Tips Mengesan Kerosakan Rumah Baru
Perkara pertama selepas dapat kunci, bukan cuci rumah dan terus masuk ya. Periksa dulu setiap kecacatan atau kerosakan yang ada di rumah seperti dinding crack, cat tanggal, plaster tanggal, tiles lompong, bocor dan lain-lain lagi. Kebiasaannya pihak pemaju akan memberi tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun untuk kita membuat inspection pada rumah dan kita boleh complaint apa sahaja kerosakan atau kekurangan yang ada baik di dalam atau di luar rumah. Semua ini adalah hak-hak kita sebagai pembeli maka periksalah sebaik-baiknya keadaan di dalam rumah. Tetapi sekiranya anda buat major renovation, maka pemaju takkan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan rumah. PERALATAN : ***Masking tape - Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda. ***Marker Pen - Sebaiknya warna merah. Senang nampak tulisan, nombor dan jenis defect atas masking tape. ***Kertas A4 - Tuliskan senarai kecacatan atau defect tu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari. ***Kamera / Handphone ...