Isi Bajet 2014



Bajet 2014 telah dibentangkan pada Jumaat, 25 Oktober 2013 di dewan Parlimen Malaysia oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak. Tema bajet pada kali ini ialah “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji”.

Antara perkara yang menarik perhatian adalah


  1. Kadar BR1M Dinaikkan
  2. Subsidi Gula Dimansuhkan
  3. Kakitangan Awam Terima Bonus Setengah Bulan Gaji, Minimum RM500, persara RM250 
  4. Bantuan persekolahan RM100
  5. Baucar Buku RM 250 diteruskan
  6. Projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB)
  7. Rumah harga berpatutan akan dibina menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR)
  8. Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan mulai 1 April 2015
  9. Bantuan yuran taska RM250 sebulan
  10. RM239 juta untuk pembangunan sukan
  11.  RM6 bilion untuk pelaksanaan program pertanian 
Sebagai rakyat Malaysia, perlu mengetahui kandungan bajet untuk mengetahui bagaimana perbelanjaan negara disalurkan.


Teks pembentangan bajet boleh di baca disini : Ucapan bajet tahun 2014

Infografik Bajet 2014 untuk memudahkan pemahaman anda.

Comments