Posts

Showing posts with the label Motivasi

TIPS: Formula menjemput Rezeki

Image
Salah satu buku panduan menjemput rezeki 1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.. 2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.. 3. AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.. 4. ZIKIR - Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.. 5. SOLAT BERJEMAAH , terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.. 6. SILATURRAHIM . Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang la...

KISAH TAULADAN: Rezeki sebuku roti

Image
Pada satu masa dulu ada sorang lelaki tua di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah SWT tetapi macam terganggu sedikit sebab setiap hari dia asyik fikir dan risau pasal rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti sahaja Satu hari, Nabi Musa AS lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir inilah peluang yang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa AS untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia. Dia pun tegur dan beri salam kepada Nabi Musa AS dan dengan teragak-agak dia tanya.  "Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya (rezeki). Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih" Nabi Musa AS pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa AS mendapat jawapan bahawa rezeki yang tel...

TIPS: Rebut Pahala Ramadan Buat Wanita Haid

Image
Tidak dinafikan, antara golongan yang begitu gusar takut kehilangan pahala di bulan Ramdhan ialah kaum muslimat. Hal ini adalah kerana dalam tempoh sebulan Ramadhan, muslimat akan mengalami tempoh waktu yang tidak dibenarkan melakukan beberapa amalan kerana kedatangan haid. *La Tahzan.* Seharusnya kaum muslimat faham dan redha di atas ketentuan Allah ini. Ia adalah fitrah bagi seorang perempuan yang baligh. Ingat lagi kisah Aisyah yang menangis kerana kedatangan haid sewaktu ingin mengerjakan Haji Widak? Rasulullah menenangkan hati Aisyah dengan berkata, “Sesungguhnya pekara ini (haid) adalah ketentuan Allah ke atas wanita.” Hadis riwayat Bukhari *_Amalan Yang Dibenarkan_* Sebenarnya, banyak lagi amalan yang boleh dilakukan oleh wanita haid berbanding yang dilarang. Mana mungkin Allah mengabaikan kaum muslimat untuk mengumpul pahala seperti orang lain yang berpuasa. Jadi bagaimanakah caranya? #1. Tetap Bangun Bersahur Meskipun Tidak Berpuasa Dari Anas Bin Ma...

TIPS: Konsep Rezeki dan Cara Tambah Rezeki

Image
🍪  Konsep Rezeki Pertama Kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang ni. 🌂  Konsep Rezeki Kedua Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita. Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjamkan duit kepada orang lain. Contoh yang lain, adalah bersedekah, memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain. Banyak orang yang tak nampak rezeki bahagian ni. Sedangkan ini adalah rezeki juga. Banyak daripada kita bila tiba rezeki ni, kita complain, kita banyak merungut dan menyalahkan takdir, menyalahkan segala-galanya. Kan? Sebenarnya, Tujuan Allah aturkan rezeki begini untuk kita adalah kerana nak menyucikan harta kita. Tujuannya nak mengampunkan dosa kita. Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih banyak Tapi kita mesti diuji terlebih dahulu. 🎈  Konsep Rezeki Ketiga Rezeki yang kita tak usaha ...

TIPS: Bila menemani isteri shopping raya

Image
Buat mereka (lelaki) yang belum kahwin, ini antara nota kecil yang mungkin berguna untuk anda di masa akan datang. 1) Apabila isteri ajak pergi shopping pakaian raya, bersiap sedialah kita dengan tenaga dan peralatan yang cukup supaya kita tidak jatuh pengsan. Orang perempuan, walaupun berpuasa, dia boleh shopping di beberapa buah mall dan pergi kesemua tingkat yang ada dalam mall tersebut satu persatu. Entah dari mana kekuatan tu datang, anda pasti terkejut. Biasanya lelaki2 dalam mall tu akan follow dari belakang dengan muka nak makan orang. Sebaliknya si isteri pula berjalan di depan penuh bersemangat dengan senyuman. 2) Saya lihat dan perhati sendiri suasana begini dalam SOGO dan beberapa mall lain. Abang sado pun pucat muka dibuatnya. Ada suami yang terduduk di belakang tiang. Ada yang berjalan sambil tengok Hp, di matanya tiada apa yang menarik dalam mall tu. Ada juga yang tertidur di kerusi rehat yang disediakan. Saat ini jika ada anak, kitalah yang perlu dukung a...

