Posts

Showing posts from May, 2016

Tips Servis Kereta Yang Perlu Anda Tahu

Image
Tukar minyak hitam kereta ikut jadual Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis adalah cara yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir dalam proses penyelenggaraan kenderaan. Namun jika anda tersilap langkah dengan menghantar kenderaan anda ke bengkel yang "cekik darah" atau "bengkel jerung", pasti anda akan "disembelih" lantaran harga caj perkhidmatan yang adakalanya tidak munasabah dengan kerosakkan yang sebenar. Berikut adalah 23 perkara asas tentang servis kereta yang biasanya dilakukan oleh sesetengah pengusaha bengkel baik pulih dan servis kenderaan kepada pelanggan yang kurang arif berkenaan dengan kerja-kerja penyelenggaraan : 1. Minyak hitam. Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan . Kalau minyak jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km atau 10,000km. 2. Filter - sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa - 5000km Minyak Synth...

Semakan Status Perjalanan Anda

Image
Bercita-cita ke luar negara dalam tahun ini? Ke London, Paris, Jakarta? Tunggu???!!!! Sila semak  Semakan Status Kawalan Imigresen di laman Jabatan Imigresen Malaysia sekarang. Hanya perlu memasukkan nombor MyKad anda ke dalam kotak yang disediakan dan kemudian tekan butang semak. Anda selamat ke luar negara jika laman akan memberikan status “Tiada halangan”, dan jika jawapan sebaliknya anda dapat, bermakna anda dilarang keluar negara. p/s: Kena 'block' sama ada sebab ada hutang PTPTN tak dijelaskan atau didapati bersalah mencerca kerajaan di twitter,fb dan sebagainya.

MOTIVASI : Sayangi Ibu Anda

Image
Seorang suami mengajak isterinya makan seperti biasa. "jom sayang kita pergi  makan kat satu tempat tu, sedap sangat makanannya dan tempat yang sangat istimewa pula." Isterinya pada mulanya diam dan tiba-tiba berkata: "saya sebenarnya lebih rela abang ajak seorang wanita lain untuk makan istimewa dengan abang.."" suaminya terkejut dan bertanya siapa wanita tersebut. isterinya menjawab, "ajaklah mak abang." "abang dah terlalu lama tak meluangkan masa berbual dan makan dengan mak abang." "saya sudah selalu abang layan setiap hari tak pernah terlupa..abang pergilah layan mak abang pula." Suaminya terkejut bercampur sedih dan amat terharu.dia telefon ibunya dan mengajak ibunya. Ibunya terkejut tapi sangat gembira. Ibunya inginkan kepastian apakah benarhanya mereka berdua sahaja..si anak mengiakan. Dia pun membawa ibunya makan bersama-sama di tempat romantik dan istimewa itu. Mereka berbual panjang. Ibunya ters...

10 Tauladan Cikgu Shaari

Image
Utk renungan kita  10 kebaikan Cikgu Shaari berbanding satu keburukan yang sering kita perkatakan... 1. Walaupun Cikgu Shaari tidur dalam kelas tetapi dia masih memberi tugasan kepada murid. * Penjawat awam kini bukan saja takat tidur tapi kadang2 terus ponteng kerja. 2. Walaupun guru besar memarahi Cikgu Shaari tetapi dia tidak memarahinya dihadapan murid sebaliknya di bilik guru besar. * Sekarang kita sering mendengar anak buah dimarahi oleh bos depan org ramai. 3. Guru besar dan Cikgu Shaari saling hormat menghormati antara satu sama lain. * Penjawat awam sekarang tidak saling menghormati antara satu sama lain akibat pengaruh, harta, kuasa dan ego masing2. 4. Cikgu Shaari sanggup meninggalkan kerjaya sambilan sebagai pemuzik demi tanggungjawab sebagai guru. * Penjawat sekarang sanggup abaikan kerjaya demi mencari pendapatan lebih.