Demi Wonga, Papiss Cisse Digugurkan

Papiss Cisse, penyerang handalan Newcastle

Pengurusan bolasepak Newcastle telah menggugurkan penyerang mereka, Papiss Cisse dari skuad pra jelajah di Portugal kerana enggan memakai jersi pasukan yang tertera logo penaja,Wonga. Cisse menyatakan pada pengurusan Newcastle yang beliau enggan memakai jersi tersebut kerana bertentangan dengan nilai agama. Cisse merupakan penganut agama Islam, sama seperti Demba Ba, bekas pemain Newcastle yang telah berpindah kelab ke Chelsea.

      Wonga merupakan penaja pasukan Newcastle bagi tahun 2013/2014. Ia merupakan sebuah syarikat peminjaman wang yang menawarkan kadar bunga (interest) yang tinggi. Inilah punca Cisse tidak memakai jersi Newcastle kerana pinjaman yang menawarkan bunga  adalah riba. Riba dihukum dalam Islam sebagai haram.

Wonga, penaja baru Newcastle


Dalil-dalil pengharaman riba’

- Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba” ~Surah Al – Baqarah – Ayat 275

- Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba’ yang berganda-ganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.” ~Surah Ali Imran – Ayat 130

- Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :
“Allah s.w.t telah melaknatkan orang yang makan riba’ orang yang berwakil padanya dan jurutulisnya dan saksi-saksinya dan mereka berkata mereka itu sama sahaja. “ ~Riwayat Muslim




      Kes yang seumpama ini berlaku juga terhadap seorang atlet kriket Afrika Selatan Hashim Amla, namun pasukannya menghormati pendirian Hashim Amla yang tidak mahu memakai logo penaja mereka "Castle",sebuah syarikat arak.

Logo Castle tiada di jersi Hashim Amla

     Bobby Barnes, Timbalan Ketua Eksektuif Persatuan Bolasepak Professional (PFA) menggesa agar kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian isu ini dengan segera. Beliau menyatakan

"We're all aware that clubs need to generate revenue and sometimes have to use a wide range of companies. However, if someone feels very, very strongly that it's not compatible with their beliefs, then some sort of solution should be found."

   Diharapkan agar isu ini diselesaikan dengan baik antara pengurusan bolasepak Newcastle dengan Cisse kerana Cisse merupakan pemain penting dalam pasukan Newcastle, kerana prestasinya yang telah menjaringkan 26 gol sepanjang kempen 2012/2013 yang lalu. Sebagai seorang Muslim, tindakan Cisse ini adalah bertepatan dengan kehendak Islam. Sebagai menghormati kelabnya, Cisse menyatakan beliau boleh memakai logo penaja yang berunsur kebajikan atau tiada logo jika perlu bermain semasa pra jelajah tersebut.
Papiss Cisse dan Demba Ba sujud syukur bersama setelah menjaringkan gol



Lihat aksi gol menakjubkan Papiss Cisse di padang semasa menentang Chelsea



Comments