Posts

Showing posts from March, 2017

Kenapa Orang Laki Suka Main Games?

Image
Kenapa Orang Laki Suka Main Games? Dah Besar, Dah Ada Bini, Anak Pun Main Games Lagi? Siapa Bilang Permainan Video Untuk Golongan Yang Tidak Matang? Sila baca story kenapa seorang lelaki kenapa suka main games di bawah.... Gamer seperti saya, dan juga sahabat-sahabat saya seringkali ditohmahkan sebagai tidak matang, masih kebudak-budakkan, dan tohmahan yang senada dengannya oleh orang yang tidak memahami hobi ini.  Terpanggil saya untuk menukilkan artikel ini untuk mempertahankan hobi kami bukan untuk orang yang tidak matang. Bahkan, mungkin anda perlu faham apa itu sebuah kehidupan untuk memahami dan menikmati sebuah permainan video. Kenapa sampai saya berani mendakwa sedemikian?  Sebelum itu, izinkan saya untuk memperkenalkan serba sedikit mengenai hobi kami. Pada hari ini, terdapat empat platform yang dijadikan yang dicari oleh gamer macam kami untuk menikmati permaianan video. PC, Playstation (merangkumi PS3, PS4 dan PS Vita), XBOX (merangkumi XBOX 360 dan XBOX ONE) s