Posts

ILMU: Umur 35 ke 40 Tahun: Detik Peralihan Usia atau Satu Ujian Kehidupan?

Image
Umur 35 hingga 40 tahun ini, bukan sekadar angka. Ia satu fasa hidup yang luar biasa mencabar —dan dalam masa yang sama, sangat bermakna. Pada usia inilah, ramai antara kita mula diuji. Ujian itu boleh datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang diuji dengan ibu bapa yang jatuh sakit, atau kehilangan yang tercinta. Ada yang rumahtangganya mula bergoncang, atau tiba-tiba pasangan diuji dengan kesihatan. Anak-anak pula makin besar, makin banyak ragam. Remaja yang sedang mencari identiti, dan kita pula... sedang cuba menyeimbangkan semuanya. Inilah waktu, di mana Allah mula memanggil kita pulang. Tapi bukan dengan suara, bukan dengan mimpi. Tapi dengan ujian . Sebab kadang-kadang, manusia hanya akan sujud dan mengadu bila diuji. Bila semuanya tenang dan lancar, kita mudah alpa. Orang Bijak, Akan Sedar dan Bersedia Orang yang bijak akan mula “berkemas”. Bukan kemas rumah, tapi kemas jiwa dan amalan . Mereka mula perbaiki hubungan dengan pasangan, anak-anak, dan ibu bapa. Mereka mula menyimpan d...

ILMU: Jemputan Walimah: Sunnah yang Ramai Terlepas Pandang

Image
Bila musim kahwin tiba, kad jemputan mula sampai satu demi satu. Ada yang dari saudara-mara, kawan sekolah, rakan sekerja, malah jiran pun tak ketinggalan. Tapi soalan biasa yang muncul dalam hati kita: "Perlu ke pergi semua jemputan ni?" atau "Kalau tak sempat, boleh ke tak hadir?" Rupanya, memenuhi jemputan ke majlis perkahwinan (walimah) bukan sekadar soal adab atau sopan – tapi ada kaitan dengan hukum agama. 📖 Apa Kata Islam Tentang Jemputan Kahwin? Majoriti para ulama berpendapat bahawa wajib untuk menghadiri majlis walimah apabila dijemput, selagi tiada halangan yang sah (uzur syarie) . Dalilnya sangat jelas, iaitu daripada sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.A bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْوَلِيمَةِ فَلْيَأْتِهَا" Maksudnya: "Apabila salah seorang daripada kamu dijemput ke majlis walimah, maka hadirlah." (Riwayat Muslim, hadis no. 1053) Perkataan "فَلْيَأْتِهَا" d...

TIPS BERNIAGA: Kalau Berniaga Jangan Kutip Hutang, Jangan Kena Matahari

Image
  Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan, "Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu lakukan. 1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang. 2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari. Kemudian Hassan Al Basri mengakhiri hayatnya dan meninggal dunia. Masa telah berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju. Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya, Si ibu : "Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari semakin merosot?" Jawab si adik : "Saya ikut pesanan ayah." Si ibu : "Apakah pesanan ayahmu?" Jawab si adik : "Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG . Jadi, semua yang berhutang...

DUNIA: Happy Fathers Day

Image
  Today is World Happy Fathers aka Husband Day. Let us maintain 2 minutes silence and appreciate some real life experiences quotes of some fun great personalities: After marriage, husband/father and wife become two sides of a coin, they just can’t face each other, but still they stay together. – Al Gore 😁 By all means marry. If you get a good wife, you’ll be happy. If you get a bad one, you’ll become a philosopher. – Socrates  Wife inspires us to great things and prevent us from achieving them. – Mike Tyson 😁 I had some words with my wife, and she had some paragraphs with me. – Bill Clinton 😁

