Jadilah seperti buah
Assalamualaikum w.b.t FALSAFAH BUAH2AN.. Oleh Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.. 1. Jadilah buah JAGUNG, jangan jadi buah GAJUS.. Jagung membungkus bijinya yg banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yg cuma ada satu.. MAKSUDNYA : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.. 2. Jadilah POKOK PISANG.. Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.. MAKSUDNYA : Kesetiaan dalam perkahwinan.. 3. Jadilah buah DURIAN, jangan buah KEDONDONG.. Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya masam dan didalamnya ada biji yg berduri.. MAKSUDNYA : Don’t Judge a Book by The Cover.. JANGAN MENILAI ORANG DARI LUARNYA SAHAJA.. 4. Jadilah UBI KAYU.. Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.. MAKSUDNYA : Jagalah hati walau di mana kita berada, walau di tmpat yg penuh kekotoran.. 5. Jadilah seperti tangkai PETAI, bukan tangkai MEMPELAM...