Subhanallah: bertepatan dgn sunnah bangun tahajjud) 5:00 am – 7:00 am Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan. (beruntung yg amal ban...

KISAH TAULADAN: Seekor Keldai, Seorang Anak dan Seorang Ayah.

Image
Sekadar hiasan. Abu Luqman hendak mengajari anaknya tentang kehidupan ini, maka suatu hari ia mengajak anaknya untuk pergi ke pasar. Untuk itu ia menyuruh anaknya menyiapkan seekor keldai bagi mereka. Kemudian mereka berangkat. Abu Luqman menaiki keldainya dan menyuruh anaknya berjalan kaki mengikuti disampingnya. Selang beberapa waktu kemudian mereka bertembung dengan rombongan musafir dan orang-orang itu berkata, “Dasar orangtua yang pentingkan diri sendiri, anaknya disuruh berjalan kaki sedangkan ia naik di atas keldai” Mendengar itu kemudian Abu Luqman pun turun dan menyuruh anaknya naik ke atas keldai.  Anaknya pun naik keldai dan Abu Luqman pun berjalan kaki mengikuti disampingnya. Tak lama kemudian mereka berselesih dengan kafilah yang lain lagi dan mendengar orang- orang di kafilah itu bergumam, “Dasar anak tidak sedar diri, orang tuanya disuruh berjalan kaki se...

KISAH TAULADAN: Kekasih Awal Dan Akhir

Image
Cerita ni bukan tentang lagu Jamal Abdillah,tetapi kisahnya adalah.... ....Selepas mendapat tawaran bertugas di negeri kelahiran..aku telah mula rapat dengan kekasih lamaku. Sebenarnya beliau merupakan temanku sejak berumur 5 tahun kalau x silap..tapi berkawan masa kecil2 kadang2 tak dapat merasai kemanisan dan tak ada rasa “ghraa” bila bersama. Kami berkawan dan bersama dari sek. Rendah hinggalah sekolah menengah..iaitu sek. (Dato hj Ababs sekarang-juga sekolah isteri )  Namun Aku mula mengenali dan benar2  rapat dengan beliau selepas memasuki  Mahad Tahfiz al-Quran Terengganu. Hubungan kami terus terjalin erat walaupun aku meneruskan pengajian di Mesir..bak kata orang tua2 kalau dah cinta..lautan api tak mampu memisahkan.. Selepas pulang dari Ardu Kinanah dan menceburi bidang pekerjaan hubungan kami agak sedikit terjejas..walaupun kami masih berhubung namun kadang-kadang kerana kesibukan masa dan tugas kami tidak dapat berdating sekerap yang dulu.. di...

KISAH TAULADAN: 5 Cerita Kebaikan

Image
CERITA KEBAIKAN 1 Seorg budak prempuan bersujud ketika lihat ais krim. Maka org tnya kpd dia: kenapa sujud? Dia pun jwb: mak saya bila dia gembira dia akan sujud. Perelokkanlah didikan ke atas anak²mu. CERITA  KEBAIKAN 2 Seorang lelaki membaiki penghawa dingin masjid kemudian dia tolak upah yg diberi dan berkata: mak saya berpesan supya tidak ambil upah kerja utk masjid. Org2 kagum dgn mak dia dan saya kagum dgn kebaikannya. CERITA  KEBAIKAN 3 Seorg org yg soleh ditanya mengapa pergi ke masjid sblum azan.  Dia jawab: azan utk pringatan kpd org2 yg lalai/lagho/ralik. Dan saya berharap aku tak tergolong dlm klgn mereka!! ( kita mohon dgn Allah akn kesejahteraan,keselamatn dunia akhirat) CERITA  KEBAIKAN 4 Aku tnya dia knapa kamu sentiasa tamak minum air di masjid padahal air tu di rumah kamu pun ada?!! Dia jwb: supaya org yg letak air di masjid diberi gnjaran. CERITA  KEBAIKAN 5 Bilamana sampai  kpd kamu gosip2 ttg ss...