BERITA: Kecuaian Membawa Padah, Budak Mati Lemas
Berita budak 3 tahun mati lemas dalam kereta, adik Nawal Idris baru-baru ini di Subang Jaya memberi kita 1001 peringatan agar sentiasa memastikan keselamatan kanak-kanak sentiasa menjadi keutamaan kita. Sebagai ibu bapa/penjaga perlu meletakkan anak sebagai perkara no.1, kerana anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.
Satu lagi kejadian, di mana 4 kanak-kanak juga mati lemas kerana mengutip kepah. Mangsa-mangsa dikenali sebagai Hanis Balkis Fadzli, 7; Mohamad Nazimi Fadzli, 9; Athafiz Amin, 10; dan Radziatul Nadia Rosnan, 12 lemas kerana dipercayai salah seorang mangsa termasuk ke tempat air yang dalam, dan cuba diselamatkan oleh mangsa-mangsa yang lain. Lokasi kejadian hanya 1km dari rumah mangsa.
Kepada ibu bapa/penjaga, jangan tinggalkan anak di dalam kereta keseorangan atau membiarkan anak pergi ke tempat lain walaupun dekat tanpa pengawasan orang dewasa, kerana sedikit kecuaian boleh membawa kepada penyesalan pada anda.
p/s: Semoga kes seumpama ini tidak akan berulang lagi. Al-fatihah kepada mangsa-mangsa.
Comments
Post a Comment