KISAH TAULADAN: Imam Syafie dengan muridnya, Yunus

Image
Dikisahkan bahwa Yunus bin Abdi Al-'Ala, berselisih pendapat dengan  guru, Al-Imam Muhammad bin Idris Asy-Syaafi'i saat beliau mengajar di Masjid. Hal ini membuat Yunus bangkit dan meninggalkan majlis tersebut dalam keadaan yang marah.Tatkala malam menjelang, Yunus mendengar pintu rumahnya diketuk berkali kali...  lalu dia berkata : Siapa dipintu rumahku  ?  Orang yang mengetuk menjawab : Muhammad bin Idris.  Lama juga Yunus berusaha untuk mengingati semua orang yang ia kenal dengan nama itu, hingga ia yakin tidak ada siapapun yang bernama Muhammad bin Idris kecuali Imam Asy Syaafi'i.  Saat ia membuka pintu, ia terkejut dengan kedatangan  gurunya, Imam Syaafi'i. Imam Syaafi'i lalu berkata : Wahai Yunus, selama ini kita disatukan dalam ratusan masalah, apakah kerana satu masalah saja kita harus bermasam muka? Janganlah engkau berusaha untuk menjadi pemenang dalam setiap perbezaan pendapat ... terkadang, meraih hati itu lebih utama daripada meraih kemena...

KISAH TAULADAN: AHLI SYURGA Yang TIDAK SOLAT TAHAJUD...TIDAK PUASA SUNAT....TIDAK SOLAT DHUHA....

Image
  AHLI SYURGA Yang TIDAK SOLAT TAHAJUD...TIDAK PUASA SUNAT....TIDAK SOLAT DHUHA....BACALAH KALAU NAK RAHSIANYA.... Suatu hari ketika Rasulullah saw & para sahabat berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, Rasulullah saw tiba2 berkata: "Sebentar lagi datang seorang pemuda ahli syurga." Tak lama kemudian datang seorang pemuda yang muka & tangannya basah berwudhuk, sambil sebelah tangan nya memegang sandal. Penampilan sangat sederhana. Tiada apa yang istimewa. Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah saw & beberapa sahabat duduk di tempat sama, sekali lagi Rasulullah saw kata: "Sebentar lagi datang seorang pemuda ahli syurga." Sebentar kemudian, pemuda yg sama sampai. Pun berpenampilan sama. Salah seorang sahabat yang ada di situ ialah Muaz bin Jabal ra. Beliau ingin tahu apa rahsia lelaki itu yang dikatakan ahli syurga. Lalu dia mencari jalan utuk tidur di rumah lelaki itu dengan memberi pelbagai alasan. Pemuda itu benarkan Muaz tidur di rumahnya. Malam itu ...

DUNIA: COVID-19, EMOSI VS REALITI

Image
 PESANAN DAN PERINGATAN IKHLAS DARIPADA DR MUHAMMAD AIZAT AMIRUDDIN COVID-19 : EMOSI VS REALITI Saya lihat ramai netizen dan rakyat Malaysia yang tidak lagi peduli dengan ancaman COVID-19 di negara kita. Ada yang kata COVID-19 hanya rekaan, ada yang tidak berpuas hati dengan penguatkuasaan. Akibatnya, ramai yang putus asa dan tidak lagi mematuhi SOP yang ditetapkan. Trend ini amat membimbangkan kami para petugas kesihatan. Saya percaya ini berlaku sebab ramai rakyat Malaysia yang belum faham betapa seriusnya situasi perkhidmatan kesihatan Malaysia sekarang dalam menangani COVID-19. Jadi, saya mohon sangat-sangat anda baca dan fahamkan apa yang saya akan tulis ini. Apabila sesebuah negara dilanda sesuatu wabak, termasuk COVID-19, perkhidmatan kesihatan di negara tersebut akan mengalami fasa-fasa seperti berikut: FASA I Apabila kes harian meningkat, maka kes-kes kritikal pun semakin meningkat. Di Malaysia, kajian menunjukkan, bagi setiap 1000 kes COVID-19; - 60 pesakit memerlukan ban...

