HATI-HATI NAIK UBER DI KUALA LUMPUR..!!!


Kejadian ini terjadi hari Khamis malam Jumaat lalu, demi melindungi mangsa kita sebut saja namanya Lina.

Sebab ada pekerjaan yang harus diselesaikan, malam tu Lina bekerja sampai larut malam di office di depan Masjid India...

Kira-kira jam 11:00 malam, Lina memesan #UBER untuk menghantarnya pulang ke rumah sewanya.
“Stadium Merdeka ya bang?” ujar Lina.
Pemandu UBER itu hanya menggangguk & langsung menjalankan UBER.
Selama perjalanan tidak terjadi percakapan antara Lina & pemandu UBER.
Mungkin Lina merasa letih kerana bekerja sampai larut malam.
Pemandu UBER juga tidak berniat untuk berkomunikasi.


Sekitar 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Lina teringat bahawa dirinya cukup duit untuk bayar tambang. Di dompetnya cuma ada sekitar RM8.00 sahaja & Lina cemas takut tidak cukup.
Lina lalu menepuk belakang pemandu UBER dengan maksud berhenti dulu di kawasan Lebuh Ampang untuk mengeluarkan duit di mesin ATM.

Tetapi setelah belakangnya ditepuk, tiba-tiba pemandu UBER itu secara melulu & memutarkan stering ke kanan ke kiri sambil berteriak histeria..
Sampai akhirnya UBER itu melanggar pembahagi jalan & pokok mangga..
Untung Lina & pemandu UBER tidak mengalami cedera parah.

Pemandu UBER itu kemudian menoleh & bercakap dengan Lina:
“Maaf saudari..saudari tidak apa-apa kan? Saudari tepuk belakang saya tadi..terkejut saya setengah mati..!!”
“Laaa, tepuk belakang bahu pun tak boleh?!” jawab Lina kehairanan..
“Masalahnya ini hari pertama saya jadi pemandu UBER..”
“Sebelum ni kerja apa Encik..?” tanya Lina turut terkejut..
"Saya kerja 20 tahun jadi pemandu Van jenazah cik.." jawabnya..
"Tu la terkejut sangat saya.."


#LawakPetangJumaat

Comments