Batman penjenayah, kini ditangkap?
Ni bukan Batman superhero tu yang ditangkap, tapi seorang lelaki yang memiliki nama sepertinya, iaitu Batman Suparman yang dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan sembilan bulan kerana mencuri dan pelbagai kesalahan pecah rumah di Singapura. Dia didakwa dengan enam tuduhan kecurian, dua tuduhan yang berkaitan dengan pencerobohan rumah, satu untuk pecah rumah dan satu untuk penggunaan dadah antara bulan Jun dan Ogos tahun ini. Mahkamah diberitahu bahawa Batman telah memecah masuk ke SGF Billards & Marketing Singapura di Depot Road di awal pagi pada bulan Ogos, dan mencuri wang sebanyak S $ 200. Paling malang sekali, abangnya Nurazman Suparman juga turut menjadi mangsanya iaitu kad ATM dicuri dan dikeluarkan wang sebanyak S $ 850 dari akaun tersebut. Mahkamah hanya menjatuhkan hukuman penjara antara dua dan 14 tahun kerana Batman pada masa kesalahan dilakukan masih muda dan ini merupakan kesalahan pertama. ...