10 Tips Kuruskan Badan
(1) Berjalan kaki Senaman yang amat ringkas dan mudah untuk semua. Berjalan kaki dapat membakar kalori dengan pantas dan memastikan tubuh anda 'fit'. Cuba parking kereta di tempat jauh dari kebiaasaan, memilih menggunakan tangga daripada lif atau berjalan-jalan di taman dapat membantu anda untuk kurus. (2) Jangan makan banyak Kawal pemakanan anda dengan mengambil lebih kuantiti sayur dan sumber protein berbanding karbohidrat (nasi). Memasak makanan sendiri boleh membantu anda mengukur keperluan makanan seharian dan elakkan makanan segera. (3) Bersarapan Jangan lupa bersarapan pagi kerana pakar makanan mengesyorkan sarapan membantu tubuh anda membakar kalori untuk seharian. (4) Makan separuh Apabila anda pesan makanan di restoren contohnya, bahagikan separuh untuk orang lain merasainya juga. Ini kerana secara semulajadi membantu anda tidak makan secara berlebihan dan juga boleh mengeratkan hubungan dengan orang lain dengan berkongsi makanan.