Posts

Showing posts from 2013

Batman penjenayah, kini ditangkap?

Image
Ni bukan Batman superhero tu yang ditangkap, tapi seorang lelaki yang memiliki nama sepertinya, iaitu Batman Suparman yang dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan sembilan bulan kerana mencuri dan pelbagai kesalahan pecah rumah di Singapura.          Dia didakwa dengan enam tuduhan kecurian, dua tuduhan yang berkaitan dengan pencerobohan rumah, satu untuk pecah rumah dan satu untuk penggunaan dadah antara bulan Jun dan Ogos tahun ini. Mahkamah diberitahu bahawa Batman telah memecah masuk ke SGF Billards & Marketing Singapura di Depot Road di awal pagi pada bulan Ogos, dan mencuri wang sebanyak S $ 200. Paling malang sekali, abangnya Nurazman Suparman juga turut menjadi mangsanya iaitu kad ATM dicuri dan dikeluarkan wang sebanyak S $ 850 dari akaun tersebut. Mahkamah hanya menjatuhkan hukuman penjara antara dua dan 14 tahun kerana Batman pada masa kesalahan dilakukan masih muda dan ini merupakan kesalahan pertama.          Iktibar dari kejadian, nama baik sahaja tidak semest

Isi Bajet 2014

Image
Bajet 2014 telah dibentangkan pada Jumaat, 25 Oktober 2013 di dewan Parlimen Malaysia oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak. Tema bajet pada kali ini ialah “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji”. Antara perkara yang menarik perhatian adalah Kadar BR1M Dinaikkan Subsidi Gula Dimansuhkan Kakitangan Awam Terima Bonus Setengah Bulan Gaji, Minimum RM500, persara RM250  Bantuan persekolahan RM100 Baucar Buku RM 250 diteruskan Projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) Rumah harga berpatutan akan dibina menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 Bantuan yuran taska RM250 sebulan RM239 juta untuk pembangunan sukan  RM6 bilion untuk pelaksanaan program pertanian  Sebagai rakyat Malaysia, perlu mengetahui kandungan bajet untuk mengetahui bagaimana perbelanjaan negara disalurkan. Teks pembentangan bajet boleh di baca disini : Ucapan bajet tahun 201

Ragam Muka Buku

Image
Mari tengok celoteh video dari  girl shazreen fazlynda a.k.a pinkmarbless  tentang ragam orang bila menggunakan facebook. Cuba fikir anda kategori jenis mana?

Selamat Hari Merdeka ke 56

Image
Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka! Kepada pembaca dokgebang.blogspot, admin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56. Merdekakan jiwa dan pemikiran kita dari sebarang unsur-unsur yang menjerumuskan kepada perbalahan dan persengketaan. Hormati perbezaan pandangan dan pendapat tanpa menguris hati sesama kita. Tanamkan semangat patriotik dalam diri kita seperti insan di video ini: Selamat Hari Merdeka ' Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku '

Kecuaian Membawa Padah: Budak Mati Lemas

Image
Berita budak 3 tahun mati lemas dalam kereta,  adik Nawal Idris baru-baru ini di Subang Jaya memberi kita 1001 peringatan agar sentiasa memastikan keselamatan kanak-kanak sentiasa menjadi keutamaan kita. Sebagai ibu bapa/penjaga perlu meletakkan anak sebagai perkara no.1, kerana anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.      Satu lagi kejadian, di mana 4 kanak-kanak juga mati lemas kerana mengutip kepah. Mangsa-mangsa dikenali sebagai Hanis Balkis Fadzli, 7; Mohamad Nazimi Fadzli, 9; Athafiz Amin, 10; dan Radziatul Nadia Rosnan, 12 lemas kerana dipercayai salah seorang mangsa termasuk ke tempat air yang dalam, dan cuba diselamatkan oleh mangsa-mangsa yang lain. Lokasi kejadian hanya 1km dari rumah mangsa.      Kepada ibu bapa/penjaga, jangan tinggalkan anak di dalam kereta keseorangan atau membiarkan anak pergi ke tempat lain walaupun dekat tanpa pengawasan orang dewasa, kerana sedikit kecuaian boleh membawa kepada penyesalan pada anda. Hayati video di bawah ini ag

Siapa Puase Sila Angkat Tangan! dan Jerit "Auu,Auu,Auu"

Demi Wonga, Papiss Cisse Digugurkan

Image
Papiss Cisse, penyerang handalan Newcastle Pengurusan bolasepak Newcastle telah menggugurkan penyerang mereka, Papiss Cisse dari skuad pra jelajah di Portugal kerana enggan memakai jersi pasukan yang tertera logo penaja,Wonga. Cisse menyatakan pada pengurusan Newcastle yang beliau enggan memakai jersi tersebut kerana bertentangan dengan nilai agama. Cisse merupakan penganut agama Islam, sama seperti Demba Ba, bekas pemain Newcastle yang telah berpindah kelab ke Chelsea.       Wonga merupakan penaja pasukan Newcastle bagi tahun 2013/2014. Ia merupakan sebuah syarikat peminjaman wang yang menawarkan kadar bunga (interest) yang tinggi. Inilah punca Cisse tidak memakai jersi Newcastle kerana pinjaman yang menawarkan bunga  adalah riba. Riba dihukum dalam Islam sebagai haram. Wonga, penaja baru Newcastle Dalil-dalil pengharaman riba’ - Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba” ~ Surah Al – Baqarah – Ayat 275 - Firman

Wordless Wednesday #3: Pengemis Jalanan Kreatif

Image

Promosi Buka Puasa Hanya RM50 ?