KISAH LAWAK: Alkisah Solat Terawih 23 Rakaat

Image
  Masalah utama bila terawikh ialah  kita  begitu berat utuk bangun memulakan setiap rakaat, mcm berat sangat rasanya, maklumlah 23 x bangun duduk disamping faktor  usia mungkin tewas dirakaat ke 8. Tapi aku pelik tengok pak Hj Narawai org kg aku yg dah berusia lebih 80 tahun, tiap kali bangun dia yg awal, mcm x de masalah langsung. Aku nak cuba tanya apa ubat yg dia makan atau mungkin ada amalan lain tapi belum ada kesempatan.

TIPS: Formula menjemput Rezeki

Image
Salah satu buku panduan menjemput rezeki 1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.. 2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.. 3. AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.. 4. ZIKIR - Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.. 5. SOLAT BERJEMAAH , terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.. 6. SILATURRAHIM . Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang la...

KISAH LAWAK: Lelaki Berani Mati

Image
Alkisahnya..... Pagi tadi diadakan pertandingan terjun ke dalam kolam yang dipenuhi buaya dengan hadiah lumayan RM1 juta.. tetapi tiada seorang pun yang menyertainya.. penganjur pun menaikkan jumlah hadiah kepada RM200 juta.. Tiada juga yg terjun.. wang dinaikkan lagi kpd RM1 billion.. masih tiada siapa yg berani untuk terjun.. sehinggalah jumlah hadiah dinaikkan kepada RM2.6 billion.. Tiba-tiba.......... Berdebungg!!.. Seorang lelaki separuh umur terjun.. ramai org bertepuk tangan.. ramai juga yang beristighfar dan mengucap panjang.. tapi tanpa diduga dengan renangan luar biasa gaya bebas, gaya kupu2, lentang dan gaya entah apa lagi lelaki tersebut berenang kembali ke tepi kolam dengan jayanya.. semua buaya tidak sempat berbuat apa2 kerana lelaki tersebut terlalu laju.. Sampai sahaja ditepi kolam, penganjur datang kepadanya untuk bertanyakan sama ada mahu hadiah dalam bentuk wang tunai atau cek.. dalam keadaan yang masih letih menggila.. lelaki itu menjawa...

KISAH TAULADAN: Rezeki sebuku roti

Image
Pada satu masa dulu ada sorang lelaki tua di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah SWT tetapi macam terganggu sedikit sebab setiap hari dia asyik fikir dan risau pasal rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti sahaja Satu hari, Nabi Musa AS lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir inilah peluang yang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa AS untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia. Dia pun tegur dan beri salam kepada Nabi Musa AS dan dengan teragak-agak dia tanya.  "Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya (rezeki). Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih" Nabi Musa AS pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa AS mendapat jawapan bahawa rezeki yang tel...

TIPS: Rebut Pahala Ramadan Buat Wanita Haid

Image
Tidak dinafikan, antara golongan yang begitu gusar takut kehilangan pahala di bulan Ramdhan ialah kaum muslimat. Hal ini adalah kerana dalam tempoh sebulan Ramadhan, muslimat akan mengalami tempoh waktu yang tidak dibenarkan melakukan beberapa amalan kerana kedatangan haid. *La Tahzan.* Seharusnya kaum muslimat faham dan redha di atas ketentuan Allah ini. Ia adalah fitrah bagi seorang perempuan yang baligh. Ingat lagi kisah Aisyah yang menangis kerana kedatangan haid sewaktu ingin mengerjakan Haji Widak? Rasulullah menenangkan hati Aisyah dengan berkata, “Sesungguhnya pekara ini (haid) adalah ketentuan Allah ke atas wanita.” Hadis riwayat Bukhari *_Amalan Yang Dibenarkan_* Sebenarnya, banyak lagi amalan yang boleh dilakukan oleh wanita haid berbanding yang dilarang. Mana mungkin Allah mengabaikan kaum muslimat untuk mengumpul pahala seperti orang lain yang berpuasa. Jadi bagaimanakah caranya? #1. Tetap Bangun Bersahur Meskipun Tidak Berpuasa Dari Anas Bin Ma...