MOTIVASI : Sayangi Ibu Anda

Image
Seorang suami mengajak isterinya makan seperti biasa. "jom sayang kita pergi  makan kat satu tempat tu, sedap sangat makanannya dan tempat yang sangat istimewa pula." Isterinya pada mulanya diam dan tiba-tiba berkata: "saya sebenarnya lebih rela abang ajak seorang wanita lain untuk makan istimewa dengan abang.."" suaminya terkejut dan bertanya siapa wanita tersebut. isterinya menjawab, "ajaklah mak abang." "abang dah terlalu lama tak meluangkan masa berbual dan makan dengan mak abang." "saya sudah selalu abang layan setiap hari tak pernah terlupa..abang pergilah layan mak abang pula." Suaminya terkejut bercampur sedih dan amat terharu.dia telefon ibunya dan mengajak ibunya. Ibunya terkejut tapi sangat gembira. Ibunya inginkan kepastian apakah benarhanya mereka berdua sahaja..si anak mengiakan. Dia pun membawa ibunya makan bersama-sama di tempat romantik dan istimewa itu. Mereka berbual panjang. Ibunya ters...

KISAH TAULADAN: Belajar 10 Kebaikan Cikgu Shaari

Image
Utk renungan kita  10 kebaikan Cikgu Shaari berbanding satu keburukan yang sering kita perkatakan... 1. Walaupun Cikgu Shaari tidur dalam kelas tetapi dia masih memberi tugasan kepada murid. * Penjawat awam kini bukan saja takat tidur tapi kadang2 terus ponteng kerja. 2. Walaupun guru besar memarahi Cikgu Shaari tetapi dia tidak memarahinya dihadapan murid sebaliknya di bilik guru besar. * Sekarang kita sering mendengar anak buah dimarahi oleh bos depan org ramai. 3. Guru besar dan Cikgu Shaari saling hormat menghormati antara satu sama lain. * Penjawat awam sekarang tidak saling menghormati antara satu sama lain akibat pengaruh, harta, kuasa dan ego masing2. 4. Cikgu Shaari sanggup meninggalkan kerjaya sambilan sebagai pemuzik demi tanggungjawab sebagai guru. * Penjawat sekarang sanggup abaikan kerjaya demi mencari pendapatan lebih.

KISAH TAULADAN: Rahsia Bangla Rajin Bekerja

Image
Kenapa bangla di malaysia ni rajin and sanggup buat semua kerja? Aku nak bagi pendapat sikit la kenapa jangan compare bangla yg dtg kerja di malaysia dgn rakyat malaysia macam kita ni. Aku dah penah jadi pun "bangla" di negara org, yes, sebijik macam bangla kat sini, macamana bangla kat sini, macamtu la aku kat melbourne dulu. Meh nak story sikit macamana aku jadi "bangla" kat sana biar org boleh imagine. Aku kerja kilang cherry di melbourne, australia. Kerja aku start pukul 8 pagi, habis pukul 8 malam, kadang2 habis pukul 10 malam pun ada, depends pada order, average kerja 10-14 jam sehari..Kerja aku hari-hari, 7 kali seminggu, 30 hari sebulan, weekends pun kerja takde cuti sabtu ahad, kalau dah sakit sangat sampai rasa tak boleh gerak langsung baru mintak kat bos ckp nak cuti rehat sehari, and nasib2 kalau buah habis or order tak banyak tiba2 dapat la off day sehari dua, so daripada kerja 30 hari sebulan jadi la 27-28 hari sebulan. Aku tahan kerja selama...

MOTIVASI: Kehidupan Anda dan Orang Lain

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat, Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah. Aku melihat hidup t eman-temanku tak ada duka dan kepedihan, Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha. Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian, Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya. Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna, Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada. Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung, Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung. Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui.. Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah.. Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini. Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya. Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi. Maka aku merasa tidak perlu iri hati deng...