Image
Mungkin ramai yang ingin mencuba berbuka puasa di luar sekali-sekala, tetapi tidak tahu tempat yang menawarkan promosi buka puasa sempena bulan Ramadhan yang berharga di bawah RM50. Blog dokgebang dengan baik hatinya menyenaraikan tempat-tempat yang berbaloi dan kenyang buat anda: Souled Out Tarikh promosi Souled Out bermula 14 Julai 2013 . Ia dibuka pada hari Ahad hingga Khamis sahaja. Harga : RM50 (Dewasa)  RM28 (Kanak-kanak)   Alamat: No.20, Jalan 30/70A , Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Sri Hartamas. Bora Ombak Cafe & Restaurant  Tarikh promosi  Bora Ombak  bermula  10 Julai – 7 Ogos 2013 . Buka setiap hari, cuma 2 hari terakhir nak Raya Aidilfitri akan ditutup. Harga : RM39 untuk  1 orang   (voucher bernilai RM339 untuk 11 org, TERHAD ) Alamat: G1 Persiaran Mamanda 1, Ampang Point, 68000 Ampang. Ar Raudhah Steamboat Tarikh promosi  Ar Raudhah Steamboat   bermula  12 Julai – 6 Ogos2013  . Buka bermula 5.00 petang dan tutup pada p

Beauty and a beat Parody - Justin Bieber Malaysia

Just 4 fun and enjoy, layankan " Beauty and a beat Parody " hasil Syairazmin Azmil dan kengkawanya...... Versi ORIGINAL

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Image
Kepada semua pembaca dokgebang.blogspot yang beragama Islam, admin ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan . Semoga mendapat keberkatan dalam amalan pada bulan ini. Amin..... 10 Amalan Yang Boleh Menambah Pahala di Bulan Puasa Bangun daripada tidur untuk bersahur Segera berbuka bila sampai waktunya Memberi makan kepada orang lain yang berpuasa Menjaga percakapan dan perbuatan Selalu bersedekah Membaca Al-Quran Solat terawih berjemaah di masjid/surau Qiamulail (solat sunat selepas bangun di waktu malam) Berik'tikaf di masjid Selalu berdoa kerana doa orang berpuasa adalah mustajab

Kes Rogol Atlet Sukma Suatu Pengajaran

Image
Petikan dari Bernama: KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Majlis Sukan Negara (MSN), selaku penganjur temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-16, akan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes rogol seorang atlet yang dilaporkan berlaku semasa temasya itu, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Zolkples Embong. "Saya pun baru diberitahu mengenai perkara itu pagi ini. Mengikut laporan (sebuah akhbar tempatan), ia sudah menjadi kes polis, jadi kita serahkan kepada polis untuk lakukan siasatan. "Kes seumpama itu pertama kali berlaku dalam sejarah temasya Sukma dan ia mencemarkan imej Sukma kali ini," kata Zolkples, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukma 2013, pada sidang media di Pusat Media Utama Sukma, MSN Bukit Jalil di sini hari ini. Media melaporkan seorang atlet bola baling telah membuat laporan polis mendakwa dirogol sekumpulan atlet lelaki di Perkampungan Sukan Sukma 2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Rabu lepas. Akhbar hari ini melaporkan re

Siapa Khairy Jamaluddin?

Image
Khairy Khairy merupakan nama sebenarnya, kerana Jamaluddin adalah nama bapa beliau (Jamaluddin Abu Bakar) 1976 Lahir pada 10 Januari tahun 1976. Kuwait Tempat kelahiran beliau iaitu Kuwait City, Kuwait. Abdullah Ahmad Badawi Merupakan menantu kepada bekas Perdana Menteri ke-5, berkahwin dengan Nori Abdullah. Graduan Universiti Oxford Lulusan Universiti Oxford ini mengambil ijazah sarjana muda Falsafah, Politik dan Ekonomi. 1998 Menamatkan pengajian Masters bidang Teori Undang-undang dan Politik di UCL (University College London) 2 Anak Memiliki dua orang anak lelaki hasil perkahwinan dengan Nori Abdullah iaitu Jibreil Ali Jamaluddin Abu Bakar dan Timur Abdullah Jamaluddin Abu Bakar. Pegawai Khas Dilantik sebagai pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri Abdullah Badawi, jawatan pertama dalam kerajaan. Rembau Menjadi Ahli Parlimen Rembau semenjak tahun 2008. Ketua Pemuda UMNO Dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO pada tahun 2009 se

Shisha di ban Sebab Haram?

