Posts

Showing posts from June, 2013

Fakta Piala FA yang perlu anda tahu

Image
1990 Piala FA dipertandingkan kali pertama di mana Perak sebagai Juara, Selangor sebagai Naib Juara. Stadium Merdeka Merupakan stadium pertama final piala FA diadakan. Sela ngor Merupakan Juara Piala FA yang terbanyak iaitu selama 5 kali. Mel aka Merupakan pasukan negeri yang tidak pernah memenangi Piala FA Si me Darby FC Kelab bolasepak pertama yang pernah layak ke final Piala FA pada tahun lepas,2012. Kelantan Merupakan pasukan Juara Piala FA tahun lepas, edisi ke-22. 6 Sepakan Penalti [       ] Pada tahun 1999, 2000, 2006, 2007, 2009, 2010 sepakan penalti diadakan untuk menentukan juara. 23 Tahun 2013 merupakan edisi yang ke-23 bagi Piala FA 32   sebanyak 32 pasukan bertanding untuk merebut Piala FA Piala direka semula oleh Suhaimi Mat Jusoh, anak negeri Kelantan pada tahun 2012. RM575,000 Hadiah kereta Audi Q7 bernilai RM575,000 untuk 2 pemain terbaik JDT jika memenangi perlawanan FA tahun ini. Piala FA lama Piala FA baru

Maksud TALKIN

Image
Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia. Masa baca tu, pada tulisan biru muda tu sebut nama sendiri yer....,  kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat.  Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah.. WALLAHU A'LAAMM. Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik  dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada  orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainka! n zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap

Please, Jangan Ketuk!!!!

Image
Some tips ladies & gentlemen............ JANGAN KETUK NANTI TERBAKAR  Kalau kita ke stesen minyak, selalunya ada tanda arahan yang mengingatkan kita agar jangan menggunakan handphone, matikan enjin kereta dan jangan merokok kerana benda-benda ini amat bahaya.... Ada  satu lagi perkara yang tidak diberikan amaran / larangan langsung sedangkan ianya tidak kurang mendatangkan bahaya. Selalunya apabila kita memasukkan nozel ke dalam muncung tangki kereta, kita akan menunggu sehingga habis minyak yang kita beli. Kebiasaannya juga apabila nozel hendak dikeluarkan, kita mengetuknya pada muncung tangki supaya titisan-titisan terakhir petrol masuk ke dalam tangki dan tidak tertumpah. Tapi awas. Ambil perhatian bahawa nozel tersebut adalah besi, muncung tangki juga diperbuat dari besi. Sekiranya terdapat karat pada nozel dan muncung tangki pula bergerigi, kemungkinan bila kita mengetuknya api akan menyala ('spark'). Janganlah disebabkan tidak mahu rugi setitik dua petrol,

Islam itu mudah: SOLAT

Image

Cara nak handle Hantu

Image
bertemu hantu... jangan panik!!! try ikut tips ni... Pocong Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari  kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan  tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak  pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu. Langsuir Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka  dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia,  pasti dia tersipu-sipu malu. Pontianak Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah  ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia  boring. Hantu Raya Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya  senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak  main meriam buluh, suruh  kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau  kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak