10 Perkara Piala Dunia 2014 Yang Perlu Anda Tahu
Teknologi Garisan Gol
7 kamera bahagian kanan dan7 kamera bahagian kiri akan membantu pengadil membuat keputusan tepat. Jika keputusan gol, jam tangan khas yang dipakai pengadil akan memaparkan 'gol'.
12 Bandar
Bandar-bandar tersebut adalah Rio de Janeiro, Brasilia, Sao Paulo, Fortaleza, Belo Horizonte, Porto Alegre, Salvador, Recife, Cuiaba, Manaus, Natal dan Curitiba.
Maskot FIFA Piala Dunia
Fuleco The Armadillo yang diundi oleh orang awam di Brazil merupakan spesis haiwan yang terancam
We Are One (Ole Ola)
Lagu rasmi Piala Dunia FIFA 2014 (Official 2014 FIFA World Cup song) di Brazil. Lagu ini adalah ciptaan artis rap Pitbull atau nama sebenarnya Armando Christian PĂ©rez. Ia akan dinyanyikan oleh Pitbull, Jennifer Lopez (JLo), dan penyanyi popular Brazil Claudia Leitte.
Brazuca
Bola rasmi jenama Adidas yang akan digunakan sepanjang Piala Dunia 2014.
Vanishing spray paint
Pengadil menggunakan "Vanishing spray paint" untuk menandakan tempat sepakan percuma yang akan diambil dan melukis garisan sejauh 30 kaki iaitu jarak untuk pasukan yang bertahan membuat benteng terhadap sebarang sepakan percuma. Penyembur warna atau 'spray paint' akan beransur-ansur hilang selepas 1 minit.
'Juntos num so rirmo'
Slogan rasmi Piala Dunia 2014 ialah 'Juntos num so rirmo", atau "Satu Irama".
Sepakan pertama oleh remaja 'Paraplegic'
Sepakan pertama Piala Dunia Brazil 2014 t diambil oleh remaja Paraplegic. Remaja tersebut adalah seorang yang mengalami kelumpuhan separuh badan dari bahagian pinggang ke bawah dan dia akan memakai sejenis pakaian 'Exoskeleton' (sut robotik) yang boleh dikawal menggunakan minda.
Stadium Terkecil dan Terbesar
Kapasiti stadium paling kecil ialah Stadium Arena de Baixada yang hanya menempatkan 38,000 penonton, manakala Maracana mampu memuatkan 75,000 penonton.
Bosnia-Herzegovina
Satu-satunya pasukan baharu yang pertama kali layak ke final Piala Dunia, Bosnia-Herzegovina.
Comments
Post a Comment