Cara Betul Guna Gear Auto
Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda. JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse akan nyala sekejap. Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau cepat rosak. Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light: 1. tekan brek kaki 2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer) 3. Tarik hand brek 4. lepas brek kaki Bila nak jalan balik: 1. tekan brek 2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer) 3. lepas hand brek. 4. lepas brek kaki 5. tekan minyak PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR 1. tekan tombol semasa menukar P > R , R > P R ...