Kisah: Lelaki Berani Mati

Alkisahnya.....
buaya
Pagi tadi diadakan pertandingan terjun ke dalam kolam yang dipenuhi buaya dengan hadiah lumayan RM1 juta.. tetapi tiada seorang pun yang menyertainya.. penganjur pun menaikkan jumlah hadiah kepada RM200 juta.. Tiada juga yg terjun.. wang dinaikkan lagi kpd RM1 billion.. masih tiada siapa yg berani untuk terjun.. sehinggalah jumlah hadiah dinaikkan kepada RM2.6 billion..

Tiba-tiba.......... Berdebungg!!.. Seorang lelaki separuh umur terjun.. ramai org bertepuk tangan.. ramai juga yang beristighfar dan mengucap panjang.. tapi tanpa diduga dengan renangan luar biasa gaya bebas, gaya kupu2, lentang dan gaya entah apa lagi lelaki tersebut berenang kembali ke tepi kolam dengan jayanya.. semua buaya tidak sempat berbuat apa2 kerana lelaki tersebut terlalu laju.. Sampai sahaja ditepi kolam, penganjur datang kepadanya untuk bertanyakan sama ada mahu hadiah dalam bentuk wang tunai atau cek.. dalam keadaan yang masih letih menggila.. lelaki itu menjawab.. "Aku tak mahu hadiah apa2.. aku nk cari HARAM JADAH mana tolak aku tadi?????" HAHAHAHA XD

Kisah rezeki sebuku roti


Bread

Pada satu masa dulu ada sorang lelaki tua di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah SWT tetapi macam terganggu sedikit sebab setiap hari dia asyik fikir dan risau pasal rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti sahaja

Satu hari, Nabi Musa AS lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir inilah peluang yang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa AS untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia. Dia pun tegur dan beri salam kepada Nabi Musa AS dan dengan teragak-agak dia tanya. 

"Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya (rezeki). Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih"

Nabi Musa AS pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa AS mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada orang tua itu memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia. Nabi Musa AS pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu. 

7 Tip Rebut Pahala Ramadan Buat Wanita Haid


Tidak dinafikan, antara golongan yang begitu gusar takut kehilangan pahala di bulan Ramdhan ialah kaum muslimat. Hal ini adalah kerana dalam tempoh sebulan Ramadhan, muslimat akan mengalami tempoh waktu yang tidak dibenarkan melakukan beberapa amalan kerana kedatangan haid.

*La Tahzan.*
Seharusnya kaum muslimat faham dan redha di atas ketentuan Allah ini. Ia adalah fitrah bagi seorang perempuan yang baligh.

Ingat lagi kisah Aisyah yang menangis kerana kedatangan haid sewaktu ingin mengerjakan Haji Widak? Rasulullah menenangkan hati Aisyah dengan berkata,
“Sesungguhnya pekara ini (haid) adalah ketentuan Allah ke atas wanita.”
Hadis riwayat Bukhari

*_Amalan Yang Dibenarkan_*
Sebenarnya, banyak lagi amalan yang boleh dilakukan oleh wanita haid berbanding yang dilarang. Mana mungkin Allah mengabaikan kaum muslimat untuk mengumpul pahala seperti orang lain yang berpuasa. Jadi bagaimanakah caranya?

#1. Tetap Bangun Bersahur Meskipun Tidak Berpuasa
Dari Anas Bin Malik, Rasululullah s.a.w bersabda,
“Bersahurlah, kerana di dalamnya terdapat keberkatan.”
Hadis riwayat Bukhari
Bahkan, Ibnu Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Allah s.w.t dan para malaikat-Nya menurunkan rahmat ke atas orang yang bersahur.”

#2. Perbanyakan Sedekah
Kita sedia tahu betapa hebatnya ganjaran yang Allah berikan kepada mereka yang suka bersedekah. Kehebatan itu bertambah sewaktu di bulan yang mulia ini seperti mana sabda Rasulullah s.a.w:,
“Sedekah paling utama adalah sedekah di bulan Ramadhan.”
Menurut Ibnu Abbas,
“Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya Al-Quran. Dan kedermawanan Rasulullah itu melebihi angin yang berhembus.”
Hadis riwayat Bukhari

#3. Berzikir
Berzikir juga adalah dibenarkan bagi wanita haid. Jangan melepaskan pahala yang telah dijanjikan Allah dalam bulan Ramadhan dengan berkata perkara yang sia-sia.
Sebaliknya banyakkan membaca zikir mutlak (perlaksanaannya tidak dibatasi oleh waktu, jumlah dan tatacara tertentu) dan zikir muqayyad (perlaksanaannya dibatasi oleh waktu, benda, jumlah bacaan dan tempat tertentu).[1]
Contoh zikir multak ialah membaca tasbih (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil, (La ilaha illallah) dan takbir (Allahu Akbar).
Manakala contoh bagi zikir muqayyad ialah membaca ‘Bismikallahumma ahya wa amut’ ketika hendak tidur.( 1x sahaja )

#4. Beristiqfar
Lazimi lidah kita dengan sentiasa beristiqfar terutamanya pada waktu sahur. Allah telah berfirman:
“(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata:
“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka.’
(Iaitu) orang-orang yang sabar, yang benar dan yang sentiasa taat, yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.”
Surah Ali Imran, Ayat 16 hingga 17

#5. Membaca Al-Quran
Terdapat perselisihan sama ada wanita haid dibenarkan atau tidak untuk membaca Al-Quran. Namun, pendapat yang kuat daripada Imam Malik, Imam Syafi’i dan Iman Ahmad menyatakan bahawa wanita haid adalah dibenarkan untuk membaca Al-Quran kerana tiada dalil yang mengharamkannya.[1]
Tetapi, mereka dilarang untuk memegang Al-Quran.

#6. Menyediakan Juadah Berbuka Bagi Orang Yang Berpuasa
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhani, Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa memberikan makanan untuk berbuka kepada yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.”
Hadis riwayat Tirmidzi

#7. Keluar Melihat Solat Hari Raya Dan Mendengar Khutbah Raya
Ummu Athiyah berkata,
“Kami disuruh mengajak keluar wanita haid pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, juga para gadis yang dikurung di dalam rumah. Mereka perlu menyaksikan kaum Muslimin dan doa mereka. Tetapi wanita haid perlu menjauhi tempat solat.”
Hadis riwayat Bukhari

Kekal Mantap Mengumpul Pahala
Sahabat² dan saudara² muslimah, cuti berpuasa tidak bererti cuti mengumpul pahala. Lakukan sebanyak mungkin kebaikan seperti senyum dan berwajah ceria kepada sesama insan, membantu orang yang memerlukan pertolongan, menyediakan pakaian bagi mereka yang mahu berterawih dan pelbagai lagi.

Semoga Allah menerima amalan dan memberi pahala seperti meraka yang berpuasa.
InsyaAllah
Terangkanlah dan sampaikan lah pada ibu, isteri, adik² perempuan, anak2 perempuan, saudara² perempuan kita......
_semoga manfaat pada semua_
#kopipes
Kredit kepada si penulis smg Allah memberkati beliau...
Aamiin...

Kisah Tauladan: Beza Ketam M dan Ketam C





Mamat: Hello Boss! Itu ketam ada jual ka?

Boss: Ya hello.. Ada… ada… Lu mau ketam C ke ketam M?

Mamat: Aik! Ketam pun ada M dengan C ka Boss? Cuba lu tunjuk mana ketam M, mana ketam C?

Boss: Itu sana dalam bekas ada tutup… ketam C.... sana dalam bekas tak ada tutup… ketam M la…

M: Apa pasal ketam C apek kasi tutup.... ketam Melayu apek tak kasi tutup?

Amalan Kesihatan Yang Baik



01. Makan sebelum tidur boleh menyebabkan kanser lambung (kanser perut) kerana usus tidak dapat  istirehat.

02. Hanya boleh makan 4 butir telur seminggu. Kalau lebih tidak baik.


03. Tungking/tongkek ayam  mengandungi karsinogen, penyebab kanser.  Jangan✋ makan tungking ayam.

04. Makan buah seharusnya sebelum makan, bukan selepas makan.

05. Masa haid jangan✋ minum teh ☕ lebih lagi teh hijau, sebaiknya makan sesuatu yang boleh menambah darah.

06. ✋Kurangkan minum susu kacang soya dan jangan tambah telur dan gula pada minuman anda.

07. ☝Makan tomato semasa atau selepas makan. Jangan waktu perut kosong.

08. ☝Tiap pagi bangun tidur minum 1⃣ gelas air putih bisa cegah batu hempedu. Dua gelas untuk mengaktifkan organ2 dalaman.

09. 3 jam sebelum tidur, jangan makan boleh jadi kegemukkan.


10. ⛔Jangan minum teh susu atau (teh tarik / bubble tea) kerana tinggi kalori tinggi lemak tidak bergizi dan boleh kena darah tinggi & kencing manis.

Kenapa Orang Laki Suka Main Games?

Kenapa Orang Laki Suka Main Games?
Dah Besar, Dah Ada Bini, Anak Pun Main Games Lagi?
Siapa Bilang Permainan Video Untuk Golongan Yang Tidak Matang?


Sila baca story kenapa seorang lelaki kenapa suka main games di bawah....


Gamer seperti saya, dan juga sahabat-sahabat saya seringkali ditohmahkan sebagai tidak matang, masih kebudak-budakkan, dan tohmahan yang senada dengannya oleh orang yang tidak memahami hobi ini. 

Terpanggil saya untuk menukilkan artikel ini untuk mempertahankan hobi kami bukan untuk orang yang tidak matang. Bahkan, mungkin anda perlu faham apa itu sebuah kehidupan untuk memahami dan menikmati sebuah permainan video. Kenapa sampai saya berani mendakwa sedemikian? 

Sebelum itu, izinkan saya untuk memperkenalkan serba sedikit mengenai hobi kami. Pada hari ini, terdapat empat platform yang dijadikan yang dicari oleh gamer macam kami untuk menikmati permaianan video. PC, Playstation (merangkumi PS3, PS4 dan PS Vita), XBOX (merangkumi XBOX 360 dan XBOX ONE) serta Nintendo (merangkumi Nintendo 3DS dan Wii U). 

Sebagai seorang gamer, saya berpendapat PC adalah yang terbaik antara semua platform yang lain. Tetapi untuk menikmati bermain game di sebuah pc pada tahap tertinggi - dengan grafik yang memukau mata dan kelajuan penggerakkan permainan anda, anda perlu melabur sekurang-kurangnya rm 3000 ringgit (paling kurang), berbanding platform lain yang jauh lebih murah. 

Biasanya sebuah permainan video akan dinilai sebagai terbaik berdasarkan beberapa krtiteria. Laman web gaming terkenal seperti IGN dan Gamespot akan menyenaraikan kriteria-kriteria sebuah permaianan video terbaik berdasarkan beberapa ciri dan salah satu daripada ialah JALAN CERITA. 

Ya... jalan cerita. Sekejap... kenapa sebuah game memerlukan sebuah jalan cerita? 

Mungkin untuk kaum wanita ataupun generasi yang lebih tua, anda fikir bahawa permainan video adalah seperti zaman kalian. Game-game ketika itu seperti Super Mario, atau seumpama dengannya tidaklah menitikberatkan sangat jalan cerita. Tetapi tidak permainan video moden hari ini.. .

Saya pula ialah seorang gamer yang lebih sukakan jalan cerita daripada gameplay sebuah permainan video. Bagi saya semakin "deep" atau semakin "menarik" jalan cerita sebuah game, maka semakin menariklah sebuah permainan video itu. 

Senang cerita, pada pandangan saya, game ini adalah lebih kurang seperti anda membaca novel atau menonton televisyen, tetapi bezanya... kami GAMER mempunyai kuasa untuk menggerakkan watak-watak di dalam sebuah game dan menentukan perjalanan watak itu. Ini secara tidak langsung membuatkan anda menyelami watak dalam sebuah cerita itu. 

Kalau anda membaca novel dan menonton televisyen, kuasa untuk menggerakkan watak itu tidak terletak pada anda, tetapi ini sangat berbeza daripada anda bermain permainan video. 

Okey... kembali kepada topik utama kita. Bagaimana saya mahu membuktikan bahawa bermain permainan video bukannya untuk kanak-kanak sebenarnya, tetapi untuk orang dewasa? Saya akan mempaparkan beberapa buah jalan cerita permainan video terbaik yang pernah saya mainkan. Anda baca dan selami jalan cerita itu, maka anda akan memahami kenapa saya tidak bersetuju dengan kenyataan ini. 

1. The Last Of Us

Bagi saya, permainan video terbitan Naughty Dog ini ialah permainan video terbaik dalam membawa sebuah jalan cerita yang mampu meninggalkan kesan emosi yang mendalam kepada para pemain. Secara jujur, saya menangis sebanyak tiga kali ketika bermain permainan video ini. 

Apa yang menarik sangat mengenai permainan video ini? Mari.. saya bawa anda mengembara sejenak bersama dengan saya. The Last Of Us membawa kepada kita tema dan konsep yang dah terlalu banyak dikitar dalam dunia gaming mahupun novel serta filem. Tetapi apa yang membezakan permainan video ini ialah anda belajar banyak nilai-nilai murni dan pengajaran. Anda belajar apa itu PENGORBANAN SEORANG AYAH. 

Sekejap... sebuah permainan video mengajarkan anda apa itu PENGORBANAN SEORANG AYAH? Ya... itulah yang anda boleh dapat daripada permainan video ini. Kisah bermula dengan watak seorang lelaki berusia dalam 30-an yang kehilangan seorang anak perempuannya daripada malapetaka yang menukarkan manusia menjadi seorang pemakan daging segar. 

Kemudian, belasan tahun kemudian, entah bagaimana dia diminta membawa seorang budak perempuan dalam usia belasan tahun, yang seusia dengan anaknya yang mati belasan tahun merentasi Amerika Syarikat yang sudah hancur kepada sebuah organisasi. Budak perempuan ini sebenarnya kebal terhadap virus yang menghancurkan umat manusia. Dia adalah harapan terakhir untuk penghasilan vaksin. Secara tidak langsung, budak perempuan ini mengingatkannya pada anak perempuannya. 

Lalu bermulalah pengembaraan hebat Joel, dan remaja perempuan yang bernama Ellie ini. Pengembaraan hebat ini menimbulkan perasaan sayang Joel kepada Ellie. Tetapi perasaan sayang seorang ayah pada anaknya. Hampir setahun mengembara bersama Ellie, melindungi Ellie dari segala marabahaya telah membuatkan minda bawah sedar Joel mengangap dirinya ialah seorang ayah kepada Ellie. 

Untuk pengetahuan semua, ketika penghujung permainan video ini, Joel berjaya membawa Ellie berjumpa dengan organisasi tersebut. Namun. Joel dikejutkan dengan berita bahawa Ellie harus mati untuk menyelamatkan manusia. Ketika itu, Joel tersepit... dia sudah menyayangi Ellie seperti anak perempuannya. 

Tips Jaga Kereta Kekal Lama



Anda jangan berani memiliki kereta sendiri kalau tidak tahu perkara penting ini dn klau ada yg tertinggal tolong msukkn di ruangan komen ni agar kita semua dpt berkongsi ilmu sesama kita semua😉

1. minyak hitam (Mengikut paras had & jenis minyak)

2. oil filter (tukar semasa menukar minyak hitam)

3. spark plug (tukar setiap 30,000 km)

4. battery (tambah air setiap kali servis)

5. belting (tukar setiap 80,000km)Tidak perlu tukar water pump jika tiada mslh bearing kasar atau bocor.Jimat duit jimat belanja.Kita kn org susah..

6. clutch plate (mengikut keadaan)

7. fuel filter (tukar setiap 30,000km)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...