Posts

Showing posts from December, 2015

Jadilah seperti buah

Assalamualaikum w.b.t FALSAFAH BUAH2AN.. Oleh Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.. 1. Jadilah buah JAGUNG, jangan jadi buah GAJUS.. Jagung membungkus bijinya yg banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yg cuma ada satu.. MAKSUDNYA : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.. 2. Jadilah POKOK PISANG.. Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.. MAKSUDNYA : Kesetiaan dalam perkahwinan.. 3. Jadilah buah DURIAN, jangan buah KEDONDONG.. Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya masam dan didalamnya ada biji yg berduri.. MAKSUDNYA : Don’t Judge a Book by The Cover.. JANGAN MENILAI ORANG DARI LUARNYA SAHAJA.. 4. Jadilah UBI KAYU.. Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.. MAKSUDNYA : Jagalah hati walau di mana kita berada, walau di tmpat yg penuh kekotoran.. 5. Jadilah seperti tangkai PETAI, bukan tangkai MEMPELAM...

Lima sekeluarga mati lemas

Image
KUALA BERANG: Lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak lemas ketika mandi di kawasan perkelahan Air Terjun Belukar Bukit, di sini, jam 11 pagi tadi. Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan mengenai kejadian itu, kira-kira jam 11.35 pagi.      Katanya, seramai 11 pegawai dan anggota bersama dua jentera diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Zuraidi Mohd Yusof dihantar ke tempat kejadian untuk melakukan kerja menyelamat. "Berdasarkan laporan awal, kita dimaklumkan sepasang suami isteri bersama tiga anak perempuan mereka lemas ketika mandi di kawasan perkelahan itu. "Ketika sedang mandi, secara tiba tiba mangsa dihanyutkan arus deras dipercayai berpunca daripada kepala air," katanya.       Difahamkan keluarga berkenaan yang tinggal di Shah Alam, Selangor, pulang bercuti di Bukit Tunggal, Kuala Nerus, sebelum pergi berkelah di air terjun berkenaan. Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, ...

Untongnya punya Isteri yang Bijak BerJimat

Suami : Sayang , ni ada 20ringgit ambik laa untuk buat Belanja keperluan Rumah untuk 3hari ... Harap-harap Boleh Cukup Seminggu . Isteri : Baiklah Bang ., Untuk Setahun pon Cukup . Suami : Betul ka Cukup sayang ? .., Isteri : Insya'Allah Cukup Bang . Suami : Nak Belikan Apa Sayang untuk menCukupi Setahun ? Isteri : Beli Kalender ., Tahun 2016 ... Cukup untuk Setahun 😄😄😂 Suami : 😑

Tips Menangani Serangan Jantung Ketika Berseorangan

Minta maaf..utk info penting yg melibatkn nyawa, terutama mereka yang menghidapi sakit jantung @ heart attack. Berilah 2 minit anda utk membaca tips penting ini yg diterjemah dari text asal berkenaan dgn BAGAIMANA NAK MENANGANI SERANGAN JANTUNG KETIKA BERSEORANGAN:- 1. Katakanlah kita bertolak blk kerumah pd jam 7:25 mlm bersaorangan setelah seharian bekerja mencari rezeki. 2. Pada ketika itu anda berasa amat letih, gundah gulana dan kecewa. 3. Tiba2 anda merasa sakit yg amat sgt di dada membawa ke tangan dan rahang anda. Perjalanan terdekat kerumah sakit lebih kurang 5km dari rumah anda. 4. Malangnya anda tidak yakin mampu bertahan sejauh itu. 5. Anda telah dilatih ilmu CPR tetapi tidak dilatih utk kegunaan keatas diri anda. 6. CARA MENYELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN JANTUNG KETIKA BERSAORANGAN. Memandangkan kebanyakan mereka yg menerima serangan jantung tanpa menerima sebarang bantuan dan mula nk pengsan mempunyai hanya 10 saat sebelum pengsan. 7. Wal...

Kenaikkan Tahun 2016

Berkuatkuasa 1 Jan 2016: - Subsidi Beras Nasional Super Tempatan dengav n kadar hancur 15% (ST15/ S15) dimansuhkan (kuatkuasa 31 Dis 2015) dgn harga RM23.00 berbanding harga selepas subsidi RM17.50. - Pelupusan subsidi bil elektrik, yang dahulunya diperuntukkan sebanyak RM150 juta untuk golongan miskin bagi bil elektrik yang berjumlah kurang dari RM20. - Pelupusan subsidi minyak masak sebanyak RM950 juta yang pasti akan meningkatkan harga minyak masak (sawit). Kesannya sudah tentu amat besar ke atas harga makanan. - 5 buah konsesi tol akan termasuk PLUS akan menaikkan harga tol setelah lanjutan MOU yg berakhir 2018. - perkhidmatan ERL dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2 akan dinaikan dari RM35 kpd RM55. - kenaikan tambang LRT dan Monorail sebanyak 102% dan 40% (kuatkuasa 2 Dis 2015). - kenaikan tambang KTM Komuter  sebanyak 58%. kenaikan bermula dgn RM0.04/km sehingga max RM7.10/km (kuatkuasa 2 Dis 2015). - Pengurangan 95% peruntukan dlm Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWPM)...