5 POINT ANDA PERLU AMBIL KIRA SEBELUM MELANGGAN ASTRO IPTV



1. Segala-galanya tentang KONTRAK. Langgan ASTRO IPTV buat pertama kali, anda akan tertakluk di bawah kontrak 24 bulan. Tutup akaun dalam tempoh kontrak? BAYAR je cas penalti RM2400 (Pro-rata). Betul semua Service Provider akan ada kontrak. Tapi Astro IPTV, semuanya tentang kontrak dan re-kontrak. Anda upgrade speed internet? Bamm! Re-kontrak! Anda downgrade speed internet? Re-kontrak juga! Anda berpindah rumah? Yup re-kontrak! Paling best, anda BERPINDAH KE RUMAH YANG TAK ADA COVERAGE? Anda TETAP KENA BAYAR CAS PENALTI kepada Astro. Best tak, best tak?

2. Anda dah mohon Astro IPTV. Nanti pihak Astro akan call untuk set temujanji nak datang pasang. Tahu tak, kalau anda nak ubah tarikh temujanji, anda kena call 4 hari sebelum tarikh temujanji asal. Anda nak tukar temujanji last minute? No problem, sediakan je duit RM200 untuk bayar kepada Astro. Tapi bila anda dah minta cuti kerja, tiba tiba installer pula tak datang. Astro nak bayar ke RM200 pada anda? Krikkk krikkk.

3. Anda dah pasang Astro IPTV. Hari ke dua pasang, internet & Astro tak boleh guna. Anda call Astro IPTV di talian 0395431543, lepas buat laporan cuba teka kena tunggu berapa lama? 48 jam waktu bekerja ya. Tapi 48 jam waktu bekerja tu bukan untuk technician terus datang tau. 48 jam waktu bekerja tu untuk pihak Astro bagi anda temujanji. Temujanji tu boleh jadi 2 hari, 3 hari, 4 hari lepas tu. Hari minggu tak kira eh anak-anak. Kira dengan jari sekarang, berapa lama anda nak kena tunggu?

4. Yang ni aku tak faham. Dah elok pakai Unifi, dah cantik pakai Timedotcom. Tetiba nak convert ke Astro IPTV. Tahu tak Astro IPTV tu pun tumpang Maxis dengan Timedotcom. Astro bukannya ada fibre sendiri. Maksudnya kolaborasi antara Astro dan Maxis serta Timedotcom. Maxis pula bukan semua tempat pakai fibre sendiri. Kebanyakannya Telekom Malaysia. So bayangkan, anda ada isu teknikal internet down. Anda call Astro, Astro kena hantar report kat Maxis. Bila technician Maxis datang, nanti dia kata eh ni kena rujuk dengan technician TM. Issue tak solved, anda kena tunggu technician TM pula datang. Tunggu lagi sampai lebam.

5. Astro IPTV ada tiga (3) pakej speed sahaja. Paling minimum 10Mbps RM156.88, 20Mbps RM209.88, 30Mbps RM262.88. INI UNTUK INTERNET SAHAJA TAK TERMASUK HARGA PAKEJ ASTRO. Unifi Advance Plan 30Mbps RM199/month. Timedotcom 100Mbps RM149/month. Saya sendiri pakai Unifi 100Mbps sekali dengan HyppTV Aneka Pack (Astro dah terminate) bayar RM299/month.

Ini baru lima point utama. Saya boleh bagi banyak point point lain. Malas nak tulis je. Jadi siapa yang nak upgrade Astro IPTV atau baru nak langgan tu, mohon consider dulu lima point di atas. Kalau rajin, nanti saya tambah lagi.
Sebab apa dah tak pakai Astro? Sebab saya banyak pakai internet je sekarang. Menonton program kegemaran pun dekat iFlix dan Netflix.

Your choice, your loss. Jadilah pengguna yang bijak. Sekian.
#astroiptv #astro #inikalilah

Sumber : FB

Comments

  1. tolong bg lagi point2 ni. sye nk tnjuk dekat suami yg sibuk sgat nk pasang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui tu.. Bgtau kat dia, ni lah masalahnya kalau line pun dorang tumpang. Baik langgan unifi atau maxis fiber, pastu beli TV box tu.

      Delete
  2. Klau upgrade streamyx ke unifi,hippyTV masih boleh on ke?

    ReplyDelete

Post a Comment