Siapa Khairy Jamaluddin?



Khairy
Khairy merupakan nama sebenarnya, kerana Jamaluddin adalah nama bapa beliau (Jamaluddin Abu Bakar)


1976
Lahir pada 10 Januari tahun 1976.

Kuwait
Tempat kelahiran beliau iaitu Kuwait City, Kuwait.


Abdullah Ahmad Badawi
Merupakan menantu kepada bekas Perdana Menteri ke-5, berkahwin dengan Nori Abdullah.











Graduan Universiti Oxford
Lulusan Universiti Oxford ini mengambil ijazah sarjana muda Falsafah, Politik dan Ekonomi.


1998
Menamatkan pengajian Masters bidang Teori Undang-undang dan Politik di UCL (University College London)


2 Anak
Memiliki dua orang anak lelaki hasil perkahwinan dengan Nori Abdullah iaitu Jibreil Ali Jamaluddin Abu Bakar dan Timur Abdullah Jamaluddin Abu Bakar.



Pegawai Khas
Dilantik sebagai pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri Abdullah Badawi, jawatan pertama dalam kerajaan.


Rembau
Menjadi Ahli Parlimen Rembau semenjak tahun 2008.


Ketua Pemuda UMNO
Dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO pada tahun 2009 sehingga kini.












Menteri Belia dan Sukan
Jawatan penuh sebagai Menteri selepas piliharan raya ke -13.


ECM Libra Avenue Bhd
Terlibat dalam penggabungan kontroversi antara ECM Libra Capital Bhd dan syarikat berkaitan kerajaan Avenue Capital Resources Bhd (menjadi ECM Libra Avenue Bhd) sehingga disiasat Jawatankuasa Kira-kira Awam Parlimen.


Debat
Pernah berdebat dengan Ambiga Sreenavasan, Presiden Majlis Peguam Malaysia mengenai ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan Rafizi Ramli Ketua Strategi PKR mengenai isu pinjaman PTPTN.



Rejimen Askar Wataniah
Menjalani latihan selama sebulan sebagai askar Rejimen Askar Wataniah pada Mei 2010.


MyTeam
Berkerjasama dengan Jason Lo menerbitkan rancangan realiti MyTeam berasaskan bolasepak pada tahun 2006 yang ditayangkan di TV3.










E-Media
Menggunakan Facebook dan Twitter sebagai medium sosial dengan rakyat Malaysia. Beliau juga mempunyai laman web sendiri iaitu rembau.com.my





Comments