Posts

DUNIA: COVID-19, EMOSI VS REALITI

Image
 PESANAN DAN PERINGATAN IKHLAS DARIPADA DR MUHAMMAD AIZAT AMIRUDDIN COVID-19 : EMOSI VS REALITI Saya lihat ramai netizen dan rakyat Malaysia yang tidak lagi peduli dengan ancaman COVID-19 di negara kita. Ada yang kata COVID-19 hanya rekaan, ada yang tidak berpuas hati dengan penguatkuasaan. Akibatnya, ramai yang putus asa dan tidak lagi mematuhi SOP yang ditetapkan. Trend ini amat membimbangkan kami para petugas kesihatan. Saya percaya ini berlaku sebab ramai rakyat Malaysia yang belum faham betapa seriusnya situasi perkhidmatan kesihatan Malaysia sekarang dalam menangani COVID-19. Jadi, saya mohon sangat-sangat anda baca dan fahamkan apa yang saya akan tulis ini. Apabila sesebuah negara dilanda sesuatu wabak, termasuk COVID-19, perkhidmatan kesihatan di negara tersebut akan mengalami fasa-fasa seperti berikut: FASA I Apabila kes harian meningkat, maka kes-kes kritikal pun semakin meningkat. Di Malaysia, kajian menunjukkan, bagi setiap 1000 kes COVID-19; - 60 pesakit memerlukan ban...

KISAH LAWAK: Alkisah Solat Terawih 23 Rakaat

Image
  Masalah utama bila terawikh ialah  kita  begitu berat utuk bangun memulakan setiap rakaat, mcm berat sangat rasanya, maklumlah 23 x bangun duduk disamping faktor  usia mungkin tewas dirakaat ke 8. Tapi aku pelik tengok pak Hj Narawai org kg aku yg dah berusia lebih 80 tahun, tiap kali bangun dia yg awal, mcm x de masalah langsung. Aku nak cuba tanya apa ubat yg dia makan atau mungkin ada amalan lain tapi belum ada kesempatan.

TIPS: Formula menjemput Rezeki

Image
Salah satu buku panduan menjemput rezeki 1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.. 2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.. 3. AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.. 4. ZIKIR - Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.. 5. SOLAT BERJEMAAH , terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.. 6. SILATURRAHIM . Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang la...

KISAH LAWAK: Lelaki Berani Mati

Image
Alkisahnya..... Pagi tadi diadakan pertandingan terjun ke dalam kolam yang dipenuhi buaya dengan hadiah lumayan RM1 juta.. tetapi tiada seorang pun yang menyertainya.. penganjur pun menaikkan jumlah hadiah kepada RM200 juta.. Tiada juga yg terjun.. wang dinaikkan lagi kpd RM1 billion.. masih tiada siapa yg berani untuk terjun.. sehinggalah jumlah hadiah dinaikkan kepada RM2.6 billion.. Tiba-tiba.......... Berdebungg!!.. Seorang lelaki separuh umur terjun.. ramai org bertepuk tangan.. ramai juga yang beristighfar dan mengucap panjang.. tapi tanpa diduga dengan renangan luar biasa gaya bebas, gaya kupu2, lentang dan gaya entah apa lagi lelaki tersebut berenang kembali ke tepi kolam dengan jayanya.. semua buaya tidak sempat berbuat apa2 kerana lelaki tersebut terlalu laju.. Sampai sahaja ditepi kolam, penganjur datang kepadanya untuk bertanyakan sama ada mahu hadiah dalam bentuk wang tunai atau cek.. dalam keadaan yang masih letih menggila.. lelaki itu menjawa...

KISAH TAULADAN: Rezeki sebuku roti

Image
Pada satu masa dulu ada sorang lelaki tua di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah SWT tetapi macam terganggu sedikit sebab setiap hari dia asyik fikir dan risau pasal rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti sahaja Satu hari, Nabi Musa AS lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir inilah peluang yang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa AS untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia. Dia pun tegur dan beri salam kepada Nabi Musa AS dan dengan teragak-agak dia tanya.  "Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya (rezeki). Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih" Nabi Musa AS pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa AS mendapat jawapan bahawa rezeki yang tel...