Posts

Showing posts from February, 2013

Jangan mencari terlalu sempurna

Image
(-_-) : Jangan mencari terlalu sempurna sOmeTiMeS tHe bESt  WaY To HoLd OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO ....... Jika  kamu memancing ikan..... Setelah ikan itu terlekat di mata  kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah  sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu  saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman  mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih  hidup. Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi  banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai  MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....  Janganlah  sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia  akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat   MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ... Jika kamu  menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada  takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ... Apa...

Vlog Dakwah: Untuk 'DIA'

Image
Nasihat kepada mereka yang malas ber SOLAT tu..dengarkan

Tangan Yang Indah

Image
(Kepada sesiapa yang masih ada ibu... )  Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tida...

Kisah Seram di kampung Pahang

Image
ASSALAMMUALAIKUM... "Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973. Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman. Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut . Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya. Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini. Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut.Salleh cuba ...

15 Perkara Yang Tak Perasan Dan Terfikir

Image
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini  menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. 2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. 3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah  kerana dia ingin menjadi seperti anda. 4. Senyuman daripada anda boleh membawa  kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda. 5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda  sebelum dia tidur. 6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang. 7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak  akan hidup bahagia.  8. Anda seorang yang istimewa dan unik.  9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda. 10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat  besar, ada hikmah sebaliknya. 11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan,  fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan  mereka. 12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunya...

Fadhilat Surah Al-Kautsar

Image
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga . Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:- 1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa , mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita. 2) Jika kita kehausan dan tiada air , bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga. 3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak , sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata. 4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t....

Secebis Kasih Sayang..

Image
Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis keti ka itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua..Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding.. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. " Siapa ambil duit ayah ?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. " Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan! " sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, " Saya yang ambil! " Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk ber...

Wordless Wednesday #1: Pokok Luar Biasa

Image

Nasi Lemak Kg Baru - Pengajaran untuk semua

Image
Mengisahkan berkenaan seorang peniaga Nasi Lemak di Kampong Baru, kedai makannya sungguh laku dan pelanggan setiap hari memenuhi kedainya untuk mendapatkan nasi lemak setiap hari. Menurut beliau, resepi sambal keluarga turun-temurun merupakan strategi utama menyebabkan nasi lemakbeliau laris. Tanpa pengetahuan orang ramai, rupa-rupanya "resepi rahsia" yang dimaksudkan itu ialah bangkai ular yang digunakan sebagai pelaris untuk menyedapkan nasi lemak beliau. Bangkai ular berkenaan diwapkan didalam periuk nasi lemaknya menggantikan daun pandan. Setelah lama mengaut keuntungan hasil menipu orang ramai, Kak Kiah (nama betulnya perlu dirahsiakan) bercadang untuk menunaikan umrah di Mekah menggunakan hasil perniagaan beliau. Pada malam sebelum beliau bertolak ke Jeddah, anak sulongnya menyatakan bahawa ibunya meraung-raung kepanasan walhal malam itu hujan renyai-renyai diluar. Setelah tidak tahu untuk berbuat apa-apa, maka beliau memang...

Hanya Ingin Mengingatkan

Image
Assalamualaikum ....   Hanya Ingin Mengingatkan .....   Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...   1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.   2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.  3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.  4.. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.   5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan 'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.  Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .......   1.  Dunia   itu racun,zuhud itu ubatnya. 2.  Harta   itu racun,zakat itu ubatnya. 3.  Perkataan yang sia-sia  itu racun,zikir   itu ubatnya. 4.  Seluruh umur  itu racun,taat itu ubatnya. 5.  Seluruh tahun  itu racun,Ramadhan itu ubatnya. (Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim A...

Sebab-sebab penjara Pudu ditutup

Image
Pintu gerbang Penjara Pudu (kini sudah dirobohkan,tinggal sejarah) Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya di bilik gantung. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.   Menurut kata...

