Posts

Showing posts from June, 2017

7 Tip Rebut Pahala Ramadan Buat Wanita Haid

Image
Tidak dinafikan, antara golongan yang begitu gusar takut kehilangan pahala di bulan Ramdhan ialah kaum muslimat. Hal ini adalah kerana dalam tempoh sebulan Ramadhan, muslimat akan mengalami tempoh waktu yang tidak dibenarkan melakukan beberapa amalan kerana kedatangan haid. *La Tahzan.* Seharusnya kaum muslimat faham dan redha di atas ketentuan Allah ini. Ia adalah fitrah bagi seorang perempuan yang baligh. Ingat lagi kisah Aisyah yang menangis kerana kedatangan haid sewaktu ingin mengerjakan Haji Widak? Rasulullah menenangkan hati Aisyah dengan berkata, “Sesungguhnya pekara ini (haid) adalah ketentuan Allah ke atas wanita.” Hadis riwayat Bukhari *_Amalan Yang Dibenarkan_* Sebenarnya, banyak lagi amalan yang boleh dilakukan oleh wanita haid berbanding yang dilarang. Mana mungkin Allah mengabaikan kaum muslimat untuk mengumpul pahala seperti orang lain yang berpuasa. Jadi bagaimanakah caranya? #1. Tetap Bangun Bersahur Meskipun Tidak Berpuasa Dari Anas Bin Ma