Posts

Showing posts from July, 2013

Kecuaian Membawa Padah: Budak Mati Lemas

Image
Berita budak 3 tahun mati lemas dalam kereta,  adik Nawal Idris baru-baru ini di Subang Jaya memberi kita 1001 peringatan agar sentiasa memastikan keselamatan kanak-kanak sentiasa menjadi keutamaan kita. Sebagai ibu bapa/penjaga perlu meletakkan anak sebagai perkara no.1, kerana anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.      Satu lagi kejadian, di mana 4 kanak-kanak juga mati lemas kerana mengutip kepah. Mangsa-mangsa dikenali sebagai Hanis Balkis Fadzli, 7; Mohamad Nazimi Fadzli, 9; Athafiz Amin, 10; dan Radziatul Nadia Rosnan, 12 lemas kerana dipercayai salah seorang mangsa termasuk ke tempat air yang dalam, dan cuba diselamatkan oleh mangsa-mangsa yang lain. Lokasi kejadian hanya 1km dari rumah mangsa.      Kepada ibu bapa/penjaga, jangan tinggalkan anak di dalam kereta keseorangan atau membiarkan anak pergi ke tempat lain walaupun dekat tanpa pengawasan orang dewasa, kerana sedikit kecuaian boleh membawa kepada penyesalan pada anda. Hayati video di bawah ini ag

Siapa Puase Sila Angkat Tangan! dan Jerit "Auu,Auu,Auu"

Demi Wonga, Papiss Cisse Digugurkan

Image
Papiss Cisse, penyerang handalan Newcastle Pengurusan bolasepak Newcastle telah menggugurkan penyerang mereka, Papiss Cisse dari skuad pra jelajah di Portugal kerana enggan memakai jersi pasukan yang tertera logo penaja,Wonga. Cisse menyatakan pada pengurusan Newcastle yang beliau enggan memakai jersi tersebut kerana bertentangan dengan nilai agama. Cisse merupakan penganut agama Islam, sama seperti Demba Ba, bekas pemain Newcastle yang telah berpindah kelab ke Chelsea.       Wonga merupakan penaja pasukan Newcastle bagi tahun 2013/2014. Ia merupakan sebuah syarikat peminjaman wang yang menawarkan kadar bunga (interest) yang tinggi. Inilah punca Cisse tidak memakai jersi Newcastle kerana pinjaman yang menawarkan bunga  adalah riba. Riba dihukum dalam Islam sebagai haram. Wonga, penaja baru Newcastle Dalil-dalil pengharaman riba’ - Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba” ~ Surah Al – Baqarah – Ayat 275 - Firman

Wordless Wednesday #3: Pengemis Jalanan Kreatif

Image

Promosi Buka Puasa Hanya RM50 ?

Image
Mungkin ramai yang ingin mencuba berbuka puasa di luar sekali-sekala, tetapi tidak tahu tempat yang menawarkan promosi buka puasa sempena bulan Ramadhan yang berharga di bawah RM50. Blog dokgebang dengan baik hatinya menyenaraikan tempat-tempat yang berbaloi dan kenyang buat anda: Souled Out Tarikh promosi Souled Out bermula 14 Julai 2013 . Ia dibuka pada hari Ahad hingga Khamis sahaja. Harga : RM50 (Dewasa)  RM28 (Kanak-kanak)   Alamat: No.20, Jalan 30/70A , Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Sri Hartamas. Bora Ombak Cafe & Restaurant  Tarikh promosi  Bora Ombak  bermula  10 Julai – 7 Ogos 2013 . Buka setiap hari, cuma 2 hari terakhir nak Raya Aidilfitri akan ditutup. Harga : RM39 untuk  1 orang   (voucher bernilai RM339 untuk 11 org, TERHAD ) Alamat: G1 Persiaran Mamanda 1, Ampang Point, 68000 Ampang. Ar Raudhah Steamboat Tarikh promosi  Ar Raudhah Steamboat   bermula  12 Julai – 6 Ogos2013  . Buka bermula 5.00 petang dan tutup pada p