Image
Menghisap shisha merupakan tradisi Arab Pengharaman shisha menjadi topik hangat apabila Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis telah mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha di negeri itu kerana ia mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding dengan menghisap merokok. Ia telah diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-11/2013 pada 24 Jun lepas. Malah Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) turut menyokong langkah yang diambil oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis ini. Shisha juga dikenali sebagai  hukkah, narghile, arghila, atau qalyān. Ia adalah instrumen tunggal atau berbilang berpunca untuk merokok tembakau berperisa dipanggil shisha di mana wap atau asap melalui air lembangan (sering berasaskan kaca) sebelum penyedutan berlaku. Paip pula digunakan untuk menghasilkan asap dengan membakar shisha atau digunakan untuk membuat wap air oleh lebur pada suhu yang lebih rendah. Bukti Shisha 10x Berbahaya dari Rokok Dalam jadual di bawah, kebenara

Fakta Piala FA yang perlu anda tahu

Image
1990 Piala FA dipertandingkan kali pertama di mana Perak sebagai Juara, Selangor sebagai Naib Juara. Stadium Merdeka Merupakan stadium pertama final piala FA diadakan. Sela ngor Merupakan Juara Piala FA yang terbanyak iaitu selama 5 kali. Mel aka Merupakan pasukan negeri yang tidak pernah memenangi Piala FA Si me Darby FC Kelab bolasepak pertama yang pernah layak ke final Piala FA pada tahun lepas,2012. Kelantan Merupakan pasukan Juara Piala FA tahun lepas, edisi ke-22. 6 Sepakan Penalti [       ] Pada tahun 1999, 2000, 2006, 2007, 2009, 2010 sepakan penalti diadakan untuk menentukan juara. 23 Tahun 2013 merupakan edisi yang ke-23 bagi Piala FA 32   sebanyak 32 pasukan bertanding untuk merebut Piala FA Piala direka semula oleh Suhaimi Mat Jusoh, anak negeri Kelantan pada tahun 2012. RM575,000 Hadiah kereta Audi Q7 bernilai RM575,000 untuk 2 pemain terbaik JDT jika memenangi perlawanan FA tahun ini. Piala FA lama Piala FA baru

Maksud TALKIN

Image
Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia. Masa baca tu, pada tulisan biru muda tu sebut nama sendiri yer....,  kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat.  Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah.. WALLAHU A'LAAMM. Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik  dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada  orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainka! n zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap

Please, Jangan Ketuk!!!!

Image
Some tips ladies & gentlemen............ JANGAN KETUK NANTI TERBAKAR  Kalau kita ke stesen minyak, selalunya ada tanda arahan yang mengingatkan kita agar jangan menggunakan handphone, matikan enjin kereta dan jangan merokok kerana benda-benda ini amat bahaya.... Ada  satu lagi perkara yang tidak diberikan amaran / larangan langsung sedangkan ianya tidak kurang mendatangkan bahaya. Selalunya apabila kita memasukkan nozel ke dalam muncung tangki kereta, kita akan menunggu sehingga habis minyak yang kita beli. Kebiasaannya juga apabila nozel hendak dikeluarkan, kita mengetuknya pada muncung tangki supaya titisan-titisan terakhir petrol masuk ke dalam tangki dan tidak tertumpah. Tapi awas. Ambil perhatian bahawa nozel tersebut adalah besi, muncung tangki juga diperbuat dari besi. Sekiranya terdapat karat pada nozel dan muncung tangki pula bergerigi, kemungkinan bila kita mengetuknya api akan menyala ('spark'). Janganlah disebabkan tidak mahu rugi setitik dua petrol,

Islam itu mudah: SOLAT

Image

Cara nak handle Hantu

Image
bertemu hantu... jangan panik!!! try ikut tips ni... Pocong Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari  kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan  tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak  pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu. Langsuir Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka  dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia,  pasti dia tersipu-sipu malu. Pontianak Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah  ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia  boring. Hantu Raya Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya  senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak  main meriam buluh, suruh  kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau  kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak

Kedahsyatan SEDEKAH

Image
Sedekah adalah penolak bala, penyubur pahala, dan melipatgandakan rezeki; sebutir benih menumbuhkan tujuh bulir, yang pada tiap-tiap bulir itu terjurai seratus biji. Artinya, Allah yang Mahakaya akan membalasnya hingga tujuh ratus kali lipat. Masya Allah!             Sahabat, betapa dahsyatnya sedekah yang dikeluarkan di jalan Allah yang disertai dengan hati ikhlas, sampai-sampai Rasul sendiri membuat perbandingan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda, "Allah SWT menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah pun menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat terheran-heran akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya, ' Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada gunung?' . Allah menjawab, ' Ada , yaitu BESI '. Para malaikat pun kembali bertanya, 'Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang le