Posts

Batman penjenayah, kini ditangkap?

Image
Ni bukan Batman superhero tu yang ditangkap, tapi seorang lelaki yang memiliki nama sepertinya, iaitu Batman Suparman yang dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan sembilan bulan kerana mencuri dan pelbagai kesalahan pecah rumah di Singapura.          Dia didakwa dengan enam tuduhan kecurian, dua tuduhan yang berkaitan dengan pencerobohan rumah, satu untuk pecah rumah dan satu untuk penggunaan dadah antara bulan Jun dan Ogos tahun ini. Mahkamah diberitahu bahawa Batman telah memecah masuk ke SGF Billards & Marketing Singapura di Depot Road di awal pagi pada bulan Ogos, dan mencuri wang sebanyak S $ 200. Paling malang sekali, abangnya Nurazman Suparman juga turut menjadi mangsanya iaitu kad ATM dicuri dan dikeluarkan wang sebanyak S $ 850 dari akaun tersebut. Mahkamah hanya menjatuhkan hukuman penjara antara dua dan 14 tahun kerana Batman pada masa kesalahan dilakukan masih muda dan ini merupakan kesalahan pertama.        ...

Isi Bajet 2014

Image
Bajet 2014 telah dibentangkan pada Jumaat, 25 Oktober 2013 di dewan Parlimen Malaysia oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak. Tema bajet pada kali ini ialah “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji”. Antara perkara yang menarik perhatian adalah Kadar BR1M Dinaikkan Subsidi Gula Dimansuhkan Kakitangan Awam Terima Bonus Setengah Bulan Gaji, Minimum RM500, persara RM250  Bantuan persekolahan RM100 Baucar Buku RM 250 diteruskan Projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) Rumah harga berpatutan akan dibina menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 Bantuan yuran taska RM250 sebulan RM239 juta untuk pembangunan sukan  RM6 bilion untuk pelaksanaan program pertanian  Sebagai rakyat Malaysia, perlu mengetahui kandungan bajet untuk mengetahui bagaimana perbelanjaan negara disalurkan. Teks pembentangan bajet boleh di baca disini : Ucapan bajet...

Ragam Muka Buku

Image
Mari tengok celoteh video dari  girl shazreen fazlynda a.k.a pinkmarbless  tentang ragam orang bila menggunakan facebook. Cuba fikir anda kategori jenis mana?

Selamat Hari Merdeka ke 56

Image
Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka! Kepada pembaca dokgebang.blogspot, admin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56. Merdekakan jiwa dan pemikiran kita dari sebarang unsur-unsur yang menjerumuskan kepada perbalahan dan persengketaan. Hormati perbezaan pandangan dan pendapat tanpa menguris hati sesama kita. Tanamkan semangat patriotik dalam diri kita seperti insan di video ini: Selamat Hari Merdeka ' Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku '

Kecuaian Membawa Padah: Budak Mati Lemas

Image
Berita budak 3 tahun mati lemas dalam kereta,  adik Nawal Idris baru-baru ini di Subang Jaya memberi kita 1001 peringatan agar sentiasa memastikan keselamatan kanak-kanak sentiasa menjadi keutamaan kita. Sebagai ibu bapa/penjaga perlu meletakkan anak sebagai perkara no.1, kerana anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.      Satu lagi kejadian, di mana 4 kanak-kanak juga mati lemas kerana mengutip kepah. Mangsa-mangsa dikenali sebagai Hanis Balkis Fadzli, 7; Mohamad Nazimi Fadzli, 9; Athafiz Amin, 10; dan Radziatul Nadia Rosnan, 12 lemas kerana dipercayai salah seorang mangsa termasuk ke tempat air yang dalam, dan cuba diselamatkan oleh mangsa-mangsa yang lain. Lokasi kejadian hanya 1km dari rumah mangsa.      Kepada ibu bapa/penjaga, jangan tinggalkan anak di dalam kereta keseorangan atau membiarkan anak pergi ke tempat lain walaupun dekat tanpa pengawasan orang dewasa, kerana sedikit kecuaian boleh membawa kepada penyesalan pada anda...