Beauty and a beat Parody - Justin Bieber Malaysia

Just 4 fun and enjoy, layankan " Beauty and a beat Parody " hasil Syairazmin Azmil dan kengkawanya...... Versi ORIGINAL

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Image
Kepada semua pembaca dokgebang.blogspot yang beragama Islam, admin ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan . Semoga mendapat keberkatan dalam amalan pada bulan ini. Amin..... 10 Amalan Yang Boleh Menambah Pahala di Bulan Puasa Bangun daripada tidur untuk bersahur Segera berbuka bila sampai waktunya Memberi makan kepada orang lain yang berpuasa Menjaga percakapan dan perbuatan Selalu bersedekah Membaca Al-Quran Solat terawih berjemaah di masjid/surau Qiamulail (solat sunat selepas bangun di waktu malam) Berik'tikaf di masjid Selalu berdoa kerana doa orang berpuasa adalah mustajab

Kes Rogol Atlet Sukma Suatu Pengajaran

Image
Petikan dari Bernama: KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Majlis Sukan Negara (MSN), selaku penganjur temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-16, akan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes rogol seorang atlet yang dilaporkan berlaku semasa temasya itu, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Zolkples Embong. "Saya pun baru diberitahu mengenai perkara itu pagi ini. Mengikut laporan (sebuah akhbar tempatan), ia sudah menjadi kes polis, jadi kita serahkan kepada polis untuk lakukan siasatan. "Kes seumpama itu pertama kali berlaku dalam sejarah temasya Sukma dan ia mencemarkan imej Sukma kali ini," kata Zolkples, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukma 2013, pada sidang media di Pusat Media Utama Sukma, MSN Bukit Jalil di sini hari ini. Media melaporkan seorang atlet bola baling telah membuat laporan polis mendakwa dirogol sekumpulan atlet lelaki di Perkampungan Sukan Sukma 2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Rabu lepas. Akhbar hari ini melaporkan re

Siapa Khairy Jamaluddin?

Image
Khairy Khairy merupakan nama sebenarnya, kerana Jamaluddin adalah nama bapa beliau (Jamaluddin Abu Bakar) 1976 Lahir pada 10 Januari tahun 1976. Kuwait Tempat kelahiran beliau iaitu Kuwait City, Kuwait. Abdullah Ahmad Badawi Merupakan menantu kepada bekas Perdana Menteri ke-5, berkahwin dengan Nori Abdullah. Graduan Universiti Oxford Lulusan Universiti Oxford ini mengambil ijazah sarjana muda Falsafah, Politik dan Ekonomi. 1998 Menamatkan pengajian Masters bidang Teori Undang-undang dan Politik di UCL (University College London) 2 Anak Memiliki dua orang anak lelaki hasil perkahwinan dengan Nori Abdullah iaitu Jibreil Ali Jamaluddin Abu Bakar dan Timur Abdullah Jamaluddin Abu Bakar. Pegawai Khas Dilantik sebagai pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri Abdullah Badawi, jawatan pertama dalam kerajaan. Rembau Menjadi Ahli Parlimen Rembau semenjak tahun 2008. Ketua Pemuda UMNO Dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO pada tahun 2009 se

Shisha di ban Sebab Haram?

Image
Menghisap shisha merupakan tradisi Arab Pengharaman shisha menjadi topik hangat apabila Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis telah mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha di negeri itu kerana ia mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding dengan menghisap merokok. Ia telah diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-11/2013 pada 24 Jun lepas. Malah Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) turut menyokong langkah yang diambil oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis ini. Shisha juga dikenali sebagai  hukkah, narghile, arghila, atau qalyān. Ia adalah instrumen tunggal atau berbilang berpunca untuk merokok tembakau berperisa dipanggil shisha di mana wap atau asap melalui air lembangan (sering berasaskan kaca) sebelum penyedutan berlaku. Paip pula digunakan untuk menghasilkan asap dengan membakar shisha atau digunakan untuk membuat wap air oleh lebur pada suhu yang lebih rendah. Bukti Shisha 10x Berbahaya dari Rokok Dalam jadual di bawah, kebenara