Kes Rogol Atlet Sukma Suatu Pengajaran



Petikan dari Bernama:


KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Majlis Sukan Negara (MSN), selaku penganjur temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-16, akan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes rogol seorang atlet yang dilaporkan berlaku semasa temasya itu, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Zolkples Embong.
"Saya pun baru diberitahu mengenai perkara itu pagi ini. Mengikut laporan (sebuah akhbar tempatan), ia sudah menjadi kes polis, jadi kita serahkan kepada polis untuk lakukan siasatan.
"Kes seumpama itu pertama kali berlaku dalam sejarah temasya Sukma dan ia mencemarkan imej Sukma kali ini," kata Zolkples, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukma 2013, pada sidang media di Pusat Media Utama Sukma, MSN Bukit Jalil di sini hari ini.
Media melaporkan seorang atlet bola baling telah membuat laporan polis mendakwa dirogol sekumpulan atlet lelaki di Perkampungan Sukan Sukma 2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Rabu lepas.
Akhbar hari ini melaporkan remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.


KENYATAAN MENTERI BELIA DAN SUKAN, KHAIRY JAMALUDDIN MENGENAI KES TUDUHAN ROGOL DI SUKAN MALAYSIA 2013

Saya memandang serius tentang tuduhan kejadiaan rogol yang berlaku di perkampungan sukan Kolej Kedua UPM semasa temasya Sukan Malaysia ini berlansung. Sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas perjalanan Sukan Malaysia, sudah tentu saya merasa amat sedih dan dukacita kerana kejadian ini telah mencacatkan temasya ini yang telah berlangsung dengan baik sekali tanpa menghadapi sebarang masalah yang besar. Ini adalah kali pertama insiden ini berlaku dalam sejarah pengelolaan Sukan Malaysia bermula pada tahun 1986 yang lalu.

Jawatankuasa Pengelola memangnya mengadakan kawalan yang begitu ketat di tempat penginapan peserta. Kerjasama daripada pihak PDRM digunakan untuk menjaga aspek ini manakala Unit Keselamatan UPM juga turut digunakan. Prosedur penempatan adalah mengikut prosedur UPM sendiri dan mereka amat ketat dalam mengawal penempatan terutama dalam memisahkan blok asrama lelaki dan wanita. Pengawal dan anggota polis sentiasa membuat rondaan kawasan terutama di sebelah malam tetapi ianya tidak meliputi dalam kawasan asrama kerana ianya adalah tanggungjawab anggota kontinjen sendiri kecuali sekiranya ada laporan yang dibuat yang memerlukan pihak polis memasukinya. 


Baca jugak liputan akhbar online ni


Gambar hiasan.


Hasil bacaan admin, punca-punca Kes ini berlaku:-

Daripada side atlet:
  1. Membawa minuman keras ke dalam perkampungan sukan. Ini telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
  2. Mental peserta lemah untuk menerima kekalahan, sehingga sanggup meminum arak sebagai cara melepaskan tekanan.
  3. Kurang disiplin diri faktor  atlet mudah kecewa dan tertekan.
  4. Percampuran tanpa batasan atlet lelaki dan perempuan di perkampungan sukan.


Daripada side pengurusan:
  1. Kurang memberi perhatian dan pengawasan terhadap atlet.
  2. Tidak membantu peserta dengan menaikkan semangat mereka semula walaupun kalah dalam pertandingan.
  3. Jarang bersama dan berkomunikasi dengan atlet di bawah jagaan mereka.
  4. Pengawai pengiring yang dipilih kurang terlatih dan muda menyebabkan atlet muda kurang menghormati pegawai.

Daripada side penganjur:
  1. Kurang keselamatan dan pengawasan terhadap perkampungan sukan.
  2. Tiada tindakan keras diambil kepada kontinjen yang melanggar peraturan.
  3. Tiada check up point mahupun pegawai keselamatan diletakkan pada asrama atlet.

Kes ini merupakan pengajaran kepada semua pihak yang terlibat agar mementingkan pengawasan dan keselamatan terhadap atlet yang bertanding dan juga perkampungan sukan itu sendiri agar ia tidak berulang pada masa akan datang. 
      Jadikan kes ini sebagai tauladan kepada pihak penganjur agar sentiasa memastikan temasya sukan berjaya bukan sahaja dari segi kemeriahannya malah dari segi kepercayaan bahawa aspek keselamatan sentiasa terjamin sepanjang kejohanan berlangsung. Semoga atlet malang tersebut mendapat pembelaan sewajarnya, dan atlet yang melakukan jenayah dihukum dengan segera.



Comments