Najis Kecil, Najis Besar

Image
Semoga dijadikan iktibar bukan bahan ketawa, hari ni hari dia mungkin besok hari kita. Betul tak. Masa zaman kami dulu tok imam tu tanya "ko orang islam nak kawin nak cuba tanya soalan sikit yang saya ingat. :- a) Cuba Mengucap b) Apa rukun dan fardunya. Berpeluh juga BEB. Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar.....Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengan...

Kekasihku Seru

Image
Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama jimmy.dia ni org johor… Die ade awek name Julie.julie nih dok kt perlis.. Diorng nih xpnah jumpe sblom nih,juz msg n call aje.. Gamba pon diorng xpernah tengok sbb mereka hanya memakai nokia 3310i Diorng da xthan nk jumpe sngat2… Diorng pon berpakat akn berjumpe pada hari raye pertama.. Dan diorng brcdang utj berjumpe di rumah julie.. Julie telah beritahu keluarga dia yg jimmy akan dtng beraya kerumah mereka.. Other Jimmy, 'Jimmy Palikat' Pada seminggu sebelom hari raye,Julie terlibat dgn satu kemalangan.. Mayat julie selamat dikebumikan.. Seluruh keluarga Julie sngt bersedih atas pemergian Julie... Julie di dapati terkoban dalam kemalangan tersebut.. Akan tetapi,jimmy tidak mengetahui hal ini.. Kebetulan,hp jimmy ros ak pada hari kematian Julie... Sehari sebelum raya,bru lah hp die siap dibaiki… Apabila hp da ok,jimmy terus msg Julie... Mesej yg dihantar oleh jimmy tersebut semua di’reply’.. Pada hari yg di...

Siksa Kubur : Peringatan daripada Allah swt

Image
Gambar di atas merupakan mayat seorang pemuda lelaki berumur 18 tahun yang meninggal dunia di salah sebuah hospital di Oman . Mayat ini digali semula daripada kuburnya selepas 3 jam dikebumikan di atas permintaan bapanya. Pemuda ini dikebumikan secara Islam dan pada hari yang sama beliau disahkan meninggal dunia oleh para doktor. Walaubagaimanapun, timbul keraguan pada bapanya tentang kesahihan punca kematian anaknya dan ingin membuat pengesahan semula.             Sanak saudara dan rakan-rakannya terkejut setelah melihat mayat pemuda ini. Pemuda ini kelihatan berubah sepenuhnya dalam tempoh hanya selepas tiga jam dikebumikan. Kulitnya bertukar menjadi kelabu seperti orang yang sangat tua, beserta beberapa kesan penderaan dan pukulan, dengan tulang-tulang tangan dan kaki yang telah patah, tulang-tulang rusuknya pecah dan menekan ke arah dalam badannya. Keseluruhan tubuh dan mukanya telah cedera. Matanya yang terbuka menggambarkan ketakutan dan kesak...

Kisah Cinta & Kawan

Image
Cinta & Kawan      Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga....Kenapa?? Kerena CINTA itu buta.... Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerena... KAWAN akan buat apa saja demi CINTA !!   Di dalam telaga CINTA hilang...Kenapa?? Kerena... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apa lagi dalam telaga yang gelap... Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..Kenapa?? Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI.... Walau kita punya couple, teman still paling setia. Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.    

Kalau berani tengok...REMPIT OMPUTIH STYLE........

Image

Kisah Tauladan: Kerana darah itu...

Image
Peta Ampang Kisah ini berlaku kat Ampang … Kisah benar yang berlaku 2 tahun lepas (diceritakan oleh kawan baik kepada lelaki yang bernama Amir (nama samaran)…utk dijadikan teladan bagi kita yg masih hidup. Kawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta dgn seorang anak jutawan di Area Bukit Antarabangsa . Malangnya, percintaan ini ditolak kerana kawan aku ini seorang salesman kereta. Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri . Selepas berjaya melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah. Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun menerima lelaki ini dengan seadanya. Enam bulan kemudian , mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk majis perkahwinan itu sedang disediakan. Nak dijadikkan cerita, Semasa lel...