Kisah TAULADAN: Beza Ketam M dan Ketam C

Image
Mamat: Hello Boss! Itu ketam ada jual ka? Boss: Ya hello.. Ada… ada… Lu mau ketam C ke ketam M? Mamat: Aik! Ketam pun ada M dengan C ka Boss? Cuba lu tunjuk mana ketam M, mana ketam C? Boss: Itu sana dalam bekas ada tutup… ketam C.... sana dalam bekas tak ada tutup… ketam M la… M: Apa pasal ketam C apek kasi tutup.... ketam Melayu apek tak kasi tutup?

TIPS: Amalan Kesihatan Yang Baik

Image
01. Jangan makan lewat sebelum tidur. 02. Hanya boleh makan 4 butir telur seminggu. 03. Kurangkan  makan Tungking/tongkek ayam  04. Makan buah seharusnya sebelum makan, bukan selepas makan. 05. Masa haid jangan✋ minum teh ☕ lebih lagi teh hijau, sebaiknya makan sesuatu yang boleh menambah darah. 06. ✋Kurangkan minum susu kacang soya dan jangan tambah telur dan gula pada minuman anda. 07. ☝Makan tomato semasa atau selepas makan. Jangan waktu perut kosong. 08. ☝Tiap pagi bangun tidur minum 1⃣ gelas air putih bisa cegah batu hempedu. Dua gelas untuk mengaktifkan organ2 dalaman. 09. 3 jam sebelum tidur, jangan makan boleh jadi kegemukkan. 10. ⛔Jangan minum teh susu atau (teh tarik / bubble tea) kerana tinggi kalori tinggi lemak.

CERITA: Kenapa Orang Laki Suka Main Games?

Image
Kenapa Orang Laki Suka Main Games? Dah Besar, Dah Ada Bini, Anak Pun Main Games Lagi? Siapa Bilang Permainan Video Untuk Golongan Yang Tidak Matang? Sila baca story kenapa seorang lelaki kenapa suka main games di bawah.... Gamer seperti saya, dan juga sahabat-sahabat saya seringkali ditohmahkan sebagai tidak matang, masih kebudak-budakkan, dan tohmahan yang senada dengannya oleh orang yang tidak memahami hobi ini.  Terpanggil saya untuk menukilkan artikel ini untuk mempertahankan hobi kami bukan untuk orang yang tidak matang. Bahkan, mungkin anda perlu faham apa itu sebuah kehidupan untuk memahami dan menikmati sebuah permainan video. Kenapa sampai saya berani mendakwa sedemikian?  Sebelum itu, izinkan saya untuk memperkenalkan serba sedikit mengenai hobi kami. Pada hari ini, terdapat empat platform yang dijadikan yang dicari oleh gamer macam kami untuk menikmati permaianan video. PC, Playstation (merangkumi PS3, PS4 dan PS Vita), XBOX (merangkumi XBOX 360 dan XB...

TIPS: Cara Jaga Kereta Kekal Lama

Image
Anda jangan berani memiliki kereta sendiri kalau tidak tahu perkara penting ini dn klau ada yg tertinggal tolong msukkn di ruangan komen ni agar kita semua dpt berkongsi ilmu sesama kita semua😉 1. minyak hitam (Mengikut paras had & jenis minyak) 2. oil filter (tukar semasa menukar minyak hitam) 3. spark plug (tukar setiap 30,000 km) 4. battery (tambah air setiap kali servis) 5. belting (tukar setiap 80,000km)Tidak perlu tukar water pump jika tiada mslh bearing kasar atau bocor.Jimat duit jimat belanja.Kita kn org susah.. 6. clutch plate (mengikut keadaan) 7. fuel filter (tukar setiap 30,000km)

TIPS: 15 Cara Jaga Kesihatan Untuk Wanita

Image
       1. Wanita dilarang menarik barang berat tapi harus menolak. Juga elakkan membawa barang2 berat. Ini adalah kerana urat saraf wanita yg cepat lemah.                            2. Jalan 50 langkah memperbaiki tulang tubuh. Naik 20 anak tangga memperbaiki tulang lutut.  3. Kopi tidak disarankan bagi WANITA, karena dapat menyebabkan osteoporosis dan mempercepat monopause. Rupa daun salam 4. Rebus 10 helai daun salam dgn 2 gelas air, minum tiap hari selama 12 hari untuk menurunkan kolestrol dan darah tinggi.

CERITA: The Sardarji Jokes

Image
SARDARJI Boss: Where were you born? Sardar: India .. Boss: which part? Sardar: What ‘which part’? Whole body was born in India . 2 sardar were fixing a bomb in a car. Sardar 1: What would you do if the bomb explodes while  fixing. Sardar 2: Dont worry, I have one more. Sardar: What is the name of your car? Lady: I forgot the name, but is starts with ‘T’. Sardar: Oh, what a strange car, starts with Tea. All cars that I know start with petrol. Sardar joined new job. 1st day he worked till late evening on the computer. Boss was happy and asked what you did till evening. Sardar: Keyboard alphabets were not in order, so I made it alright. Museum Administrator: That’s a 500-year-old statue u’ve broken.. Sardar: Thanks God! I thought it was a new one. At the scene of an accident a man was crying: O God! I have lost my hand, oh! Sardar: Control yourself. Don’t cry. See that man. He has lost his head. Is he crying? Sardar: U cheated me. Shopkeeper: No,...

TIPS: Cara Tangani Anak Lasak

Image
Hampir setiap kali bila saya bagi talk, atau terima respon daripada pembaca buku #3Kertas3Krayon3PenselWarna, mesti akan ada ibu bapa yang timbulkan isu ANAK LASAK. . Ada yang mengadu anak terlalu lasak tak berhenti-henti berlari, melompat, memanjat, baling-baling barang, menjerit-jerit 24 jam. Ada yang mengadu anak tak boleh duduk diam masa makan. Sampaikan bila makan kat luar, nasi berterbangan lalu melekat di dinding dan siling restoran. Dan juga di muka waitress. Ada juga yang mengadu anak terlalu kuat memanjat sampaikan semua benda dia nak panjat. Grill rumah, pintu pagar, sofa, dinding, peti ais, etc. Dan ada juga parents yang terus jump into conclusion dengan melabel anak mereka hyperactive atau ADHD. So hari ni, topik yang saya nak share ialah-- ANAK LASAK. Atau ANAK SUPERMAN.  Bagaimana mindset yang betul, yang sepatutnya perlu ada pada ibu bapa yang ada anak lasak? Dan apa yang kita boleh lakukan untuk menangani anak lasak, tanpa perlu stress hari-har...

KISAH LAWAK: HATI-HATI NAIK UBER DI KUALA LUMPUR..!!!

Image
Kejadian ini terjadi hari Khamis malam Jumaat lalu, demi melindungi mangsa kita sebut saja namanya Lina. Sebab ada pekerjaan yang harus diselesaikan, malam tu Lina bekerja sampai larut malam di office di depan Masjid India... Kira-kira jam 11:00 malam, Lina memesan #UBER untuk menghantarnya pulang ke rumah sewanya. “Stadium Merdeka ya bang?” ujar Lina. Pemandu UBER itu hanya menggangguk & langsung menjalankan UBER. Selama perjalanan tidak terjadi percakapan antara Lina & pemandu UBER. Mungkin Lina merasa letih kerana bekerja sampai larut malam. Pemandu UBER juga tidak berniat untuk berkomunikasi. Sekitar 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Lina teringat bahawa dirinya cukup duit untuk bayar tambang. Di dompetnya cuma ada sekitar RM8.00 sahaja & Lina cemas takut tidak cukup. Lina lalu menepuk belakang pemandu UBER dengan maksud berhenti dulu di kawasan Lebuh Ampang untuk mengeluarkan duit di mesin ATM. Tetapi setelah belakang...