Cerita Lawak: Pomen Hebat

Mekanik atau "Pomen"


Ada seorang pomen yg tiada kerja.. dalam duduk termenung memikirkan hendak buat kerja apa, lalu dia terfikir untuk membuka sebuah klinik walaupun dia bukan doktor atau pun ada kelulusan doktor... supaya org datang, dia pun buat satu iklan seperti ini.

"iklan: kalau sembuh bayar saya RM300 dan kalau tak sembuh, saya akan bayar anda RM1000..."

Lalu ada seorang doktor terbaca iklan itu dan berasa mahu mencuba perkhidmatan pomen tersebut.

Pomen: sakit apa?
Doktor: tawar mulut, tak berasa apa-apa
Pomen: eh assistance tolong beri ubat kotak 22, 3 titik dalam mulut.
Doktor: weh! minyok petrol ni!!!
Pomen: hah, boleh berasa dah. Bayar rm300.

Doktor itu berasa tak puas hati, selang seminggu dia pergi semula.

Pomen: sakit apa plak?
Doktor: saya hilang ingatan.
Pomen: eh assistance tolong beri obat kotak 22, 3 titik dlm mulut.
Doktor: weh! tak mau tu minyak petrol kan ?
Pomen: hah, dah boleh ingat dah? Bayar rm300 .

Doktor geram dan tak puas hati lagi dengan pomen tersebut.Selepas seminggu dua pergi semula ke klinik itu lagi.


Pomen: sakit apa pulak ni?
Doktor: mata rabun tak nampak apa sangat dah.
Pomen: maaflah, saya tak dak obat hat ni. Ambiklah rm1000 ni( sambil hulur rm500 shj)
Doktor: woii! ni rm500 saja ni.
Pomen: hah, nampak terang dah ? Bayar rm300

Cerita lawak untuk anda pembaca hari ini.. Jangan stressnya dengan kerja tu.Senyum sikit..He2

Comments