15 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu


FAKTA #1
Ikan parang tidak boleh digunakan untuk menebang pokok.


FAKTA #2
Walau maju macam mana sekali pun Pekan di Pahang tetap akan disebut Pekan.


FAKTA #3
Air sebenarnya tidak boleh dicincang tetapi boleh ditarik,contohnya teh tarik.


FAKTA #4
Satu2 benda tidak hidup dan tidak bernyawa tapi boleh melahirkan adalah surat beranak.


FAKTA #5
Sumbu yg ada pada badak sumbu tidak boleh dicucuh dan menyala.


FAKTA #6
Kawasan yang mempunyai ibu tunggal yang boleh di percayai adalah di Janda Baik.


FAKTA #7
Tempat tertinggi di Malaysia bukannya di Gunung Kinabalu tetapi Kota Tinggi di Johor.


FAKTA #8
Burung tukang tidak boleh di harap untuk membuat rumah.


FAKTA #9
Selipar adalah panggilan yang betul sekiranya objek tersebut memiliki kedua-dua belah kiri dan kanan,penggunaan istilah Dualipar adalah salah dan tidak dibenarkan dalam Kamus Dewan.


FAKTA #10
Kakaktua tidak tahu yg dia sebenarnya saudara yg lebih tua dari adik2nya.

FAKTA #11
Kastam belum lagi menggunakan anjing laut untuk menghidu dan mengesan dadah.


FAKTA #12
Tempat paling kecil di Malaysia ialah Setapak.


FAKTA #13
Kuda laut tidak boleh berlumba.


FAKTA #14
Walaupun licin tetapi penduduk di Lumut tidak jatuh ketika berjalan.


FAKTA #15
Pasir Mas di Kelantan tidak laku jika ada yg membawa ke pajak gadai.


p/s: Psssstt, simpan fakta ini supaya anda bijak sorang2...he2

Comments